TUMBANG.......Tanpa
sokongan dari Sabah, BN akan tumbang dan kehilangan kuasa pemerintahan di
Putrajaya, kata Jeffrey Kitingan.
Oleh : PERCY GOLIU
KOTA KINABALU: Datuk Dr
Jeffrey Kitingan merayu, memujuk dan membodek wakil-wakil rakyat daripada
komponen Barisan Nasional (BN) Sabah supaya bersatu meninggalkan parti itu
beramai-ramai.
Beliau yang juga Pengerusi
Parti Reformasi Sabah (STAR) berkata wakil rakyat BN negeri harus bergabung
untuk membentuk satu kuasa besar untuk menundukkan kuasa Kuala Lumpur demi
kedaulatan Sabah sebagai sebuah negeri yang merdeka dan kuat.
“Siapa bilang kita tidak
boleh melakukannya. Sebab sekarang ini, tanpa disedari, kuasa adalah ditangan
kita di Sabah. Tanpa sokongan dari Sabah, BN akan tumbang dan kehilangan kuasa
pemerintahan di Putrajaya,” katanya.
Jeffrey berkata demikian
dalam ucapan sulung ketika membahaskan ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan
oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin dua hari yang lalu di sidang
Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) di sini.
Persidangan DUN itu adalah
yang pertama selepas BN menguasai semula Sabah dalam Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-13, lebih 40 hari yang lalu.
Kemunculan Jeffrey di DUN
kali ini menyemarakkan lagi suasana dan boleh menyebabkan sesetengah wakil
rakyat BN merasa kecut perut dengan hentaman dan bantahan yang bakal
diluahkannya. Kali ini jumlah pembangkang lebih ramai iaitu 12 orang berbanding
hanya tiga pada penggal yang lalu.
Masih bertaring, Jeffrey
mengingatkan wakil rakyat dengan nada serius tetapi diselitkan dengan lawak
jenaka bahawa sekarang Sabah adalah kuasa penentu siapa yang akan menerajui
Putrajaya.
Peras ugut
“Sabah dan Sarawak kini tidak
lagi bergantung kepada Umno atau Kuala Lumpur untuk memegang kuasa memerintah
seperti dulu.
“Fahamilah bahawa Kuala
Lumpur dan Umno tidak lagi dapat memeras ugut kita seperti dulu. Sebenarnya,
keadaan sekarang sudah terbalik. Umno dan Kuala Lumpur memerlukan kamu dan
kita,” katanya.
Wakil Rakyat dari Bingkor di
kawasan pedalaman Sabah itu kemudian menggambarkan Sabah umpama seorang gadis
jelita yang dipinang oleh dua lelaki bangsawan – Najib (Tun Razak) dan Anwar
(Ibrahim).
Najib katanya, memerlukan
Sabah untuk meneruskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan hanya boleh
berjaya jika BN Sabah menyokongnya.
Anwar pula mengidam tempat
Najib sebagai PM tetapi beliau juga akan hanya boleh berjaya jika mendapat
sokongan di Sabah. Ini dengan jelas menunjukkan betapa kuatnya YB-YB BN Sabah
sekarang selepas PRU-13.
Maka itu katanya, wakil
rakyat Sabah perlu mengakui kuasa dan kekuatan itu dan perlu mengambil peluang
dan kesempatan ini demi manfaat Sabah di masa depan.
“Situasi unik ini mungkin
tidak akan timbul lagi jika peluang ini tidak direbut. Malah inilah juga masa
untuk menunjukkan dan membuktikan komitmen sebenar kamu untuk memperjuangkan
pemulihan hak-hak, hak kemerdekaan dan autonomi di bawah 20-Perkara yang kini
sudah hilang dan pada masa yang sama menuntut balik hasil-hasil lain dan hasil
minyak kita,” katanya.
Jajahan Malaya
Dalam ucapannya itu juga,
Jeffrey mencabar wakil-wakil rakyat BN untuk membuktikan yang mereka berkhidmat
demi memulihkan keadilan dan kepentingan Sabah dan bukan kerana ‘bos-bos kamu’
di Kuala Lumpur.
“Buktikan yang kamu sebagai
YB-YB kerajaan menghormati dan memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan Sabah di
bawah 20-Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963. Buktikan yang Sabah bukannya
negeri yang tunduk kepada Kuala Lumpur dan bukannya sebuah negeri jajahan
Malaya,” katanya.
