Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada artikel ‘Skandal Di Sebalik Salib Gereja’ yang disiarkan beberapa hari yang lalu di laman sesawang SabahKini.net, saya Gwendolyn Nathan, MEMOHON MAAF DARIPADA SEMUA UMAT KRISTIAN, khasnya di Sabah kerana telah menggores perasaan semua, terutama sekali mengenai grafik yang telah digunakan.
Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis bukan bersifat ingin membangkitkan kemarahan umat Kristian, sebaliknya atas dasar ehsan kepada individu tertentu. Saya juga tidak menyalahkan pentadbir SabahKini.net, terutama unit Grafik SabahKini.net kerana segala-galanya bermula dari artikel saya itu.
Saya sedar atas kesilapan saya ini yang telah memecah belahkan agama Kristian yang sememangnya hidup aman damai di Sabah, khususnya. Saya telah menerima banyak teguran dan kritikan daripada banyak pihak.
Sehubungan dengan itu saya dengan hati yang terbuka ingin memohon maaf di atas kesilapan itu. Terima kasih kepada seorang pentadbir tempatan yang telah mengingatkan saya peristiwa 'Perang Salib' dan beberapa peristiwa yang berlaku di negeri lain.
Sekali lagi saya memanjatkan jutaan mohon kemaafan kepada semua umat Kristian di atas keterlanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama.
Salam Damai.
Yang Benar,
GWENDOLYN NATHAN
No comments:
Post a Comment