PENYERAHAN Geran Komunal Lalampas kepada 1,022 penduduk di daerah Tongod semalam, adalah bukti Barisan Nasional (BN) berpegang kepada janji.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kuamut Masiung Banah berkata sekalipun mengambil masa, janji yang dibuat parti itu kepada rakyat tetap dikotakan.
"Ini adalah janji kerajaan BN kepada rakyat di Tongod pada pilihan raya umum yang lepas, biarpun mengambil masa tetapi akhirnya dapat ditunaikan," katanya di sini Jumaat.
Penduduk terbabit menerima geran itu daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Kampung Simpang Entilibon, Tongod.
Mengulas lanjut, Masiung berkata penyerahan geran komunal itu adalah penyelesaian terbaik kepada masalah pemilikan tanah yang dihadapi penduduk kampung di kawasan Tongod.
Seorang penerima geran, Jaini Sayang, 55, menyifatkan usaha kerajaan itu menepati kehendak rakyat di kawasan berkenaan.
Katanya tindakan kerajaan itu amat dihargai kerana menyelesaikan pelbagai masalah termasuk pertindihan tanah, selain membolehkan mereka memiliki semula tanah asal penempatan nenek moyang untuk dimajukan dengan aktiviti pertanian.
"Dengan adanya geran komunal ini penduduk mampu memiliki tanah dan boleh mewariskan tanah tersebut kepada generasi akan datang," kata Pemaju Mukim Entilibon itu.
Pengeluaran geran komunal tersebut adalah yang terbesar di negara ini dengan pembabitan lebih 1,000 peserta dan tanah tersebut akan dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).
Pada awalnya tanah tersebut yang terletak di kawasan Lalampas di Ulu Sungai Tongod merupakan kawasan perkampungan, namun faktor pembangunan menyebabkan sebahagian daripada penduduknya berhijrah ke daerah Keningau dan mendirikan penempatan baru berhampiran kawasan Pekan Tongod (Bernama).
That's good to know. Hope that the natives will make good use of those lands.
ReplyDeletePunya best:) Harap2 semua penduduk di kawasan pedalaman pun akan dapat geran tanah utk tempat yang diduduki.
ReplyDeleteSaya yakin pasti masih ramai yang belum ada geran tanah bukan saja tanah utk berkebun tetapi juga tanah utk tapak rumah. Jadi hal ini patut diberi perhatian juga.
ReplyDeleteDengan penyerahan Geran Komunal Lalampas kepada 1,022 penduduk di daerah Tongod baru2 ini, terbukti jugalah usaha kerajaan dalam mengotakan janji yang telah dibuat.
ReplyDeleteSemoga lepas ni lebih banyak lagi penyerahan geran tanah dibuat. (tapi kepada yang sepatutnya sajalah..) hehhee
ReplyDeleteSemoga pemilikan tanah dimanfaatkan sebaik mungkin dan jangan pula jual geran tanah sama pati. hahhaa
ReplyDeletesyukurlah, akhirnya penduduk Tongod mendapat geran tanah juga. harap masalah tanah di kawasan lain juga dpt diselesaikan.
ReplyDeletebaguslah jika 1,022 penduduk di daerah Tongod mendapat geran mereka. Ini pasti menggembirakan mereka.
ReplyDeleteBaguslah jika geran telah diberikan. Berita yang baik kepada penduduk kampung Tongod. Harap dikampung lain juga akan mendapat seperti ini.
ReplyDeleteMaka dengan adanya geran ini, penduduk tidak akan risau lagi dengan masalah tanah yang dihadapi dinegeri ini.
ReplyDeleteThis is definitely a good news to the people of Tongod.
ReplyDeleteHopefully they will make good use of those land given.
ReplyDeleteTahniah kps penduduk kg. Harap2 isu2 yg bkaitan d sekitar Sabah ni jg dpt diselesaikn.
ReplyDeleterakyat happy, kerajaan happy, hanya pembangkang sahaja yang rasa gundah gulana, tertekan, histeria kerana tindakan kerajaan ini jauh lebih berkesan memenangi hati rakyat berbanding dengan kempen2 kosong mereka. seperti kebiasaan pasti selepas ini ada sahaja usaha mereka cuba memburuk2kan atau mempertikaikan tindakan kerajaan...
ReplyDeleteharap masalah pemilikan tanah dikawasan lain juga akan selesai.
ReplyDeletesatu berita baik kepada penduduk..
ReplyDeleteini bukti bahawa kerajaan BN berpegang kepada janji yang dibuat kepada penduduk di kawasan tersebut.
ReplyDeletediharap kerajaan juga akan menunaikan janji2 yang dibuat di kawasan2 lain di sabah.
ReplyDeletediharap juga masalah tanah di kawasan lain akan dapat diselesaikan.
ReplyDeletediharap apa yang telah dilakukan untuk rakyat tidak dipolitikkan atau diprovokasikan oleh pihak tertentu..
ReplyDeleteBaguslah kalau begitu. Tingkatkanlah usaha untuk mengusahakan tanah tersebut.
ReplyDeletegeran tanah? baguslah. aset tu.
ReplyDeletejadi harap mereka akan menggunakan peluang tersebut untuk meningkatkan taraf hidup. Berbakti kepada tanah.
ReplyDelete"Ini adalah janji kerajaan BN kepada rakyat di Tongod pada pilihan raya umum yang lepas, biarpun mengambil masa tetapi akhirnya dapat ditunaikan," katanya di sini Jumaat.
ReplyDeleteBaguslah, tapi jangan tunggu sampai masa pilihanraya baru nak tunaikan.
sudahkah kamu fahami apa syarat-syarat geran komunal ini? ia bukan milik penuh orang asal...
ReplyDelete