Oleh : KOH JUN LIN
SERAMAI kira-kira 700 orang
menyertai perarakan di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini dalam perhimpunan
tahunan Hari Buruh dengan mesej utama, gaji minimum yang diumumkan Perdana
Menteri semalam tidak memadai.
Kumpulan itu mendesak supaya
kadar gaji minimum ditetapkan pada kadar RM1,500 dan bukan hanya RM900 di
semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawah.
Kumpulan berpakaian merah
itu berarak dalam suasaran meriah sambil memukul gendang dan melaung slogan
untuk menuntut "gaji minimum RM1,500."
Selain itu, kumpulan itu
juga menyuarakan tuntutan mengadakan pilihan raya bersih dan adil, menghentikan
diskriminasi ke atas pekerja wanita dan eksploitasi ke atas pekerja asing.
Turut disuarakan ialah
tuntutan untuk pendidikan percuma dan supaya kerajaan mengawal harga barang
keperluan.
Sebanyak 14 tuntutan itu
dinyatakan dalam risalah dinamakan Deklarasi 1 Mei 2012 yang diedarkan kepada
orang ramai semasa perarakan itu.
Deklarasi itu disokong 58
NGO dan parti politik termasuk Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube),
PKR, PSM dan Dewan Pehimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Bagaimanapun, presiden
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Khalid Atan yang ditemui di perhimpunan itu
berkata, dasar yang diumumkan kerajaan itu memadai buat masa ini.
Katanya jumlah itu bukanlah
sesuatu yang akan dikekalkan buat selama-lamanya tetapi akan disemak semula
setiap dua tahun. (MKINI)
gaji minimum dah ditetapkan, ada lagi tak puas hati dan minta lebih tinggi. minta pun ikutlah keadaan.
ReplyDeleteInilah dia..sudah dibagi peha mau lagi betis.memang susah puaskan hati semua pihak.
DeleteTidak habis2 dengan perhimpunan.
ReplyDeleteEntah budaya mana mereka ambil.
DeleteMinta gaji RM1,500. Mampukah majikan mereka beri? Majikan yang mebuat keuntungan banyak, boleh la. Bagaimana dengan yang sedikit?
ReplyDeleteRM1500 akan diberi sekiranya layak. Mesti ada kriteria2 yang perlu diteliti.
DeleteMungkin Kerajaan perlu menetapkan gaji minimun mengikut kelayakkan. Contoh.. PMR Gaji minimum adalah RM600, SPM RM800, STPM dan DIP RM1200 dan Degree RM1800..
ReplyDeleteIni bagi keadilan bagi mereka yang mempunyai kelulusan dengan yang tidak ada kelulusan.
Betul. Tetapkan gaji mengikut qualification dan pengalaman.
Deleteada yang cakap, kesan gaji minimum akan menaikkan harga barang.. dan ada juga yang cakap akan meningkatkan jumlah pengangguran di negara ini..
ReplyDeletebaik laksanakan dulu gaji minimum rm900 dan rm800.. biar jumlah itu dinaikkan secara berperingkat2.. kalau bagi rm1500, banyak pula syarikat2 yang mengalami kejutan nanti.. silap2 semua pekerja dibuang dan hanya mengekalkan mana2 yang boleh buat lebih dari satu kerja pula..
ReplyDelete