Tuesday, 1 May 2012

KAUM RUNGUS DIZALIMI SAFODA?



      
Oleh : ROZIE  JUMAT

PENDUDUK di empat buah kampung Kanibongan, Pitas mendakwa berhak ke atas tanah yang telah diambil alih oleh Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) dan mendakwa tanah tersebut adalah Tanah Adat mereka.

Masyarakat Dusun Rungus yang berasal dari Kampung Kampil, Kampung Mogitom, Kampung Rantau dan Kampung Narandang sepakat membentuk satu Jawatankuasa Tuntutan Hak Tanah Adat Anak Negeri (NCR) bagi menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sejak bertahun-tahun.

Jawatankuasa itu ditubuhkan semata-mata untuk mengembalikan tanah yang kini diambil alih oleh Safoda kepada anak negeri yang lebih berhak.

Tanah NCR yang dituntut itu seluas 5,000 ekar tanah yang terletak kira-kira 7 kilometer ke pedalaman Kanibongan Pitas.

Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.58 Merotai, Thomas Mojuga Tukung yang merupakan anak jati kelahiran Pitas berkata, terdapat bukti yang menunjukkan berlakunya pembayaran cukai dibuat oleh moyang atau ibubapa penduduk yang menuntut hak tanah adat itu semasa era British North Borneo.

“Masih terdapat pemimpin atau penduduk yang memegang resit cukai tanah semasa zaman British North Borneo pada tahun 1961-1962, yang membuktikan mereka adalah dipihak yang benar,“ ujar Thomas yang hadir sama sempena pelancaran jawatankuasa tuntutan hak tanah adat tersebut.

Menurutnya, penerokaan tanah oleh nenek moyang mereka sejak dari 13 Mac 1961 iaitu ketika Malaysia belum lagi dibentuk (berdasarkan kepada resit pembayaran cukai ) iaitu zaman penjajahan koloni British North Borneo sehinggalah Safoda telah menceroboh masuk ke kawasan tersebut.

”Kita merayu kepada kerajaan negeri Sabah untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu penduduk di empat buah kampung ini berkenan dengan tuntutan hak tanah adat mereka kerana sudah pasti ada mekanisme terbaik untuk menanganinya,” ujar Thomas yang turun padang sehingga ke Pitas bagi mendengar rintihan penduduk di Kanibongan berkaitan dengan masalah tanah di kawasan itu yang telah lama berlarutan.

Ujarnya, penduduk di kawasan terbabit juga masih dilanda kemiskinan kerana tidak mempunyai tanah untuk membangunkan ekonomi selain kemudahan seperti jalan raya juga tidak diselenggara dengan baik oleh pihak yang berkenaan.

”Ketika tiba di kawasan ini, kita masih melihat kemunduran dan kedaifan penduduk kampung yang tidak mendapat perhatian dari pihak berkenan, mungkin kerana kedudukan mereka yang terpencil; tetapi itu bukanlah satu alasan kerana Perdana Menteri kita mahu semua rakyat menikmati pembangunan,” kata Thomas.
Jawatankuasa itu dilancarkan oleh Ketua Pesuruhjaya Ahli Kehormat Rela Sabah, Datuk Jerry Ambuting Mohd Said yang bersedia berusaha membantu penduduk di kawasan itu untuk menyelesaikan masalah itu di peringkat atasan termasuk menemui Ketua Menteri untuk memberi penjelasan.

Pengerusi Penganjur yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Hak Tanah Anak Negeri, Majahap Matangon berterima kasih diatas keprihatinan yang diberikan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan tetamu kehormat mereka.

“Ini amat memalukan kerana tidak ada pihak yang tampil membantu kami. Kami amat berbesar hati dan berterima  kasih kerana Jerry Ambuting dan Thomas Mojuga sudi memberi bantuan dan sokongan,” kata Majahap.

13 comments:

  1. Hopefully the NCR land rights will be protected, this lies in the hands of the State government.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan masih gagal mempertahankan hak milik penduduk.

      Delete
  2. The Sabah Government claimed that they are looking into the land issues and hope that they are able to come up with the best solutions for this issue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap kerajaan negeri memandang serius isu tanah di Sabah dan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

      Delete
  3. Isu tanah berpanjangan di Sabah. Suhakam pun mengatakan aduan tentang masalah tanah adalah yang tertinggi.

    ReplyDelete
  4. Semoga hak anak negeri sentiasa dipelihara dan dihormati.

    ReplyDelete
  5. isu tanah di Sabah makin byk dan rumit, isu2 ini kena diberi perhatian dan diselesaikan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin rumit, penyelesaian win2 situation perlu dalam hal ini.

      Delete
  6. THE NATIVE Land Tribunal is not needed at the moment as the existing Sabah Land Ordinance is sufficient in resolving disputes concerning native land."However, as a responsible government, we are open to any suggestion to improve existing procedures," said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  7. Mengenai masalah tanah adat ini sememangnya perlulah diselesaikan sebaiknya di Sabah.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan sedaya upaya menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tanah NCR

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika tidak puas hati dengan usaha kerajaan, baik penduduk2 kampung yang berhadapan dengan masalah ini tampil memohon bantuan dari peguam Kong Hong Ming.. beliau banyak membantu penduduk kampung bagi kes2 tuntutan tanah adat..

      Delete
  9. Suhakam patut tampil membantu penduduk kaum Rungus ini.. sejak kebelakangan ini, Suhakam seolah2 tidak aktif memperjuangkan hak2 rakyat Sabah.. adakah disebabkan Simon Sipaun sibuk dengan DESAH??

    ReplyDelete