Oleh : TASHNY SUKUMARAN
KUALA LUMPUR : Menteri
Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem akan mengambil tindakan undang-undang
terhadap Ahli Parlimen DAP, Ong Kiang Ming (Serdang), Zairil Khir Johari (Bukit
Bendera) dan Justin Tan (Stampin) berhubung dakwaan dua Ahli Parlimen Barisan
Nasional (BN) memiliki ijazah palsu.
“Saya dengan
sekeras-kerasnya membidas kandungan kenyataan mereka. Kerana ia dilakukan di
luar Dewan Rakyat, apa yang saya akan lakukan ialah meminta peguam-peguam saya
mengendalikan hal ini,” katanya kepada pada pemberita di sini, Rabu.
Beliau menambah, ia
merupakan tuduhan “fitnah yang serius”.
“Ijazah Sarjana saya dalam
Sumber Manusia daripada Hertfordshire, London, begitu juga Ijazah saya dalam
Sumber Manusia. Sebab itu saya dalam Kementerian Sumber Manusia.
“Sebagai menteri yang
bertanggungjawab, saya membidas perkara ini sebagai satu fitnah. Biar peguam
saya mengendalikannya.”
Terdahulu, Ong, bersama dua
lagi Ahli Parlimen mendakwa kedua-dua Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan
Inovasi, Datuk Ewon Ebin memiliki ijazah palsu.
Ong berkata, dalam laman web
Kementerian Sumber Manusia, Riot disenaraikan memiliki ijazah ‘Charted
Institute of Business Management’ di Ireland, dan Universiti Preston di Amerika
Syarikat (AS).
Katanya, Universiti Preston
adalah sangat terkenal sebagai universiti yang palsu sebagaimana dilaporkan
oleh beberapa laporan akhbar, sambil menambah bahawa beliau tidak dapat
menjumpai laman web untuk Charted Institute of Business Management’ Ireland.
Ong menggesa Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kedua-dua individu itu meletakkan
jawatan sekiranya beliau serius terhadap integriti dalam Kabinetnya.
Mengenai isu Ewon, Riot
tidak mengulasnya.
“Saya hanya tahu tentang
diri saya.”
Katanya, beliau tidak tahu
di mana Ong mendapat maklumat mengenai 'ijazah palsu' dan di mana sahaja mereka
mendapatkannya tidak penting.
“Apabila Perdana Menteri
melantik seseorang menyertai Kabinetnya, beliau akan memastikan pilihannya itu
dalam menjalankan tugas. Dan tugas di Kementerian Sumber Manusia bukannya
mudah,” kata Riot. (Mstar)
PEMIMPIN2 PAKATAN TIADA MASALAH KALAU KENA SAMAN.. ANWAR BILA2 MASA BOLEH KELUARKAN DANA ASING RATUSAN JUTA RINGGIT JIKA DIA MAHU..
ReplyDeleteBEGINILAH CARA PEMBANGKANG MEMPENGARUHI MINDA RAKYAT.. MEREKA SEBARKAN FITNAH DULU.. BETUL ATAU SALAH, BELAKANG KIRA.. SOAL DUIT BAYAR SAMAN LANGSUNG TIDAK MENJADI MASALAH BAGI MEREKA.. SEBAB ITULAH PUAK2 INI BERANI TUBUHKAN PENGHASUT SEPERTI RED BEAN ARMY..
ReplyDeleteRiot berkata beliau akan menyerahkan kepada peguamnya untuk menentukan tindakan susulan.
ReplyDeleteSaya mengambil ini sebagai tuduhan serius terhadap saya. Saya biar peguam saya mengendalikan hal ini. Sebagai menteri bertanggungjawab, saya mesti mempunyai pengetahuan baik dengan apa yang saya lakukan untuk berkhidmat untuk negara
ReplyDelete