Thursday 17 March 2011

KEMISKINAN RINANGKI MENGHIRIS PERASAAN



Oleh: MAIL MATHEW

KESUNGGUHAN seorang pemimpin muda yang berbakat, tidak jemu-jemu memintal waktu mendekati insan-insan terpinggir untuk melihat sendiri penderitaan mereka yang selama ini menetap di sebuah rumah usang dalam kedaifan meskipun kampung mereka hanya lima kilometer dari pekan Tenom.

“Selepas bercerai dengan suami saya, lebih 30 tahun lalu, saya terpaksa menyara anak anak yang bersama saya. Kami tiada harta. Hanya tanah dan pondok buruk inilah harta kami di dunia,” keluh Rinangki Langgawis, 70, yang enggan gambarnya dirakamkan bagi menghormati saudaranya, tuan tanah tempat mereka mendirikan rumah daripada papan buangan.

Ibu yang agak malang dalam menghadapi liku-liku penghidupan itu, tidak merasa kaku mahupun malu meluahkan kisah hidupnya yang terus diulit penderitaan kepada Jamawi Jaafar ketika melawatnya kelmarin (rabu).

Malah Jamawi yang turut menitis air mata melihat kedaifan keluarga Rinangki yang menghantui perasaannya, namun beliau lega seketika apabila Jamawi tampil meyakinkannya bahawa beliau juga lahir dari kelompok miskin; tetapi semangat untuk melawan kemiskinan perlu menebal pada diri seseorang, kerana akhirnya akan terkeluar dari kepompong miskin tegar.

Apa yang penting tegas Jamawi, ketabahan dan kesabaran menghadapi cabaran itu perlu cekal, selain dari terus mengusahakan pelbagai aktiviti kecil-kecilan menerusi beberapa kursus keusahawanan yang boleh meningkatkan sosio ekonomi keluarganya.

“Kita berusaha membawa masalah Rinangki ke pihak tertentu untuk diambil perhatian dan seterusnya tindakan serius,” tegas Jamawi Jaafar yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Pusat dan Pegawai Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

6 comments:

  1. The government still needs to make more efforts to help the hard core poor. Especially single mothers, senior citizens and the disabled.

    ReplyDelete
  2. hingga kini masih ramai lagi penduduk yang miskin dan daif, kerajaan kena membuat sesuatu untuk membasmi kemiskinan dgn memberi mereka peluang untuk memperbaiki hidup mereka.

    ReplyDelete
  3. harap Rinangki akan dapat dibantu bagi membolehkan dia menikmati kehidupan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  4. Ajukan masalah ini kepada pihak tertentu bagi membantu menangani masalah yang dihadapinya sekarang.

    ReplyDelete
  5. I hope the government could find the best solution to help those who are in the poverty line to get a better life.

    ReplyDelete
  6. masalah2 kedaifan seperti ini sepatutnya mudah mendapatkan perhatian dan keutamaan dari pihak kerajaan. mereka lah yang patut didahulukan dalam setiap apa sahaja program bantuan kerajaan.

    ReplyDelete