Oleh : UMAIRAH ABU SALIM
ADUN Matunggong, Datuk
Jelani Hamdan menyarankan agar Parlimen Malaysia dan DUN Sabah menubuhkan Jawatankuasa
Khas masing-masing untuk menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan Ahli
Parlimen Serdang, Ong Kian Ming bahawa dua Menteri Kabinet Malaysia menggunakan
Ijazah Palsu kerana melibatkan kepentingan banyak pihak, terutama Integriti
Parlimen dan Kabinet Malaysia.
Dakwaan penggubal
undang-undang di Malaysia memiliki atau menggunakan ijazah palsu atau tidak
diiktiraf, kata Jelani, semakin rambang tetapi tidak ada pihak yang berani menampilkan
bukti yang melampau keraguan munasabah.
"Isu akreditasi dan
integriti kerajaan sering dipersoalkan, sekalipun mereka ini tidak menggunakan
ijazah yang dipertikaian sebagai syarat atau prasyarat menyandang jawatan yang
mereka pegang sekarang; tidak seperti pegawai awam yang tertakluk kepada
perintah am," kata Jelani yang mendesak agar Kementerian Pelajaran
menjelaskan dakwaan Ong Kian Ming.
Kata Jelani, menuding jari
kepada pemegang ijazah palsu dan dalam masa yang sama tidak menampilkan bukti
hanya mencetuskan kebimbangan dan tidak menyelesaikan masalah.
"Walaupun secara mata
kasar tidak mendatangkan masalah atau boleh membatalkan perlantikan menteri
Kabinet, namun secara moral telah mencacatkan integriti kerajaan kerana menteri
kabinet tidak mengamalkan dasar kerajaan dan meruntuhkan kepercayaan rakyat,
sama halnya dengan isu IC Palsu dan IC Projek yang melanda Sabah," kata
Jelani yang enggan mengkhususkan sasaran kepada Ahli Parlimen atau ADUN BN atau
pembangkang.
Kata Jelani, masalah
akreditasi dan integriti sering menjadi masalah dalam usaha memperkasa Akta
Pelajaran Kebangsaan dan memperbaiki 'cermin muka' Kementerian Pelajaran yang
retak seribu akibat Dasar Pelajaran Terbuka yang membenarkan penubuhan begitu
banyak institusi pengajian swasta.
"Dalam usaha berlumba
mengejar kejayaan dan memperkasa sistem pendidikan, terlalu banyak dasar yang
terpaksa dilonggarkan sehingga Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadi keretapi yang
sering terbabas dari landasan, apatah lagi platform kementerian pelajaran begitu
longgar," kata Jelani yang menggesa agar kajian dan penyelesaian secara
tuntas perlu dilaksanakan segere menjelang 2020.
Mengikut rekod, sebelum ini
Sabah negeri pertama yang diserang Virus Ijazah Palsu apabila seorang penulis,
Musli Oli, mendakwa beberapa pemimpin politik Sabah dikatakan menggunakan
perkhidmatan agensi di Asia City itu pada 2006; antaranya Ketua Umno Bahagian
Kota Belud, Datuk Musbah Haji Jamli dan dua Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) bagi
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Japlin Akim dan Adun Tempasuk, Tan
Sri Pandikar Amin Haji Mulia.
Sebelum ini, Mantan Timbalan
Menteri Persekutuan, Datuk Lajim Haji Okin; Mantan Ahli Parlimen Silam, Haji
Salleh Haji Kalbi; Mantan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu; Sultan
SULU merangkap Presiden PEKIDA Sabah, Datuk Akjan Ali Mohamad; Mantan Pembantu
Menteri, Datuk Zaki Haji Gusmiah; juga didakwa memperolehi Ijazah palsu
daripada universiti di seluruh dunia.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata beliau layak dilantik sebagai menteri Persekutuan, yang menjadi hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ekoran gesaan pembangkang bahawa beliau seharusnya diminta meletak jawatan kerana didakwa memiliki ijazah universiti palsu.
ReplyDeleteRiot, yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata tuduhan pembangkang itu tidak sepatutnya dibuat tambahan pula mereka mempersoalkan integriti dan kebijaksanaan perdana menteri dalam melantik beliau sebagai menteri dalam Kabinet baharu beliau.
ReplyDelete"Sebagai Perdana Menteri, beliau (Najib) menggunakan kebijaksanaannya untuk menentukan sama ada saya layak menjadi menteri, dan ini termasuk kelayakan akademik saya, dengan memberi tanggungjawab kepada saya portfolio sumber manusia, sebuah kementerian yang sangat mencabar dengan 13 agensi di bawahnya," katanya.
ReplyDeleteBeliau ditemui pemberita selepas melancarkan Pesta Birumuh 2013 dan program '1Malaysia Support For Housewives' dan Azam Kerja peringkat negeri di sini.
ReplyDeleteSambil mengecam dakwaan itu, Riot, yang juga Anggota Parlimen Serian, berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, jika perlu, terhadap tiga Ahli Parlimen daripada DAP iaitu Ong Kiang Ming (Serdang), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Julian Tan (Stampin) kerana membuat dakwaan itu yang mencemarkan imejnya, di luar Parlimen.
ReplyDeleteIa dipetik oleh laporan online bahawa mereka menggesa Najib untuk meminta Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ewon Ebin supaya meletak jawatan kerana memiliki ijazah palsu sekiranya perdana menteri serius terhadap integriti Kabinetnya.
ReplyDeleteBagaimanapun, Riot berkata beliau berada di Kementerian Sumber Manusia kerana ijazah pertamanya yang diperoleh dalam Sumber Manusia adalah dari University of Hertfordshire, United Kingdom manakala ijazah Sarjananya juga dalam bidang yang sama.
ReplyDeleteada kalanya orang yang tiada ijazah jauh lebih pintar dari yang berijazah. apapun, hal ini kena disiasat kerana palsukan ijazah satu kesalahan. sebaiknya pilihlah pemimpin atas kebolehannya.
ReplyDelete