Mengulas Ucapan Dasar
Kerajaan itu Jeffrey berkata, beliau tidak melihat apa-apa yang baru dan
menganggapnya sebagai “biasa” selain daripada isu keselamatan dan kenyataan
bahawa kadar kemiskinan sudah turun kononnya daripada 19.7% pada 2009 kepada
8.1% pada 2012.
“Yang pasti ini masih
menjadi pengakuan jelas bahawa Sabah negeri termiskin di Malaysia.
Beliau berharap Dasar
Kerajaan akan menyentuh sedikit sebanyak mengenai Manifesto BN dan sejauh mana
kerajaan melaksanakan serta menepati janji-janji manifesto pilihan rayanya pada
penggal ini tetapi berasa kecewa kerana ianya tidak disentuh sama sekali.
Sebagai pemerhati politik
katanya, jika kerajaan meneruskan sikap dan pendekatan yang sama seperti dulu
tanpa perubahan dan wawasan baru atau tindakan yang berani, Sabah akan terus
mengalami prestasi sejarah selama 50 tahun lalu iaitu “iri om iri” dalam Bahasa
Dusun yang bermakna “tiada perubahan”.
Untuk maju dengan lebih
mantap dan secara “leaps and bounds”, kerajaan dan pemimpin katanya, perlu
membuat beberapa perubahan.
“Sebenarnya punca utama
masalah kita di Sabah adalah masalah kehilangan kuasa kemerdekaan Sabah
mengakibatkan kita terus bersandar dan bergantung kepada kekuasaan Malaya atas
nama Kerajaan Pusat Malaysia.
“Mereka semakin kukuh dengan
kemasukan dan penguasaan parti-parti mereka di Sabah.
“Selain itu, jabatan, agensi
dan jentera-jentera Kerajaan Pusat juga
mengembangkan sayap di Sabah secara besar-besaran dengan kakitangan dari
seberang mendominasi fungsi pentadbiran di Sabah hingga berlaku pertindihan
kuasa kerajaan di Sabah,” katanya menambah ia menjadi persaingan yang tidak
sihat.
Menurut Jeffrey, jika ini
dibenarkan terus berlaku tanpa kawalan, suatu hari nanti kuasa Kerajaan Sabah
akan lenyap di tangan Kerajaan Pusat. Akhirnya, kemerdekaan Sabah tiada erti
lagi, tiada guna dan sia-sia sahaja.
Sebelum terlambat katanya,
Kerajaan Sabah dan pemimpinnya harus sedar dan faham mengenai perkara ini dan
bertindak sebelum terlambat demi menyelamatkan Sabah.
Tilikan pawang politik bahawa Pakatan Rakyat di Sabah bakal berpecah dan punah semakin menjadi realiti yang pahit bagi pembangkang. Ini berikutan beberapa perkembangan terbaru berhubung kedudukan politik pembangkang di Sabah yang bercita-cita untuk menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu..
ReplyDeletePertama adalah kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengesahkan Pakatan Rakyat telah menutup pintu perbincangan pengagihan kerusi dengan Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee. Ini kerana Pakatan Rakyat mendakwa SAPP bersikap keras kepala untuk membolot majoriti kerusi Parlimen dan DUN dan tidak mahu bertolak ansur dengan PKR, Dap dan Pas.
ReplyDeleteSikap parochial dan kenegerian ini menambahkan pening kepala Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim apabila pendirian ‘Sabah Untuk Sabah’ ini disokong pula oleh Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang diketuai oleh Dr Jeffrey Kitingan.
ReplyDeleteDr Jeffrey yang dikenali sebagai salah satu ‘raja lompat parti’ di Sabah pernah menjadi Naib Pengerusi PKR satu ketika dulu. Beliau meninggalkan PKR setelah bertelagah dengan Anwar yang menyisihkannya daripada jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah lalu menubuhkan STAR.
ReplyDeleteAnwar beranggapan rakyat sabah mudah digula-gulakan dengan pelbagai dakyah dan isu yang ditimbulkan terhadap BN. Pembangkang gagal melihat realiti bahawa negeri itu mempunyaim keinginan serta harapan yang tinggi untuk sama-sama maju setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.
