Oleh : MD IZWAN
PAKATAN Rakyat (PR)
menyambut baik cadangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker) Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya penubuhan 'Kabinet
Bayangan' tetapi menyifatkan ia tidak berguna selagi tiada perkongsian maklumat
dengan kementerian-kementerian dalam kerajaan.
Dalam ucapan pemasyhuran
semalam, Pandikar memberikan amanat kepada ahli-ahli Parlimen supaya berubah
dan langkah tersebut boleh dimulakan dengan penubuhan 'Kabinet Bayangan' bagi
memudahkan proses perdebatan dalam sidang Dewan Rakyat.
"Tidak ada perkongsian
maklumat, kami tidak diberi maklumat dan boleh memperolehnya menerusi
pertanyaan soalan di dalam Dewan Rakyat sahaja.
"Jadi, macam mana nak
jadi menteri dalam 'Kabinet Bayangan' yang berkesan?" soal ahli Parlimen
Seputeh (DAP), Teresa Kok kepada The Malaysian Insider selepas selesai majlis
mengangkat sumpah di Parlimen semalam.
Naib Pengerusi Kebangsaan
DAP itu juga mempertikaikan layanan tidak adil yang diberikan kepada ahli-ahli
Parlimen pembangkang oleh Putrajaya sebagai salah satu faktor cadangan Pandikar
tidak akan berjaya dicapai selagi sistem tersebut tidak diubah oleh kerajaan.
"Kalau di luar negara
dalam sistem mereka sangat hormat kepada MP alternatif, walaupun bukan dalam
kerajaan... Bukan macam disini, peruntukan kepada MP pembangkang pun tidak ada.
"Ini salah satu contoh
saja, kami dipinggirkan begitu sahaja dan tidak diberikan maklumat. So, macam
mana nak mainkan peranan? So ini nanti tinggal hanya nama sahaja," katanya
lagi.
Ahli Parlimen Shah Alam
(PAS) Khalid Samad juga senada dengan Teresa kerana menyifatkan sesebuah
"kabinet bayangan" sewajarnya dibekalkan dengan maklumat-maklumat
daripada kementerian kerajaan kerana setiap anggota Dewan Rakyat perlu
mengetahui tentang isu dan perkara yang berlaku dalam sesuatu kementerian.
"Perkara-perkara ini
perlulah dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan seorang menteri 'kabinet
bayangan', kerana kalau nak bercakap tentang sesuatu isu tersebut dia juga
perlu tahu tentang isu tersebut," kata Khalid mengulas tentang cadangan
Pandikar.
Khalid dalam pada itu juga
berkata sekiranya kementerian-kementerian tersebut enggan berkongsi maklumat,
sekurang-kurangnya Putrajaya memberikan kebebasan kepada media untuk melaporkan
sebarang perkembangan ataupun berita bagi memudahkan kepada menteri
"kabinet bayangan" mendapat akses.
"Itulah, kalau kita nak
kabinet ini efektif, sekurang-kurangnya perlulah free media lah... Kalau tidak
ada free media, payahlah nak kongsi maklumat," kata Khalid lagi disamping
bertegas ia lebih baik sekiranya kebebasan media diberikan dan pada masa sama
kementerian memberikan maklumat kepada menteri "kabinet bayangan".
Pengarah Strategi PKR Rafizi
Ramli bagaimanapun menyambut baik cadangan itu tetapi membayangkan barisan
pemimpin yang akan berada dalam "kabinet bayangan" perlulah
dikalangan mereka yang mempunyai kapasiti dan pengetahuan dalam portfolio bakal
akan ditetapkan.
"Masanya sudah tiba
untuk kita ada kabinet bayangan, ia tidak ada isu dengannya.
"Cuma kita kena
pastikan mereka yang berada dalam Kabinet ini dia kena bagus lah... maknanya
bila ada Kabinet ini, harapan rakyat juga mestilah tinggi dan kita kena juga
kena pastikan kualiti mencapai tahap yang rakyat mahu," kata Rafizi.
Rafizi juga berkata ahli
Parlimen yang dilantik berada dalam Kabinet juga perlu lebih mendekatkan diri
mereka dengan pihak luar dan tidak hanya aktif semasa sidang Parlimen sahaja.
PR pada sidang Dewan Rakyat
Ke-12 lalu tidak pernah mengemukakan sebarang "kabinet bayangan"
malahan sebarang usaha ke arah mewujudkannya mendapat tentangan dan tidak
mendapat persetujuan secara kolektif.
