YANG di-Pertuan Agong Tuanku
Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan semua anggota parlimen supaya tidak
mengambil tindakan yang boleh menjurus kepada kemusnahan negara kerana ia
membawa implikasi amat besar terhadap masa depan tanah air.
Seri Paduka bertitah sebuah
negara yang tersungkur akibat sesuatu masalah mungkin mengambil masa yang
panjang untuk pulih.
"Sebuah negara yang
musnah akibat persengketaan atau mengalami kejatuhan ekonomi belum tentu dapat
bangkit semula dalam tempoh yang singkat," titah Seri Paduka ketika
merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat di
Kuala Lumpur hari ini.
Tuanku Abdul Halim sekali
gus menggesa semua anggota parlimen supaya merapatkan saf, berganding bahu
membangun dan memajukan negara.
"Beta ingin
mengingatkan ahli-ahli Yang Berhormat sebagai ahli Dewan yang mulia ini agar
menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara serta sentiasa
memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," titah
Seri Paduka.
Yang di-Pertuan Agong turut
mengingatkan mereka supaya bersama-sama memikul amanah rakyat yang inginkan
kestabilan dan kemakmuran negara berkekalan, kesejahteraan hidup terus
meningkat serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama kian utuh.
Tuanku Abdul Halim bertitah
rakyat pula perlu memainkan peranan dan bekerjasama dalam membantu kerajaan
merealisasikan amanah itu.
"Beta mengucapkan
tahniah kepada semua ahli Dewan yang telah dipilih oleh rakyat. Harapan Beta
kepada ahli-ahli Yang Berhormat, berkhidmatlah kepada rakyat dengan penuh
dedikasi dan berintegriti," titah Seri Paduka.
Selain itu, Tuanku Abdul
Halim mahu mereka sentiasa menunjukkan akhlak terpuji demi agama, maruah diri,
institusi Parlimen yang mulia dan negara tercinta.
"Sematkanlah dalam
sanubari bahawa kehadiran ahli-ahli Yang Berhormat ke Dewan yang mulia ini
adalah satu tanggungjawab bagi menunaikan janji-janji kepada rakyat,"
titah Seri Paduka.
Seri Paduka turut
mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan
barisan jemaah menterinya kerana berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan
raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.
"Beta yakin kerajaan
akan terus berusaha dengan gigih untuk membangunkan negara bagi mencapai
matlamat menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020," titah
Seri Paduka.
Pada PRU13, Barisan Nasional
memperoleh 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang membolehkannya membentuk
kerajaan persekutuan. Pakatan pembangkang gabungan
PKR-PAS-DAP pula meraih 89
kerusi.
Dalam pada itu, Tuanku Abdul
Halim bertitah semua pihak harus menerima dan menghormati keputusan PRU13 yang
telah diadakan mengikut lunas-lunas sistem demokrasi.
Rakyat juga diminta
bekerjasama serta berganding bahu dengan kerajaan bagi membolehkan negara
melangkah ke depan untuk mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi
menjelang 2020.
"Beta percaya komitmen
kerajaan dalam merealisasikan agenda transformasi nasional melalui
program-program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEA) akan memanfaatkan segenap lapisan masyarakat baik
dari segi ekonomi, sosial, keselamatan dan politik," titah Seri Paduka.
Dalam mencapai hasrat itu,
Tuanku Abdul Halim yakin kerajaan akan terus memberi penekanan terhadap
nilai-nilai akauntabiliti, integriti, pematuhan undang-undang dan tadbir urus
yang baik. (Bernama)
When Yang di-Pertuan Agong advised the opposition to accept the result of the 13th general election, BN was accused of interfering in Istana Negara affairs by preparing His Majesty's text speech.
ReplyDeleteAlthough former deputy Dewan Rakyat Speaker Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar rebutted the allegation, the opposition still make believe BN government had hands in it.
In many other cases, the opposition will ask those they accused of 'cheat and graft' to resign. Do they have the gut to tell His Majesty to leave his throne?
ReplyDelete- Pakatan accuses Barisan Nasional cheated in the 13th general election and for that very reason, Najib Tun Razak's Cabinet must resign en mass and hand over power to Anwar Ibrahim & Gang.
- They are still applying pressure for the entire board of the Election Commission to resign for 'helping' BN's victory, and that the indelible ink used on voters was not genuine. Pakatan also cried foul on the existent of too many 'phantom voters' on BN side.
ReplyDeleteAnd yesterday, they demanded for IGP Khalid Abu Bakar resignation when a court ruled in favor of the late M Kugan's family.
'Resign and resign' has been Pakatan Rakyat's infamous political spear over the last five years. They managed to unseat Shahrizat Jalil over the NFL issue but failed in other attempts on a few BN politicians.
ReplyDeleteWhat is the gain if all this people resign and what would be Pakatan's victory?
ReplyDeleteShould Najib resigns, who will become PM? Of course Anwar who refused to resign from politics if Pakatan fails to wrest Putrajaya has he already promised last year. Did Najib ever tell him to fulfill that promise?