ReplyDeleteHanya BN yang berjaya memenuhi kehendak pembangunan rakyat Sabah selama 50 tahun bersama dalam Persekutuan Malaysia. Pembangkang hanya bermodalkan air liur dan jentera fitnah yang sentiasa bergerak meracuni fikiran rakyat tetapi gagal untuk menunjukkan kemampuan mentadbir atau membela nasib rakyat.
ReplyDeleteNasib negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang diperintah pembangkang sudah cukup menjadi bukti kepalsuan janji-janji manis mereka. Tidak perlu lagi menipu rakyat Sabah atau Sarawak dengan manifesto yang mengandungi kata-kata kosong yang tidak bernilai dan membawa apa-apa erti.
ReplyDeletesapp dan star juga patut berhenti dari terus mendendangkan agenda kenegerian.. jika BN yang banyak membantu dalam pembangunan negara dikatanya bahawa untuk rakyat sabah, bagaimana pula dengan parti2 tempatan yang diketuai oleh Raja Katak dan tidak mempunyai rekod pentadbiran yang baik??
ReplyDeleteKALAU bercakap soal pemimpin Katak,pasti ramai yang merujuk pemimpin Sabah. Beberapa bulan lalu, Dr Jeffery Kitingan pernah berkata, tiada seorangpun pemimpin Sabah yang bukan pemimpin katak.
ReplyDeleteTerus terang, hanya mungkin "pemimpin Usno" yang bukan katak, kerana para pemimpinnya bukan melompat, tetapi Parti Usno itu sendiri dibubarkan dan secara enblok-semua ahli dan pemimpinnya masuk Umno.
ReplyDeletePada masa ini, mereka yang yang tergolong bukan pemimpin katak, adalah mereka yang hanya menjadi ahli sesebuah parti, dan tidak pernah bertukar parti.
ReplyDeleteRakyat Sabah benar-benar tahu siapa-siapa pemimpin katak. Sudah tiba masanya semua pemimpin katak ini dihapuskan, kerana bukan sahaja menjadi racun demokrasi, akan tetapi menjadi racun kepada rakyat.
ReplyDeleteTiada apa-apa yang boleh dicontohi daripada pemimpin katak, melainkan mereka ini adalah tergolong pemimpin yang tidak amanah dalam perjuangan. Apapun alasan yang diberikan untuk menghalalkan pemimpin katak; tetap mereka itu terdiri golongan yang tidak amanah dalam perjuangan.
ReplyDeleteRakyat bermula pada PRU-13, perlu menghapuskan pemimpin katak untuk selama-lamanya, agar menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja. Kalau bukan rakyat yang menentukan.. siapa lagi?
ReplyDeleteHari ini, Presiden UPKO TanSri Bernard Dompok yakin tiada lagi wakil rakyat dari parti tersebut bertindak keluar parti dan menyokong pembangkang. Belia menggesa pihk berkenaan agar berhenti menyebarkan desas-desus berkaitan lompat parti ini.
ReplyDeleteManakala Ketua Menteri Sabah DSP Musa Aman mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan taktik pembangkang yang cuba memberi bayangan seolah-olah BN negeri mula goyang dan berpecah berikutan tindakan beberapa pemimpin BN yang menyokng pembangkang. Belia menyifatkan pakatan pembangkang hanya "syok sendiri" dan apa yang diwar-warkan hanyalah propaganda semata.
ReplyDeleteYou are free to choose.
ReplyDeleteHe has hardly missed any occasion to profess his loyalty to the Party Keadilan Rakyat (PKR), and Anwar Ibrahim in particular.
ReplyDeleteIt is up to you guys.
ReplyDeleteYong Teck Lee doesn’t have any other alternative but to support the PKR in Sabah after his bad outing in the Batu Sapi Parliamentary by-election where even Ansari of PKR did better then him.
ReplyDeleteThe challenge for the opposition is how to strike an agreement among themselves so that there will be only one-to-one fights with the Barisan.
ReplyDeleteYTL dan Parti PKR, Dap dan Pas di Sabah sama-sama gila, berebut kerusi macam beruk
ReplyDeleteBayangkan betapa ruginya Rakyat Sabah jika memilih parti Pembangkang dari Semenanjung dan 10 kali rugi jika memilih YTL sebagai Ketua Menteri.
ReplyDeletePembangkang di Sabah kelihatan berada diambang perpecahan terbesar dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan dua sekutu baru Pakatan Rakyat (PR) dalam peperangan mulut yang boleh menggagalkan impian mereka merampas negeri itu pada Pilihan Raya 2013.
