Monday 24 June 2013

ESSKOM BERDAGANG ATAU JAGA KESELAMATAN?






Oleh : MAZHANIM KARIM

ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah (AMK) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuka fail siasatan berhubung  pembinaan 40 buah rumah untuk mangsa Tragedi Tanduo kerana dipercayai diberikan kepada penerima yang tidak layak.

Ketua Penerangannya, Citra Masadi yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi setelah kembali daripada lawatan singkat ke Tanjung Labian mendakwa daripada 40 buah rumah yang tersebut, pihaknya hanya mengenalpasti hanya 10 sahaja yang benar-benar layak.

"ESSKOM mau bina rumah untuk 40 buah keluarga daripada Kampung Tanduo yang dimusnahkan Pasukan Keselamatan Malaysia dana Perang Tanduo di tapak Kampung Bahagia (Tanjung Labian Darat) ," ujar Citra yang kesal kerana Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohd Mentek tidak menyemak silang senarai penerima dengan penduduk kampung dan Ketua Masyarakat.

Kata Citra, AMK kesal kerana tidak ada tapisan keselamatan dibuat dan daripada semakan rigid yang dilakukan pihaknya, hanya 10 sahaja keluarga yang layak menerima gantian rumah yang musnah kerana selebihnya bukan Warga Negara Malaysia.

"Kita kenalpasti ada pihak yang menyediakan maklumat palsu termasuk Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat yang membuat pengesahan status penduduk semata-mata untuk mendapatkan kontrak membina rumah berkenaan kerana mereka juga adalah kontraktor yang memohon untuk membina rumah berkenaan," kata Citra yang mengakui penduduk kampung tradisi kini terhimpit dengan perebutan tanah tapak projek perumahan mangsa perang Tanduo.

Hasil daripada siasatan dan perbincangan mereka dengan penduduk kampung, tidak ada lagi tanah kosong yang tersedia kerana majoritinya telah diwartakan sebagai Geran Komunal setelah Zon Keselamatan dan Sahabat Pinggir dirampas FELDA.

Kata Citra, satu-satunya tanah yang sedia ada ialah tanah adat peninggalan Saligaring Salahuddin yang mula dibuka sekitar 1950-an dan tapak tanah SK Tg Labian yang dibuka sekitar 1960-an.

"Kita juga dapat mengesan tanah di kampung Tradisi yang masih tinggal telah diberikan secara bersendikit kepada Syarikat Perniagaan Cerah Sdn Bhd 1,450 ekar di Kg Tg Batu (Datuk Yusof Jamlee);  Syarikat  Kinsa Jaya Sdn Bhd (Ramli & Yassin) di Kg Tg Labian dan Daratan Kg Sg Bilis seluas 800 ekar dan bakinya dipohon oleh anak-anak Datuk Suhaili Said, Adun Tungku," kata Citra yang mendesak agar ESSCOM memandang berat dakwaan dan maklumat penduduk kampung ini.

Citra turut mendesak agar Ketua Menteri Sabah tidak mengganggu Geran Komunan yang telah diluluskan kepada penduduk 13 kampung tradisi di Zon Labian.

"Jika semasa OPS Daulat Felda telah memberikan kawasan seluas 400 ekar sebagai penempatan ketenteraan, kenapa pula Felda tidak boleh memberi kawasan lapang milik Felda sebagai penempatan semula mangsa perang yang benar-benar layak setelah melalui tapisan rigid," ujar Citra yang mendesak agar ESSCOM memastikan bebas daripada rasuah dan salahguna kuasa.

18 comments:

  1. Kira-kira 80 peratus daripada lebih seratus rumah yang rosak di Zon Tanjung Labian ekoran insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lalu sudah dibaik pulih, kata Ketua Pengarah Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek.

