Thursday, 20 June 2013

PATI GUNA MAKLUMAT BAPA MANTAN MP






Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah diberitahu hari ini pendatang asing dari Filipina didakwa menggunakan nama bapa kepada bekas ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun dalam kad pengenalannya.

Eric yang dipanggil sebagai saksi ke-130 memberitahu panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bahawa beliau secara peribadi mengenali individu berkenaan, malah turut berkata warga asing Filipina itu sebelum itu hanya menggunakan passport.

"Saya kenal, dia tukang buat rumah dan menggunakan passport dulu, kemudian saya diberitahu oleh saudara bahawa dia menggunakan kad pengenalan.

"Dia orang Filipina yang gunakan nama ayah saya, Majimbun!" kata Eric, yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu.

Beliau kemudiannya berkata kepada panel yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, pada 2007, beliau telah mengarahkan unit Cawangan Khas pasukan polis menyiasat perkara itu, dan telah diberikan salinan kad pengenalan warga Filipina tersebut.

"Kebetulan SB (cawangan khas) dapat dan beri satu salinan kad pengenalan menggunakan nama Jerum Majimbun, bapa saya."

"Kemudian saya menulis surat kepada Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 2007 memaklumkan perkara itu, namun tiada sebarang jawapan," katanya.

Pegawai penyiasat RCI bagaimanapun kemudiannya memberikan penjelasan kepada Eric, nombor kad pengenalan yang tertera kepada kad pengenalan milik warga Filipina itu adalah palsu, dan nombor berkenaan tidak pernah didaftarkan.

"Nama ini tidak pernah dikeluarkan (Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ... dengan kata lain, IC yang dikeluarkan adalah palsu," kata pegawai penyiasat Azmir Ariffin kepada Eric.

"Kalau palsu kenapa (KDN) tak maklumkan kepada saya?" soal Eric.

45 comments:

  1. Dalam menghadapi PRU13 yang lalu, Anwar Ibrahim berusaha menimbulkan pelbagai isu untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan UMNO-BN sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Pusat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu juga terpulang sama ada rakyat percaya atau tidak, tidak mungkin berratus ribu rakyat kena hasutan dari Anwar.

      Delete
  2. Selepas satu demi satu isu yang dimainkan, hanyut begitu sahaja dan pendedahan menunjukkan penglibatan serius Anwar dalam rekaan isu-isu tersebut, Anwar cuba pula untuk menaikkan kemarahan rakyat Sabah menerusi isu kad pengenalan kepada pendatang asing. Mangsanya adalah Tun Dr. Mahathir!

    ReplyDelete
  3. Walaupun Anwar Ibrahim cukup sedar, otaknya tidak setara dengan otak Tun Dr. Mahathir, Anwar menyangkakan bekas Perdana Menteri keempat Malaysia itu sudah nyanyuk dan pelupa.

    ReplyDelete
  4. Kesempatan itu digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk memutarbelitkan beberapa fakta termasuklah penggunaan beberapa orang saksi yang diketahui pernah menjadi tahanan KEMTA kerana terbabit dengan skandal kad pengenalan biru yang mengancam keselamatan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saksi yang ada harus memberi keterangan yang benar dan tidak harus membuat rekaan cerita.

      Delete
  5. Keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi tersebut, kini dipersoalkan, memandangkan kesemua mereka adalah individu yang terbabit dalam jenayah berkenaan. Dengan kata lain, mereka merupakan individu-individu yang mudah didorong oleh wang ringgit walaupun terpaksa mengkhianati negara.

    ReplyDelete
  6. Dan sekarang, mereka menjadi saksi bagi pihak Anwar Ibrahim dan DAP yang mempersoalkan tentang pemberian kad pengenalan biru serta kewarganegaraan kepada kelompok warga asing beragama Islam di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemberian ic secara tidak berkawal akan mendatangkan akibat yang tidak terjangka.

