USANG....Saifullah
bersama Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Bakong-bakong berdiri di atas jambatan
yang hanya menunggu runtuh menyembah
bumi.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
SEMPORNA : "Kami tidak
marahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebab BN banyak membantu rakyat dalam
pelbagai aspek kemudahan-kemudahan asas untuk dinikmati sama ada penduduk luar
Bandar, di persisiran pantai mahupun di kawasan Bandar mereka telah mengecapi
pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan BN
yang kita sokong."
Kami sebenarnya
marahkan ialah Wakil Rakyat Kawasan DUN
Bugaya yang diterajui kepimpinnan Datuk Ramlie Marhaban yang telah
diberi mandat untuk satu penggal lagi sebagai ADUN di Bugaya tetapi nampaknya
gagal untuk membela nasib rakyat di Kampung Bakong-Bakong Hujung yang terlalu
daif dalam arus pembangunan infrastruktur.
Kampung Bakong-Bakong Hujung
telah diwujudkan sejak di bawah pemerintahan Kerajayan BERJAYA lagi yang diduduki
seramai 150 keluarga daripada 33 buah
rumah yang dibina di tebing laut sejauh 48 Km dari pekan Semporna.
Pengerusi JKKK Kampung
Bakong-Bakong Hujung, Abdul Maneh Hj
Hidiri memberitahu kepada Sabahkini.Net semasa melawat ke kampung tersebut
bersama rombongan Muhd Saifullah Hisham Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1
kelmarin tenyata bahawa kampung yang
dimaksudkan itu terlalu daif dalam menikmati kemudahan-kemudanan asas.
Pertama tiada bekalan air disalurkan oleh kerajaan,
begitu juga Balai Raya tidak dibina, adapun Surau tempat beribadat hanya pemberian semasa pemerintahan
kerajaan PBS inipun sudah hampir usang.
Sejak UMNO/BN mengambil alih
tampuk pemerintahan daripada PBS pada tahun 1994 sehingga sekarang, kampung
Bakong-Bakong terus ketinggalan dalam arus perdana pembangunan walaupun kampung
ini mempunyai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK yang dilantik oleh ADUN Bugaya
hanya diibaratkan patung tak bernyawa atau seperti boneka sebab segala
permintaan kami seperti pembaikan surau jambatan, balai raya langsung tidak
diperdulikan oleh Datuk Ramlie,” jelas Abdul Maneh.
"Biar kami beterus
terang sahaja. Kalau bukan gara-gara Datuk Shafie Apdal melawat ke kampung ini
semasa kempen PRU 13 lalu merayu supaya kami
mengundi calon DUN Bugaya Datuk Ramlie, palis-palis minta maaf saja memang kami sudah membuat
keputusan yang muktamad kami tidak akan mengundi Ramlie. Tetapi kami hormat
kepada Datuk Shafie, kalau tidak sorrylah undi
kami tetap kami berikan kepada
calon PKR,” ujarnya.
Tambah Maneh, beliau tidak
nafikan kerajaan BN pimpinan Datuk Najib memang baik, tetapi wakil-wakilnya
yang diberi mandat untuk menjadi YB dalam tempoh lima tahun lagi mula lupa
daratan.
"Kita mahu jumpa pun
susah, tapi semasa merayu undi punggung kitapun mereka sanggup cium,” kata Maneh.
Kata Maneh, mereka terpaksa
memperbaiki sendiri kerosakan jambatan kampung kerana Pemimpin Kemajuan Rakyat
(PKR), Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) dan juga Pemaju Mukim langsung tidak
kelihatan batang hidung mereka masuk kekampung ini untuk meninjau segala
permasalahan rakyat.
Kerajaan memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan projek tukun tiruan di negeri ini pada tahun ini dan tahun depan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin.
ReplyDeleteBeliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata sejak tahun 2008 hingga tahun lepas, kementeriannya melalui Jabatan Perikanan berjaya melabuhkan 518 unit tukun tiruan simen konkrit bersaiz enam tan hingga 30 tan/unit di 14 daerah di Sabah.
Daerah itu ialah Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Kudat, Pitas, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, katanya.
Jumlah kos yang telah dibelanjakan untuk tujuan itu ialah kira-kira RM4.427 juta yang dibiayai oleh kerajaan negeri dan Persekutuan, katanya ketika menjawab pertanyaan Limus Jury (BN-Kualu Penyu) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini Khamis.
Limus bertanya mengenai kejayaan projek tukun tiruan di kawasan pantai barat untuk memajukan industri perikanan marin dan jumlah peruntukan yang dibelanjakan bagi tujuan tersebut.
Yahya berkata Jabatan Perikanan merancang untuk menempatkan 36 blok tukun di daerah Kuala Penyu tahun ini.
"Kementerian saya amat berbangga bahawa hasil pemantauan dan kajian Jabatan Perikanan Sabah mendapati populasi dan kepelbagaian spesis ikan telah meningkat setiap tahun di semua kawasan tukun tiruan.
"Ini termasuk ikan putih, udang kara, ikan merah, kerapu, ikan tabung, ikan tulai, ikan rumahan, ikan tamanung dan ikan yu.
Oleh itu, Yahya berkata semua kawasan tukun tiruan itu kini kaya dengan sumber ikan, dan ia telah menjadi tumpuan nelayan tradisional di kampung nelayan berkenaan untuk memancing di kawasan tukun itu.
Beliau berkata kajian Jabatan Perikanan mendapati pendapatan kasar setiap nelayan tradisional di kawasan tukun tiruan juga meningkat berbanding keadaan sebelum adanya tukun tiruan.
"Pendapatan purata setiap perjalanan (menangkap ikan) bagi setiap nelayan ialah RM50, manakala selepas setahun adanya tukun tiruan ini, purata pendapatan (setiap perjalanan) telah meningkat ke RM200, katanya.
Projek tukun tiruan yang bersaiz besar juga berjaya membantu menghalang dan membanteras pencerobohan kapal-kapal pukat tunda di kawasan-kawasan pantai yang menjadi tumpuan nelayan tradisi, katanya.
Yahya said all the artificial reef is now rich in fish, and it has been the focus of traditional fishermen in the village fishermen to fish in the reef area.
ReplyDeleteKestabilan eko harus diutamakan.
DeleteHe said the Fisheries Department study found gross income every traditional fishermen in the area of artificial reefs also increased compared to the situation before the advent of artificial reefs.
ReplyDeleteLimus asked about the success of artificial reefs on the west coast to develop the marine fisheries industry and the total expenditure spent for these purposes
ReplyDelete"My ministry is proud that the results of monitoring and research Sabah Fisheries Department finds population and diversity of fish species has increased every year in all areas of artificial reefs.
ReplyDeleteUsaha ini harus diteruskan agar spesis ini tidak pupus.
DeleteArtificial reef project size also helped to prevent and combat the invasion fleet of trawlers in the coastal areas of focus fishing tradition, he said.
ReplyDeleteInilah yang dinamakan kerana individu rosak nama parti. Namun jika hal ini dah kena highlight harap akan dapat perhatian sewajarnya.
ReplyDeleteKerajaan harus memberi perhatian wajar dalam aspek perkembangan khas di kawasan luar bandar.
ReplyDeleteADUN Bugaya hanya diibaratkan patung tak bernyawa atau seperti boneka sebab segala permintaan kami seperti pembaikan surau jambatan, balai raya langsung tidak diperdulikan oleh Datuk Ramlie,” jelas Abdul Maneh.
ReplyDeleteTurun padang dan memahami keadaan sebenar rakyat. Tindakan wajar harus diambil.
WR yang tidak dapat bersuara dan membela nasib rakyat akan ditolak di masa akan datang.
ReplyDelete