TINJAU… Bobbey meninjau kawasan tanah penduduk yang menjadi krisis kerana dijual oleh pihak individu kepada syarikat pengusaha tanpa pengetahuan penduduk.
Oleh : HASSAN DALIMPOS
ORANG Murut di Nabawan bukannya penceroboh tanah tempat tinggal dan kawasan yang dijadikan pertanian, sebaliknya sejak ratusan tahun lagi penduduk orang Murut telah tinggal di negeri ini sebelum penjajahan British dan Jepun di kepulauan Borneo.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Bobbey A Suan berkata dalam satu majlis pemimpin bersama rakyat di Kg.Balaron, Sepulut baru-baru ini yang dihadiri 500 orang penduduk sekitar mukim Sepulut di balai budaya kampung berkenaan.
Katanya, adalah tidak wajar orang lain mengatakan orang Murut yang tinggal di negeri ini seperti di kampung berkenaan sebagai orang asing sedangkan mereka telah lama tinggal di negeri ini sebelum jajahan negara luar dan Malaysia dibentuk, maka dengan itu kenyataan bahawa etnik ini hanya penceroboh kawasan adalah salah dan tidak munasabah dikatakan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan amat kesal dengan kenyataan pihak tertentu yang memperkecilkan suku Murut dan meminta pihak berkenaan meminta maaf kepada kepala suku Murut atau pengerusi berkenaan untuk menjamin hubungan yang baik dan mengelak sesuatu perkara buruk daripada berlaku kerana perkara berkenaan amat sensitif kerana melibatkan sentimen perkauman, katanya.
Selain itu katanya, seharusnya tiada sesiapa boleh menganggap dan melabelkan bahawa masyarakat di daerah ini terutamanya etnik Murut sebagai penceroboh malah orang lain yang suka datang menceroboh kawasan kerana hendak merampas kawasan tanah tersebut untuk tujuan pembalakan dan pertanian.
SERAH… Bobbey (tengah) menyerahkan set alat muzik kepada Jubelik (3 kiri) di Kg.Balaron.
"Semua masyarakat di daerah ini berhak mempertahankan kawasan tanah tumpah darahnya dan kawasan yang diwariskan sejak nenek moyang lagi dan orang lain tidak boleh menganggapnya sebagai perkara yang kecil kerana suku ini juga mempunyai maruah tersendiri sebagaimana suku lain di negara ini", katanya.
Mengenai sifat segelintir masyarakat yang menjual tanah Bobbey berkata ianya satu kerugian besar, justeru itu masyarakat harus berhati-hati apabila ada orang luar dari daerah lain hendak membeli kawasan tanah mereka, beliau meminta pihak pejabat PPHT supaya jangan melayan penjualan kawasan tanah secara beramai-ramai terutama mereka yang menggunakan PA (power attorney).
Sempena program itu Bobbey turut menyampaikan set keyboard (muzik) kepada penduduk berkenaan dan sebuah PA System sambil majlis dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh belia-beliawanis mukim Sepulut.
Turut hadir ialah pegawai daerah Nabawan Bubudan OT Majalu dan pemimpin kemajuan rakyat Jubelin Kilan dan pengerusi pelaksana Jubelik Sunok.
Soalnya, bagaimana individual ini boleh menjual hak tanah orang asli tanpa ketahuan mereka? Siapa orang ini, mengapa geran tanah dan dokumen lain di tangannya? Tolong jelaskan.
ReplyDeletetanah amat berharga, kita jgnlah sewenang wenang menjualnya kepada orang asing.
ReplyDeletekaum murut adalah penduduk asl sabah, mereka berhak keatas tanah mereka.
ReplyDeleteTanah harus dijaga dan diusahakan dengan baik dan bukannya untuk dijual.
ReplyDeletemasalah yang pertama belumpun diselesaikan, kini timbul lagi masalah lain. dan begitulah seterusnya sehinggalah masalah itu menjadi kritikal barulah ada usaha2 untuk menyelesaikannya. sampai bila kerajaan mahu bertahan desakan rakyat untuk menyelesaikan masalah2 di negeri ini?
ReplyDeleteselain itu, masyarakat harus berhati-hati jika ada orang luar hendak membeli kawasan tanah mereka.
ReplyDeleteSepatutnya kita lebih membantu kaum murut ini. Meraka merupakan antara kaum yang lama menduduki Sabah. Sebelum merdeka lagi mereka telah duduk di negeri kita ini.
ReplyDeleteSemoga masalah kaum murut ini dapat diselesaikan. Adakah penjualan tanah itu sah atau tidak??Maka siasatan perlu dilakukan oleh kerajaan. Mereka telah lama mengusahakan tempat itu, tapi telah dijual oleh orang kepada syarikat pengusaha tanpa pengetahuan penduduk. Sebaiknya penjelasan diberikan berhubung kes ini.
ReplyDeleteMenjadi persoalan disini, bagaimana individu itu boleh menjual tanah orang murut??Sedangkan itu tanah yang telah diusahakan beratus-ratus tahun dahulu. Geran tanah mungkin di ciplak oleh pihak berkenaan dan dijual kepada syarikat tertentu. Maka pihak berkenaan perlu menyiasat perkara ini.
ReplyDeleteapa pun, siasatan terperinci harus dilakukan..
ReplyDeletediharap pihak berkenaan akan melakukan apa yang sepatutnya untuk selesaikan isu ini dan membela penduduk berkenaan.
ReplyDeleteNever sideline any race in the country. All the people deserves equal treatment.
ReplyDeleteAgree with Mohd Ishak, this is indeed a good question. Hope that someone can answer this.
ReplyDeleteI hope no racial issues have been played here.
ReplyDeleteHarap isu ini disisast terlebih dahulu.
ReplyDeleteindividu yg menjual tanah tu sepatutnya perlu belajar sivik..menjual tanah atas kepentingan sendiri tanpa memikirkan masa akan datang..apabila DUIT menguasai manusia macam c penjual ni begini lah jadinya..harap2 isu2 spt ni xtjadi..lps tu pihak2 bwajib jgn lepas tangan.apa guna rakyat beri kepercayaan kalau tidak membantu rakyat..berbalik kepada gagasan 1Malaysia..rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..pastikan tindakan tu tidak membangkitkan kemarahan penduduk..sekian..
ReplyDeleteJangalah hina sesiapapun. Kita perlulah pandai menghormati rakyat lain yang berlainan bangsa.
ReplyDeletesedih melihat keadaan d kg itu.. sepatutnya c pembeli ni kena tunggu smpai selesai semua mslah ini dan tunggu keputusan sama ada sah ka tanah itu milik mereka tapi ini tak terus p buat keja suka hati dorg ja... segala tempat penduduk bercucuk tanam d musnahkan...harap semua ini dapat d selesaikan dengan cara baik...
ReplyDelete