KOTA
BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan demonstrasi
merupakan cara moden yang halal dilakukan, selain pilihan raya untuk
menggulingkan sesebuah kerajaan yang mungkar.
Justeru,
beliau menegaskan demonstrasi Bersih 3.0 adalah wajib dan akan menyokong penuh
jika ia diadakan lagi pada masa akan datang serta sanggup menyediakan sumber
kewangan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.
Beliau
turut mendakwa tidak sedikit pun rasa bersalah ketika memberikan wang kepada
peserta Bersih 3.0 meskipun demonstrasi itu yang diadakan di Kuala Lumpur
baru-baru ini kononnya aman akhirnya bertukar menjadi rusuhan ganas.
“Jadi
cara untuk membuang mungkar sekarang ialah demonstrasi. Sebab itulah saya kata
wajib pergi Bersih 3.0, lebih baik kita buat daripada kita khianat cara lain
seperti bakar bendera, ini bukan kerja Islam.
“Maka
kalau ada Bersih 4.0, 5.0 atau 6.0 siapa pergi saya akan beri sokongan. Salah
apa, nak suruh orang ramai, macam kita ada pasukan bola, kalau saya ada
perlawanan bola, saya beri RM20,000, RM30,000 tambang bas.
“Salah
apa, saya nak suruh nampak ramai demonstrasi, nak suruh ramai menentang
mungkar, tolak Islam adalah perkara paling mungkar dan jahat,” katanya.
Beliau
bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan
Peperiksaan 2011 Sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan,
di sini hari ini.
Nik
Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan seperti dilaporkan media semalam
memberi ucapan tahniah kepada peserta dan mengakui memberi duit poket kepada
mereka untuk menyertai perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur,
Sabtu lalu.
Perhimpunan
tersebut yang didakwa pembangkang akan berjalan dengan aman bagaimanapun
bertukar ganas apabila para peserta merempuh halangan polis serta turut
menyerang beberapa anggota keselamatan itu sehingga menyebabkan kecederaan.
Mengulas
mengenai kekecohan yang berlaku, Nik Abdul Aziz turut senada dengan kebanyakan
pemimpin pakatan pembangkang yang menuduh ia disebabkan oleh polis.
“Kecoh
itu kerana disekat. Air turun dari bukit jangan sekat dia turun ke laut, kalau
sekat dia masuk kampunglah. Demonstrasi hak rakyat hatta komunis beri peluang
rakyatnya berdemonstrasi.
“Orang
Pas kita jamin dididik dengan baik tapi baik sampai orang titik kepala tak
boleh. Orang Pas tidak akan buat macam itu (melakukan rusuhan) tapi kalau
disekat masalahlah,” tambahnya.
Yang penting jangan ikut ajaran kerajaan langit.
ReplyDeleteTolak keganasan jika mahu selesaikan masalah.
ReplyDeletedemontrasi ganas bukan cara untuk tukar kerajaan. gunakan cara lebih aman.
ReplyDeleteConfuse dengan gambar di atas. ada yang kata pihak polis yang langgar peserta bersih. di pihak lain pla kata peserta bersih menerbalikkan kereta polis tu sebab ada orang terperosok di bawah kereta polis tu.
ReplyDeletePeserta Bersih membaling botol dan menendang kereta kearah diver dan kereta. Sudah tentu driver hilang kawalan dengan botol2 semuanya diarah ke arah driver.
DeleteKalau mahu adakan perhimpunan, ikutlah syarat/undang2. ini pula sampai ada yang cedera, mungkin ada juga yang mati.huhu
ReplyDeleteIf all participants followed the rules and the authorities orders, surely this sort of issues can be avoided.
DeleteLook at the picture above, this is the sort of violent outbreak from the Bersih Participants during a 'Peaceful' rally.
ReplyDeleteNik Aziz seperti terdesak dengan semua ini. Betul kata sesetengah pihak yang mana PAS cuba menghalalkan sesuatu yang haram untuk kepentingan politik mereka sendiri.
ReplyDeleteUntuk pentingan politik, Nik Aziz pun menghalalkannya.
Deletehalal kalau tujuannya untuk menumbangkan kerajaan?? saya rasa Nik Aziz sudah betul2 nyanyuk..
ReplyDelete"Beliau turut mendakwa tidak sedikit pun rasa bersalah ketika memberikan wang kepada peserta Bersih 3.0.."
ReplyDeletebaik siasat Nik Aziz.. tidak mustahil beliau kerap menggunakan dana awam(cukai rakyat) untuk menganjurkan perhimpunan yang bertujuan untuk menumbangkan kerajaan..