    ReplyDelete
  2. Beliau berkata kerja membaik pulih rumah penduduk yang rosak berikutan pertempuran antara anggota keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh berkenaan dilaksanakan oleh agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

    ReplyDelete
  3. “Berhubung dengan rumah-rumah yang musnah (sama sekali) akibat kejadian (pencerobohan) itu, kita dapati terdapat 77 buah rumah yang musnah. Saya difahamkan rumah ini sedang digantikan secara berperingkat dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

    ReplyDelete
  4. Citra patut jelaskan apa kriteria penerima yang tidak layak untuk menerima bantuan rumah itu.. adakah mereka bukan penduduk kampung yang terjejas??

    ReplyDelete
  5. jika Citra benar2 mahu membanteras gejala rasuah dalam pemberian rumah ini, kenapa tidak bawa saja bukti2 itu kepada SPRM atau buat laporan terus kepada SPRM?? kenapa perlu melalui Sabahkini??

    ReplyDelete
  6. HARAP2 NIAT PR UNTUK MENGANGGU KERAJAAN DALAM MENTADBIR NEGARA SEMAKIN PUDAR

    Usahlah kita termakan dengan lakonan hebat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang penuh bergaya serta mimik wajah yang ‘suci’ ketika mengangkat sumpah menjadi Ahli Parlimen pagi semalam.
    Di awalnya, Anwar mencanang hebat hinggakan mahu satu dunia mengetahui pembangkang akan terus memboikot pembukaan sesi taklimat penerangan parlimen sebelum ini.
    Juga, begitu lantang memberitahu akan memulaukan sesi angakat sumpah yang berlangsung hari ini sebagai tindakan memprotes keputusan PRU13 pada Mei lalu.
    Namun, Anwar membuat pusingan U pula di saat-saat akhir apabila hadir bersama-sama pemimpin PR yang lain untuk mengangkat sumpah.

    Semua mengetahui, Anwar sudah malu apabila usaha memprotes keputusan pilihan raya yang dilakukan melalui cara siri demonstrasi himpunan bantah ‘Blackout 505′ pada 22 Jun lepas tidak berhasil.
    Anwar gagal mengumpulkan pencacai-pancacai PR seramai 100,000 orang berhimpun dan berkhemah di Padang Merbok.

    ReplyDelete
  7. HARAP2 NIAT PR UNTUK MENGANGGU KERAJAAN DALAM MENTADBIR NEGARA SEMAKIN PUDAR

    Jadi, demi meraih kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap PR, Anwar berlakon yang kononnya terpaksa menghadiri upacara angkat sumpah di Parlimen.

    Kebenarannya, dari tindakan Anwar itu memperlihatkan parti pembangkang sebenarnya sudah pun menerima hakikat kemenangan UMNO dan BN dalam PRU13 lalu.

    Kenyataan itulah yang harus dilihat dan diperhatikan oleh rakyat kerana selama ini Anwar hanya mempergunakan rakyat demi kepentingan dan nafsu peribadi dirinya sendiri.

    Biarpun Anwar dan kuncu-kuncunya sudah pun mengangkat sumpah, itu tidak bererti beliau akan terus mendiamkan diri dari meneruskan agenda protes kemenangan BN dan menumbangkan kerajaan.
    Percayalah, bermulanya saat beliau berlakon menjadi ‘suci’ dalam dewan Parlimen, sebenarnya Anwar sudah rancak merancang pelbagai agenda dan muslihat untuk terus menggulingkan kerajaan.
    Dendam Anwar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah padam walaupun kelibat dirinya dilihat duduk semeja menjamu selera bersama dengan pemimpin yang disegani rakyat itu.

    Lihat sahaja bertapa liciknya perancangan Anwar sejak sebelum PRU13 berlangsung lagi. Anwar sudah mengheret Najib dengan pelbagai isu politik agar Najib tidak punyai masa mentadbir negara dan hanya memberikan fokus kepada isu-isu politik sahaja.

    Sejak lima tahun lepas, Anwar sentiasa menganggu urusan pentadbiran Najib dengan mencipta kekecohan melalui perhimpunan-perhimpunan haram yang juga melibatkan emosi dan perasaan rakyat untuk terus membenci pihak kerajaan.

