PAS memberi masa 30 hari
untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk
meletakkan jawatan selepas terdedah keahlian mereka dengan Umno.
“Kita beri notis 30 hari
untuk kedua-duanya meletakkan jawatan. Sewajarnya mereka tidak non-partisan,
kerana mereka merupakan ‘pengadil’ dalam sesebuah pilihan raya,” tegas Penolong
Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi semalam.
Harakahdaily melaporkan
beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR,
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar
yang merupakan ahli Umno.
Katanya, sebagai seorang
‘pengadil’, adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana ‘pemain’. ”Sama
macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil
dari Manchester United. Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya
Selangor. Teruklah Kelantan,” kata beliau.
PAS akan menyerahkan
memorandum mendesak Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi
Dan Timbalan Pengerusi SPR, di Putrajaya kelmarin.
The Electoral Commission should be fair and transparent.
ReplyDeleteHow PAS does not have the rights to demand the SPR president to resign.
ReplyDeleteJika mereka berhenti, macam mana masalah pengundi hantu nak diselesaikan? Atau PAS ada angan2 untuk ahlinya yang menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR? Haha
ReplyDeleteMungkin juga PAS mahu ahlinya jadi ketua SPR
DeleteSPR kena amanah dengan tanggugjawab yang mereka pikul.
ReplyDeletepengerusi SPR dan nafikan hal itu, dia bukan anggota mana2 parti.
ReplyDeleteKita tunggu saja perkara ini nanti. Rasanya semua ini cuma permainan PAS yang risau akan kehilangan sokongan nanti.
ReplyDeleteSPR perlu bersifat terkecuali dalam hal politik. Amanah harus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan jujur.
ReplyDeletesaya ingatkan semua rakyat di negara ini mempunyai hak mengundi.. rupa2nya ada dua orang yang tidak boleh mengundi, iaitu pengerusi dan timbalan pengerusi SPR..
ReplyDeletejika keahlian mereka dalam umno boleh mengganggu keputusan pilihanraya, bagaimana Pakatan boleh rampas empat buah negeri??
ReplyDeletejika pengerusi dan timbalan pengerusi SPR ditukar, adakah pembangkang akan berpuas hati jika keputusan PRU kali ini masih tidak memihak kepada mereka??
ReplyDelete