Malahan, pada Oktober 2012
lalu berlaku pertikaian antara parti dalam PR apabila satu senarai
"kabinet bayangan" yang dikeluarkan oleh PKR telah bocor dan
menyebabkan timbalan pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw mengecamnya sebagai
sebagai khayalan kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah meletak calon
dalam kementerian tertentu.
Pilihan Raya 2013
menyaksikan Barisan Nasional (BN) yang
diterajui Perdana Menteri Datuk Najib Razak kembali berkuasa dengan memenangi
133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan PR tidak
berpuas hati dengan keputusan itu dan mengadakan perhimpunan Black 505 di seluruh
negara sejak 8 Mei. (TMI)
Dengan berlangsungnya majlis angkat sumpah 222 Ahli Parlimen semalam dan bermulanya Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13, ia sekali lagi membuktikan proses demokrasi masih kekal subur di negara ini. Sebelum ini, bantahan demi bantahan dilakukan Ahli Parlimen pakatan pembangkang bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu kerana didakwa tidak telus dan memihak kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka juga menggugut memboikot majlis angkat sumpah semalam, namun akhirnya semua Ahli Parlimen pembangkang itu hadir dan majlis angkat sumpah berjalan dengan lancar.
ReplyDeletePemimpin Umno dan BN pula kenalah ingat mereka berada di dewan rakyat dan mengangkat sumpah hari ini bukan kerana mereka kuat, berpengaruh dan berkuasa. Mereka diletakkan disitu oleh rakyat bukan oleh Umno. Umno hanya sebuah jentera yang meletakkan dan menamakan mereka dan kuasa yang mengangkat adalah rakyat.
DeleteIa secara automatik mengesahkan pembangkang kini menerima dan mengiktiraf keputusan PRU-13 dibuat rakyat menerusi peti undi. Sekarang adalah masa terbaik menyuarakan harapan pengundi di dewan mulia itu bagi memastikan proses transformasi pembangunan dapat diteruskan. Suara akar umbi perlu dibawa, dibincang dan dibahaskan pada mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13. Tiada alasan lagi untuk mereka bertindak tidak matang dengan mengapikan perasaan penyokong yang kebanyakannya gagal mendapat gambaran sebenar mengenai proses demokrasi di Malaysia. Kekecohan yang cuba dicetuskan sekumpulan aktivis di jalan utama menuju Bangunan Parlimen ketika majlis angkat sumpah hanya perbuatan tidak bertanggungjawab.
ReplyDeleteApabila Dap hanya berjaya mendapat 38 kerusi parlimen setelah berjaya menipu Melayu dalam Pas dan Pkr dan selepas kegagalan beberapa siri 505 mereka manarik hand brake. Sebab lain mereka menarik hand brake kerana al-jub menipu dalam isu petisyen. Semasa ceramah cakap lain tetapi masa petisyen cakap lain. Al-jub hanya membawa satu itu yang lemah iaitu isu dakwat. Isu blackout dan isu pengundi hantu tak ada.
DeleteKomposisi 133 wakil BN dan 89 pakatan pembangkang di Parlimen menggambarkan suasana yang lebih berbeza berbanding sebelum ini. Ketika kerajaan berusaha membawa Malaysia menuju negara maju menjelang 2020, wakil pembangkang perlu menjadi pembahas yang baik dan menilai dasar kerajaan secara bertanggungjawab. Peranan mereka bukan sekadar membangkang, bahkan menjadi peneliti dan penyuara hasrat rakyat yang terlepas daripada pandangan umum. Kita harap mereka menggunakan sesi persidangan secara matang dan berhemah, tidak mencetuskan polemik tidak sepatutnya. Rakyat memerhati secara terperinci setiap perbahasan di Dewan Rakyat dan akan menghukum kecuaian mereka jika gagal membawa amanah diberikan menerusi peti undi.
ReplyDeleteYang berkampung di padang tersebut adalah majoriti pelajar unversiti. Mereka lupa bahawa mereka telah diperalatkan oleh musuh mereka supaya menjadi bodoh dan gagal.
DeleteSaranan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya pakatan pembangkang menubuhkan kabinet bayangan perlu dipertimbangkan. Cadangan berkenaan bertujuan memudahkan proses perdebatan dalam konteks mengenal pasti pembahas utama dalam isu membabitkan kepakaran mereka. Sekarang masa terbaik memikirkan kepentingan rakyat dan negara, serta mengetepikan kepentingan peribadi. Ahli Parlimen sepatutnya menghormati gelaran Yang Berhormat – YB, bukannya bertindak kebudak-budakan ketika di Dewan yang mulia itu.