      Delete
  7. Ketika Tun Dr. Mahathir membuka mulut dengan menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan bagi memudahkan siasatan RCI berhubung kes tersebut, tiba-tiba sahaja YB Jamban, Azmin Ali bersuara dan kelihatan cuba untuk membela Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  8. Azmin Ali cuba membersihkan tangan kotor Anwar Ibrahim dengan meletakkan seluruh kesalahan kepada Tun Dr. Mahathir yang telah menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981-2005. Benarkah dakwaan Azmin Ali bahawa Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam kes pemberian kad pengenalan tersebut? Sudah tentulah tidak!

    ReplyDelete
  9. Bahkan Azmin Ali sangat tahu, Anwar Ibrahim adalah orang yang lebih banyak tahu tentang pendatang asing yang diberikan kad pengenalan biru dan taraf kewarganegaraan Malaysia. Sebabnya, siasatan RCI kini sedang menghala ke arahnya dan Anwar Ibrahim mulai resah dan gelisah.

    ReplyDelete
  10. Anwar Ibrahim merupakan salah seorang daripada anggota kabinet pada tahun-tahun di mana kontroversi pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan tersebut dipertikaikan. Pada tahun 1991, sebuah unit khas telah ditubuhkan di bawah Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memantau kebanjiran pendatang haram di Sabah.

    ReplyDelete
  11. Faktor tersebut bukanlah merupakan satu kebetulan apabila Anwar Ibrahim MENANG BESAR dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan undi terbesar kemenangannya datang dari Sabah.

    ReplyDelete
  12. Ramai yang masih ingat, bagaimana Anwar Ibrahim dengan tersenyum simpul dan penuh angkuh menyatakan, dia tidak dapat menolak pencalonan terbanyak yang diterimanya untuk menandingi jawatan yang sedang disandang oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba pada waktu itu walaupun pada mulanya, kononnya dia tidak berminat untuk bertanding.

    ReplyDelete
  13. Pencalonan terbanyak Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO juga datangnya dari Sabah walaupun sebelum penubuhan Unit Khas pada tahun 1991, Sabah merupakan kubu kuat Tun Ghafar Baba.

    ReplyDelete
  14. Ramai saksi yang masih hidup dan sudi menceritakan bagaimana Pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu, memantau isu kebanjiran pendatang haram Sabah secara mingguan. Malah Anwar SECARA SUKARELA telah menawarkan dirinya untuk menjadi 'PEMANTAU' kebanjiran pendatang haram di Sabah.

    ReplyDelete
  15. Pendatang asing di Sabah merupakan pemain sosio-ekonomi yang sangat penting. Justeru perhatian khusus diberikan untuk masalah berkenaan. Anwar Ibrahim berjaya mempengaruhi Perdana Menteri pada ketika itu (Tun Dr. Mahathir) konon-kononnya untuk memikul tanggungjawab menangani masalah pendatang. Anwar Ibrahim tidak sahaja dipercayai untuk menangani politik Sabah, tetapi juga WANG dan PERUNTUKAN yang sangat besar, termasuklah juga WANG PARTI.

    ReplyDelete
  16. Justeru tidaklah menghairankan bagaimana Anwar sekarang umpama berada di atas bara api. Dia kelihatan tercungap-cungap dengan siasatan yang sedang dijalankan, sehinggakan tidak mampu menunggu lebih lama untuk membuka mulut bagi melindungi dirinya. Dan bukan dengan mulutnya sahaja, dia turut menggunakan Azmin Ali bagi tujuan tersebut.

    ReplyDelete
  17. Maka, tidak hairanlah mengapa Azmin Ali melalak kuat demi melindungi kekasihnya itu. Sedangkan siasatan RCI semakin lama, semakin mengarah kepada Anwar Ibrahim. Berbanding Mahathir, Anwar langsung tidak berani tampil untuk memberikan keterangan sebaliknya cuba menjadikan dirinya halimunan dan seolah-olah dia langsung tidak terlibat dalam isu berkenaan.

    ReplyDelete
  18. Seriously?! This is another major revelation.