ReplyDeleteWho else should resign on Pakatan's list?
ReplyDeleteThey once accused the government and the AGC of interfering in the judiciary but Kugan's case is a strong testimonial that the judiciary is always free in making decision, and that the government has got no say in it.
ReplyDeleteImagine what would happen had the court ruled in favor of the police force!
Justice has been served to the late Kugan and his family. Of course PM Najib and Home Minister Zahid Hamidi are feeling the heat of the verdict yesterday but Khalid's resignation should be made an issue.
ReplyDeleteWhat's important here is to boost the morale of 'an already tainted' police image and the public confidence in the force by doing what is necessary and should be done a long time ago - including installing CCTV in all police lock-ups, cells and prisons to monitor all 'happenings' inside.
ReplyDeleteThe opposition should be more than willing to sit down with the government, especially the Home Ministry in finding new formula to address such handicaps. Condemning Khalid and others will not solve any problem or halt recurrence of Kugan's case.
ReplyDeleteLet's not politicise and personalise the issue on emotion. Be wise, work together and produce the right remedy. Is it so difficult to do?
ReplyDeleteANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeleteBukan saja menjadikan pembohongan sebagai “makanan ruji” hariannya, kini Anwar Ibrahim yang baru saja ditabalkan DAP sebagai Ketua Pembangkang telah mengampuhkan lagi serangannya bagi melemahkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di negara kita.
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeleteTerbukti sikap derhaka dan “Si Kitul”nya apabila dengan biadap dia menyatakan pada media bahawa titah DYMM Yang DiPertuan Agong pada ucapan pembukaan sidang Dewan Rakyat semalam disampaikan di dewan itu untuk dibahas dan bukannya arahan.
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeleteSebelum ini, Anwar juga pernah menuduh DYMM Yang DiPertuan Agong seolah-olah menjadi boneka BN apabila baginda menitahkan sekalian rakyat supaya menerima keputusan PRU ke-13 dengan hati yang terbuka tanpa sebarang pertikaian.
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeletePaling biadap, Anwar mendakwa bahawa teks titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri dan baginda hanya perlu membacanya di hadapan rakyat.
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeleteMujurlah Timbalan Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menafi dan menegaskan bahawa titah baginda itu datangnya dari Istana Negara dan tiada kena mengena dengan Pejabat Perdana Menteri.
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeletePada saya, tuduhan dan pertikaian Anwar terhadap titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu adalah satu kenyataan biadap yang cuba “diimplan” Ketua Pembangkang itu dengan tujuan supaya rakyat membenci dan memandang rendah pada institusi Raja-Raja Melayu.
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeleteBaru sehari dia mengangkat sumpah di dewan yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong, hari ini dia (Anwar Ibrahim) sudah berkurang ajar, derhaka pada baginda.
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeleteUntuk pengetahuan Anwar, DYMM Yang DiPertuan Agong itu sudah dua kali ditabalkan ke jawatan tertinggi negara itu dan saya yakin baginda belum pernah jumpa seorang Ahli Parlimen sebiadap seperti Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Apakah Anwar fikir DYMM Yang DiPertuan Agong tidak punya kuasa untuk menolak sebarang usul dari Perdana Menteri?
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeleteSekiranya Perdana Menteri senaraikan sejuta usul sekalipun pada DYMM Yang DiPertuan Agong, tetapi baginda enggan bertitah mengenai usul-usul tersebut, saya yakin ia tidak akan dititahkan di dalam Dewan Rakyat.
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeleteTiada siapa pun yang dapat memaksa DYMM Yang DiPertuan Agong bertitah mengikut telunjuk atau kemahuannya kerana baginda merupakan antara Raja-Raja Melayu yang berpengalaman dan bijak memikirkan masa depan Islam, bangsa dan negara.
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeleteMungkin Anwar sengaja “menyerang” titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu kerana hatinya tersinggung dengan sindiran tajam yang mahu semua pihak menerima keputusan PRU ke-13 tanpa sebarang pertikaian.
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeleteMungkin hati Anwar terlalu pedih apabila memikirkan titah itu seolah-olah ditujukan tepat ke dahinya apabila baginda menyeru supaya tidak mempersoalkan kedudukan agama Islam bagi kepentingan mana-mana pihak.
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeleteSaya yakin, serangan Anwar terhadap institusi Raja-Raja Melayu tidak akan terhenti semalam sahaja. Dia akan lancarkan beberapa lagi serangan terhadap institusi “payung negara” itu dari masa ke semasa.
ANWAR SEMAKIN GILA.. PEMBELOT KEPADA NEGARA, MENIPU PENYOKONG SENDIRI, DAN TERKINI KURANG AJAR TERHADAP TITAH AGONG
ReplyDeleteKita sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada perlembagaan dan rukunegara wajar berjaga-jaga dengan propaganda “api kebencian” Anwar itu dan memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak tercemar dan terus terpelihara kukuh dipersada negara. Daulat Tuanku!
bersama kita jaga kemakmuran dan keharmonian negara kita
ReplyDelete