ReplyDeleteRASANYA tak perlu nak terkejut jika ada pemimpin politik yang bertindak menyokong kenyataan si penghina-penghina YDP Agong. Sudah acap kali kedengaran apabila ada yang berkaitan Melayu yang disebut oleh orang bukan Melayu, maka pasti adanya sokongan dari ahli politik pembangkang di Malaysia. Apa sudah jadi?
ReplyDeleteGooi Hsiao Leung, Ahli Parlimen Alor Setar baru-baru ini menyokong kenyataan berbaur penghinaan terhadap YDP Agong oleh seorang penyokong pakatan yang juga dari kaum yang sama iaitu, Melissa Gooi.
ReplyDeleteDalam satu status dalam akaun facebook beliau Melissa Gooi mempersoalkan sesiapa yang mendengar titah Agong semasa majlis Keputeraan YDP Agong
ReplyDeleteStatus tersebut dibalas dengan komen-komen pedas dari rakan-rakan beliau yang berupa penghinaan terhadap Agong.
ReplyDeleteDah dasar orang gasar memang adatnya begitu, apa sahaja yang tidak kena dengan Melayu pasti disanggahnya.
ReplyDeleteJika hak Melayu dan Bumiputra berani disanggah, ini kan pula YDP Agong yang merupakan Raja Melayu di Malaysia. Sudah hilangkah jatidiri sebagai rakyat Malaysia? Sudah benci sangatkah kepada orang Melayu?
ReplyDeleteSedangkan rakyat Thailand dihukum dengan seberat-berat hukuman kerana menghina Raja Thailandnya, ini kan pula di Malaysia. Syukur kerana kalian lahir dan diberi keistimewaan yang sama rata di Malaysia
ReplyDeleteUndang-undang dibuat oleh pemerintah untuk dipatuhi. Benar, memang di Malaysia punyai hak kebebasan bersuara yang paling longgar penguatkuasaannya tetapi bercakap biarlah berpada.
ReplyDeleteYang salah tetap salah. Tiada campur tangan politik dalam hal sebegini. Perkara ini hanyalah melibatkan si penghina, Melissa Gooi dan kedaulatan YDP Agong sebagai mangsa penghinaan. Apa lagi yang Cina mahu?
ReplyDeleteRafizi, Husam dan al-Jub gagal dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang bermula Sabtu lalu dan hingga hari ini.
ReplyDeleteKaum Cina Dap pula tidak menghadapi masalah untuk angkat sumpah kerana mereka mempunyai agenda lain.
ReplyDeleteDap juga berasa kecewa kerana usaha mereka untuk menawan Putrajaya telah gagal. 2008 percubaan pertama mereka dan 2013 Dap telah all out secara total dan semaksima mungkin untuk menggulingkan kerajaan namum Allah tidak mengizinkan.
ReplyDeleteAnwar pula menonggang Dap chauvinist dan Pas kawarij untuk membolehkan beliau menjadi PM juga gagal.
ReplyDeleteHanya tinggal Pas yang tidak beriman masih mempercayai Anwar.
ReplyDeleteKegagalan Dap ialah kerana melayu bersatu dalam mempertahankan hak. Pas bukan parti melayu juga gagal kerana tidak memperjuangkan survival Melayu. Pas adalah "Party For All" yang menyokong semua tuhan, semua mazhab, semua agama dan menghalalkan LGBT
ReplyDeletemelayu bersatu untuk memenangkaan government of the day iaitu Umno dan BN dengan keupaayaan yang kecil dan terhad.
ReplyDeleteRamai melayu tidak turun mengundi kerana kurang rasa tanggung jawab untuk mempertahankan hak melayu. Mereka ini ialah golongan yang tak ambil tahu hal dunia dan akhirat. Golongan inilah yang mudah dibeli oleh pembangkang untuk menyokong mereka.
ReplyDeleteDap berkeyakinan bahawa untuk menang melalui petisyen memang susah, hanya Pas sahaja yakin sebab mereka mendapat nasihat daripada peguam yang bijak mencari pelanggan. Menang atau kalah belakang kira, yang penting ialah ada masyuk.
ReplyDeleteSedarlah melayu, government of the day telah banyak berjasa kepada anak melayu. jika tidak ada kerajaan Umno tidak meresakan melayu duduk di Lembah Kelang dan bekerja di tingkat 50 atau 60. Semuanya akan terus duduk di pelantar melihat sawah dan parit di kampung mereka.
ReplyDelete