LAWAT....Liow
(kiri) bersama rombongan kementerian, pegawai dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital
Wanita dan Kanak-kanak Likas (HWKKL) serta wakil syarikat kontraktor ketika
melawat Pusat Kanser Sabah, kelmarin. Turut kelihatan Pengarah HWKKL, Dr Tan
Bee Hwai (kanan).
Oleh : NIK JASNI CHE JAAFAR
PUSAT Kanser Sabah mesti
siap Jun ini atau kontraktornya akan diganti, tegas Menteri Kesihatan, Datuk
Liow Tiong Lai. Katanya, beliau tidak teragak-agak menggunakan khidmat
‘kontraktor penyelamat’ bagi memastikan pusat itu dapat disiapkan lebih cepat
jika kontraktor gagal menyiapkan projek terbabit seperti yang dijanjikan.
“Sebelum ini, mereka sudah
beberapa kali memohon tempoh dilanjutkan tetapi kali ini kita tidak akan
bertolak ansur lagi.
“Kalau tidak siap juga
seperti yang mereka janjikan (Jun ini), kita akan tamatkan kontrak mereka. Tidak
boleh lagi diberi (lanjutan) dan tidak boleh dimaafkan,” katanya yang mengakui
marah dengan perkara itu.
Menelan belanja lebih RM200
juta, projek ini bermula pada Februari 2008 dan sepatutnya siap pada awal bulan
ini.
Bagaimanapun, ketika ini
hanya sekitar 80 peratus daripada bangunan yang bakal dikenali sebagai Pusat
Perubatan Nuklear dan Radioterapi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas
terbabit siap.
“Pusat ini adalah
satu-satunya pusat rawatan yang akan dilengkapi peralatan terbaharu dan
teknologi tinggi dalam perawatan kanser.
“Semua peralatan juga
sebenarnya sudah ada dan sebaik sahaja projek ini siap, kerja-kerja pemasangan
peralatan pula akan dilaksanakan dan memakan masa tiga bulan.
“Jika semuanya berjalan
lancar, maka pusat ini akan dapat dimanfaatkan pada hujung tahun ini,” katanya.
Ditemui selepas lawatan
rasmi ke tapak projek itu, Liow menegaskan, pusat itu amat penting untuk rakyat
Sabah, terutamanya pesakit kanser di negeri ini.
Katanya, adanya pusat ini
kelak akan memudahkan pesakit mendapatkan rawatan kerana tidak perlu lagi ke
Sarawak atau Semenanjung.
“Tambahan pula, peralatan
yang ada di Hospital Queen Elizabeth II ketika ini adalah versi lama…di sini
adalah versi terbaharu.
Tambahnya, kementerian
sentiasa bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kontraktor dengan
sokongan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyelia projek itu.
Katanya, langkah itu bagi
memastikan projek ini dapat disiapkan secepat mungkin, seperti yang diharapkan
semua pihak.
“Semua pakar kita sudah ada
di sini (Sabah) dan peralatan juga sudah ada…jadi, tiada sebab projek ini harus
lewat siap,” katanya yang sekali lagi menegaskan, kontraktor diberi tempoh
sehingga Jun sahaja. (Utusan Borneo)
pusat ini harus disiapkan mengikut jadual, jgn biarkan ia lewat.
ReplyDeleteKenalpasti punca utama mengapa projek ini lewat disiapkan oleh kontraktor sekarang.
ReplyDeleteblacklist kontraktor yang tidak pandai buat kerja, tukar dengan yang baru.
DeleteMasalah harus diatasi agar projek mencapai kejayaan yang ditentukan.
DeleteSiapakah kontraktor penyelamat yang dimaksudkan? Adakah ianya kontraktor tempatan Sabah ataupun tidak?
ReplyDeletePusat kanser ni sangat diperlukan dan kalau tidak siap juga seperti yang sudah dijanjikan mesti mengundang banyak masalah.Lagipun, ini satu-satunya pusat rawatan yang akan dilengkapi peralatan terbaharu dan teknologi tinggi dalam perawatan kanser.
ReplyDeleteKontraktor yang gagal melaksanakan projek harus dihitamkan senarainya.
ReplyDeleteSemoga pusat ini memberi rawatan yang baik untuk para penyakit kanser.
ReplyDeleteKelengkapan dan fasiliti harus juga dalam kualiti yang terbaik.
ReplyDeleteSemoga lebih banyak pesakit dimanfaatkan.
ReplyDeleteKemudahan tu akan memberi banyak manfaat kepada pesakit2 di Sabah.
Deleteapa yang dirancang itu perlulah disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan bagi menggelak lebihan kos.
ReplyDeleteDiharap semua berjalan dengan lancar dan siap pada masanya
ReplyDeleteyup.. mesti siap Jun ini dan boleh digunakan tanpa sebarang masalah atau kecacatan..
ReplyDeleteHopefully there be no delay in completing this cancer centre.
ReplyDeleteThe contractors that fail to complete the project by june must be blacklisted.
Delete