BADAN Perhubungan Umno Sabah
membuat ketetapan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak
dipertandingkan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Aman berkata anggota badan itu merasakan bahawa presiden Umno sedia ada
Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan
satu gandingan mantap yang perlu dikekalkan.
Beliau yang juga pengerusi
Badan Perhubungan Umno negeri berkata kepimpinan mereka berdua juga mendapat sokongan
yang begitu kuat di kalangan anggota Umno khususnya di peringkat akar umbi.
"Kita percaya
kepimpinan dan gandingan yang berwawasan ini akan membawa parti ke tahap yang
lebih teguh, dinamik dan berdaya menang. Kita berbincang (membuat ketetapan)
demi kebaikan Umno khususnya d Sabah," katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat pertama badan itu, selepas pilihan raya umum ke-13 5
Mei lepas, di Bangunan Umno, di Kota Kinabalu malam tadi.
Turut hadir timbalan
pengerusi badan itu Datuk Seri Salleh Said Keruak dan setiausaha perhubungan
Umno negeri Datuk Seri Yahya Hussin.
Musa berkata pada mesyuarat
itu, beliau turut berterima kasih kepada semua ketua bahagian, ketua pemuda,
wanita dan puteri Umno yang bekerja keras, bersatu padu dan bekerjasama bagi
memastikan kemenangan Umno dan BN khususnya di Sabah pada pilihan raya umum
lepas.
"Berkat kesepaduan,
kesepakatan kami bersama, maka Umno Sabah "tatap" mantap, dan kami
menang hampir semua kerusi (yang ditandingi calon Umno)...cuma di peringkat
Dewan Undangan Negeri (DUN) kita kalah satu kerusi di DUN Klias (kerusi negeri
di kawasan Parlimen Beaufort)," katanya.
Musa yang juga Pengerusi BN
negeri berkata ini jelas membuktikan bahawa Umno Sabah masih kuat dan mantap
selain menggambarkan wujudnya kesepakatan dan kerjasama yang kuat.
"Dalam hal ini, saya
minta kesepakatan ini diteruskan dan terus turun padang untuk memastikan,
selain kita ucap terima kasih banyak kepada pengundi kita, kita juga terus
memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka," katanya. (Bernama)
Pemilihan UMNO yang bakal berlangsung tahun ini adalah satu tindakan yang benar-benar bersifat demokratik jika dibandingkan dengan parti politik lain di negara ini yang menggunakan nama demokratik itu sendiri.
ReplyDeletePenglibatan ratusan ribu ahli-ahli UMNO untuk menentukan pemimpin tertinggi parti maka ia adalah satu perubahan besar yang melibatkan keanggotaan yang ramai tanpa sekatan.Sebuah parti politik yang berpegang kepada nama demokratik pun gagal menterjemahkannya tetapi UMNO dapat merealisasikan makna demokratik itu sendiri dengan penglibatan anggota yang sangat ramai.
ReplyDeletePerubahan yang dilaksanakan oleh UMNO bukan sahaja membuktikan kematangannya sebagai sebuah parti politik yang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu dan dalam masa yang sama menjadi payung kepada seluruh rakyat Malaysia.Inilah proses peremajaan semula parti ini dengan melibatkan anggotanya dari semua peringkat termasuk di akar umbi bagi menentukan kesinambungan wujudnya UMNO dalam dunia di mana demokrasi itu sudah lebih meluas dan melebar sifatnya.
ReplyDeleteDengan pembaharuan yang digunapakai dalam pemilihan ini maka ia akan memberi ruang penyertaan kepada lebih ramai anggota untuk memilih ketua mereka di peringkat pusat dan menyalurkan pandangan serta idea-idea dari peringkat bawah untuk digunapakai untuk masa hadapan.Impak positif tentunya akan diperolehi UMNO berkaitan perubahan besar yang berlaku termasuklah golongan muda yang akan turut memberi peranan.
ReplyDelete