    ReplyDelete
  19. MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said MCA members can accept government posts that are recommended by the prime minister and ministers.

    ReplyDelete
  20. Chua had been reported earlier as saying that the rule on party members not accepting government posts applied only to new appointments and not those made before the general election.

    ReplyDelete
  21. MCA vice-president Datuk Donald Lim Siang Chai was reported as saying that Ng had explained herself on the matter of the appointment at the presidential council meeting today.

    ReplyDelete
  22. Use this method to get ur IC?

    ReplyDelete
  23. A brilliant way to fool us.

    ReplyDelete
  24. They have use this method to punish us.

    ReplyDelete
  25. Langkah-langkah Untuk Mengawal Kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PATI)

    Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing dalam pelbagai bidang utama. Lantas, ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil kesempatan memasuki negara kita secara beramai-ramai. Kehadiran mereka telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Oleh yang demikian, kehadiran mereka perlu dibendung dan diawasi.

    ReplyDelete
  26. Dalam usaha membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita.

    ReplyDelete
  27. Seterusnya pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung pekerja asing, terutamanya yang masuk tanpa izin. Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Mereka yang diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang berat termasuk hukuman mandatori. Para pendatang asing yang ditahan ini harus dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

    ReplyDelete
  28. Di samping itu, semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan dan menghantar semula pekerjapekerja tanpa izin. Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasioperasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita. Walau bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini amat bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.

    ReplyDelete
  29. Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya pihak majikan. Sesungguhnya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan kerajaan berhubung masalah pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah sikap demi kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki visa dan permit kerja yang sah sahaja.

    ReplyDelete
  30. Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit amat penting untuk membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih efektif Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih teratur dan terkawal.

    ReplyDelete
  31. Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, limpahan pekerja asing terutamanya pendatang tanpa izin yang tidak dikawal dan berterusan sudah tentu akan memudaratkan kesejahteraan rakyat kita.

    ReplyDelete
  32. Banyak juga hal yang terdedah dengan adanya RCI. Namun kita harus menunggu para panel membuat keputusan setelah prosiding selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sedia menantikan perkembangan selanjutnya.

      Delete
  33. Banyak dokumen palsu yang digunakan. Memandangkan keadaan, penggunaan dokumen palsu sudah tidak terkawal.

    ReplyDelete
  34. Perkara berkaitan dengan kewarganegaraan terkandung di dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan.

    Perkara 14(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

    Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

    (a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa peruntukan yang terkandung dalam Bahagian I Jadual Kedua; dan

    (b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua.

    ReplyDelete
  35. Bahagian I Jadual Kedua adalah berkenaan dengan orang yang lahir sebelum Hari Malaysia (iaitu 16 September 1963) dan Bahagian II adalah bagi orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia.

    ReplyDelete
  36. Mereka yang menjadi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang adalah mereka yang secara amnya menjadi warganegara tanpa memerlukan keadah formal seperti permohonan, pendaftaran atau sumpah setia. Sebahagian besar rakyat Malaysia menjadi warganegara Malaysia melalui proses ini. Contohnya, seseorang yang lahir di Malaysia dan mempunyai ibu atau bapa yang merupakan warganegara Malaysia memperoleh kewarganegaraan melalui Perkara 14(1) tersebut.

    ReplyDelete
  37. Di samping, seseorang itu juga boleh menjadi warganegara Malaysia melalui pendaftaran atau penaturalisasian yang terkandung di dalam Perkara 15 hingga Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan.

    Tidak ada mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membezakan kewarganegaraan mengikut bangsa.

    ReplyDelete
  38. Benar, Perkara 153 memberikan “kedudukan istimewa” kepada mereka yang dikategorikan sebagai “bumiputera”, tetapi dari segi kewarganegaraan dan kerakyatan, tidak ada perbezaan di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Tidak disebut langsung bahawa sesetengah kumpulan etnik mendapat kewarganegaraan atas “jasa baik” atau “kerelaan hati” sesuatu kumpulan etnik.

    ReplyDelete