    Ia berterusan dengan tindakan kotor Anwar yang dapat dihidu sebelum menjelangnya hari pembuangan undi di mana beberapa kumpulan telah diupah oleh Anwar dan PR sendiri untuk mencipta kekecohan pada hari itu.

    ReplyDelete
  8. HARAP2 NIAT PR UNTUK MENGANGGU KERAJAAN DALAM MENTADBIR NEGARA SEMAKIN PUDAR

    Selepas keputusan undi diperolehi, Anwar tidak senang duduk dan terus menggerakkan gerakan reformasi menghasut rakyat supaya tidak menerima keputusan SPR dengan hati terbuka.
    Lama-kelamaan, tindakan memprotes berterusan dengan mencipta himpunan ‘Blackout 505′ yang kononnya bersumberkan fitnah di mana telah berlakunya genjatan elektrik sewaktu pengiraan undi sedang dilakukan.
    Natijahnya, gerakan ‘Blackout 505′ yang cuba digerakkan oleh partinya menerima sambutan yang bercampur baur di kalangan penyokong pembangkang sendiri.
    Inilah usaha yang tidak pernah padam untuk dilakukan oleh Anwar. Selagi impian dan hasratnya tidak tercapai, selagi itulah Anwar akan terus menganggu Najib dan kerajaan dengan isu-isu politik yang tidak munasabah.
    Cuma sekarang ini, pendekatan Anwar untuk mengacau pentadbiran kerajaan sudah dapat diagak kerana ia tidak pernah berubah. Mengutuk, mengeji dan juga meracuni pemikiran rakyat terhadap institusi politik negara adalah jenama strategi Anwar.
    Cara yang sama juga akan Anwar gunakan untuk tempoh 5 tahun akan datang ini sebelum PRU14 pula berlangsung. Tidak mustahil

    ReplyDelete
  9. Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kesediaan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri Sabah untuk menubuhkan kawasan keselamatan khas di Sabah atau pun dikenali sebagai ESSCOM ( Eastern Sabah Security Command).

    ReplyDelete
  10. Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu serta pembunuhan ngeri enam orang anggota keselamatan di Semporna baru-baru ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada penubuhan kawasan keselamatan khas ini.

    ReplyDelete
  11. Sebanyak lima batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan di tempatkan di ESSCOM, manakala lima lagi Balai Polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.

    ReplyDelete
  12. Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam ESSCOM ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau, yang ke semuanya berada di pantai timur Sabah meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer.

    ReplyDelete
  13. Kawasan yang sebegini panjang dan luas sememangnya terdedah kepada risiko keselamatan dan pembentukan ESSCOM ini menunjukkan Kerajaan Pusat telah mengambil iktibar dari insiden pencerobohan itu sebagai pengajaran berguna.

    ReplyDelete
  14. Usaha menambah baik aspek keselamatan sempadan Sabah ini merupakan langkah pro aktif yang membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat negeri ini. Dari sudut lain, kebanjiran pendatang asing juga akan dapat di kekang.

    ReplyDelete
  15. Kewujudan ESSCOM juga selain bermatlamat untuk membendung pencerobohan di Lahad Datu dari terus berulang di masa depan, di masa yang sama ia meningkatkan keyakinan para pelabur yang sebelum ini telah menjauhkan diri berikutan insiden tersebut.

    ReplyDelete
  16. Sekitar tahun 1970-an dulu di Sarawak pernah wujud Markas Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) yang terbukti berjaya menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak yang kemudiannya diikuti dengan limpahan keamanan dan tumpuan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  17. Justeru itu kewujudan ESSCOM di Sabah juga diyakini mampu mencapai matlamatnya sama seperti kejayaan RASCOM sekaligus mengembalikan semula ketenteraman dan merancakkan semula kegiatan ekonomi di negeri ini.

    ReplyDelete
  18. Semoga rakyat akan sama2 bekerjasama dengan kerajaan bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan negeri Sabah dari ancaman luar.

    ReplyDelete