ReplyDeleteengan Datuk Yong Teck Lee dari SAPP di satu pihak, dan bekas orang kuat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin di pihak yang lain, kedua-dua puak secara terbuka berperang mulut dan salah menyalahkan, dengan setiap pihak menuduh yang lain tamak politik dan enggan bersatu menentang BN
ReplyDeleteBekas ketua menteri Sabah itu juga menuduh kedua-dua lelaki tersebut memberikan hadiah mahal seperti udang galah, udang harimau dan sarang burung kepada pemimpin PR di ibu kota “semata-mata untuk terpilih sebagai calon”.
ReplyDeletePR sudah terperangkap dengan janji mereka. Orang tempatan kononnya menyokong mereka kerana mereka ingin 'memberi autonomi' kepada Sabah. Saya tidak rasa ini akan berlaku.
ReplyDeletePemimpin pusat PR tetap akan mencorakkan keadaan di Sabah, dan sudah dari awal membuktikan mereka memang pemungkir janji.
ReplyDeleteSetelah pembangkang 'carried away' bahawa mereka boleh menjadi 'goverment in waiting' baru mereka wujudkan Pakatan Rakyat, tetapi hingga kini tidak didaftarkan sebagai single entity.
ReplyDeleteTidak seperti BN yang boleh bertanding dibawah satu simbol dan mempunyai ideologi dan pendekatan yang sama tanpa mengira komponen.
ReplyDeleteDalam PR, terlalu banyak agenda, hidden agenda, vague agenda, flip flop agenda dan incoherent agenda. Ini kerana mereka hanya 'pakat'(plot) dan bukan barisan(coalition).
ReplyDeleteapa yang penting, kerajaan dan pembangkang patut bersatu untuk membangunkan Sabah, inilah yang patut diutamakan dahulu...
ReplyDeletekerajaan BN mempunyai peluang 5 tahun untuk membentuk Sabah semula, yakni mandat rakyat kepada kerajaan
ReplyDeletesekiranya dalam masa 5 tahun ini, tiada perubahan atau kemajuan yang ketara bagi negeri ini, maka rakyat bolehlah mempertimbangkan untuk memilih parti baru pada PRU14 nanti..
ReplyDeleteOpposition should just perform well if they wan to win against BN. They still have 5 years to do the best they can to gain supporters.
Deletesekurang-kurangnya, perubahan ini adalah untuk kepentingan rakyat Sabah juga di masa akan datang
ReplyDeletediharap ada perdamaian dan perpaduan di dalam parti pemerintah dan dengan parti pembangkang....
ReplyDeleteThe people are always behind BN supporting the party to continue bringing development into sabah.
ReplyDeleteKerajaan BN sebagai parti yang diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat, akan terus memastikan agenda pembangunan serta aku janji pada PRU13 dipenuhi.Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata segala program pembangunan yang dirancang akan dilaksana selaras dengan aku janji dalam tempoh lima tahun akan datang.
ReplyDeleteMusa meohon kepada semua Ahli Yang Berhormat pembangkang khususnya, supaya dapat melihat kebaikan dan kemurnian hasrat kerajaan BN dalam melaksanakan pelbagai dasar pembangunan yang menjurus kepada mempertingkat kualiti hidup rakyat dan memacu pembangunan ekonomi negeri.
ReplyDeleteMusa memberi jaminan bahawa dengan mandat baharu yang diberikan rakyat Sabah kepada BN, semua program pembangunan yang dirancang sebelum ini akan dilaksana dan dipertingkat.
ReplyDeleteKerajaan BN Sabah akan melipatgandakan lagi usaha dan bergerak lebih pantas bagi meneruskan pelaksanaan program pembangunan yang telah dirancang sesuai dengan Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan (GTP/ETP).Apa yang penting, selepas ini kita perlu terus turun padang, berikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing.
ReplyDeleteWakil pembangkang lebih banyak mengelirukan Dewan dengan memutar belit fakta dan mengeksplotasi isu untuk kepentingan politik sempit mereka.Malah mereka seolah-olah tidak memahami atau pura-pura tidak tahu pelbagai usaha dan kejayaan kerajaan BN dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di seluruh negeri, termasuk di kawasan yang mereka menangi.
ReplyDelete