Tuesday 25 June 2013

MISSION IMPOSSIBLE ARD DI KOTA BELUD?






Oleh : SITI ZUBAIDAH ABDULLAH

KOTA BELUD : Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan bertekad membangunkan daerah Kota Belud secara menyeluruh untuk tempoh lima tahun mendatang berikutan keyakinan penduduk memberikan mandat kepadanya pada pilihan raya umum lepas.

Anggota Parlimen Kota Belud itu berkata beliau sedang merancang projek-projek mega untuk meletakkan daerah itu berada di landasan yang betul bagi menikmati tahap pembangunan yang rancak sepanjang tempoh itu.

"Saya nampak masa depan yang cerah untuk membangunkan Kota Belud sedang berada dalam keadaan cukup bersedia yang kini berada di ambang pembangunan rancak bagi tempoh lima tahun ini," katanya kepada Bernama di sini.

Mengenai prospek pembangunan di Kota Belud yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, Abdul Rahman berkata beliau dan kerajaan negeri mempunyai wawasan yang jelas dalam meneruskan agenda pembangunan di daerah itu.

Katanya antara projek yang sedang dirancang ialah Projek Pusat Sokongan Industri Minyak & Gas di Teluk Usukan, projek Agropolitan Kota Belud-Pitas, projek perumahan rakyat, Kota Belud akan dikenali sebagai Jelapang Padi dan lebuh raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak sepanjang 2,300km yang akan melintasi kawasan Kota Belud.

Abdul Rahman berkata Teluk Usukan bakal muncul sebagai hab logistik baharu di rantau Asia Tenggara menerusi usaha menjadikan kawasan itu sebagai pusat sokongan industri minyak dan gas.

Beliau berkata selain itu, projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Sabah serta Petronas Asian Supply Base berkenaan akan mewujudkan sehingga 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.

Beliau mahu menumpukan usaha untuk meningkatkan penyertaan warga tempatan terutama golongan muda dalam aktiviti perindustrian minyak dan gas di Teluk Usukan.

"Ini akan membantu meningkatkan pendapatan, kemahiran serta kemampuan warga tempatan khususnya golongan muda yang ingin menceburkan diri dalam industri minyak dan gas serta sektor berkaitan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta golongan muda agar bersedia untuk mempelajari dan mengikuti kursus berkaitan agar dapat menyumbang kepada pembangunan sektor itu yang akan berkembang pesat dalam tempoh tiga tahun lagi.

"Apa yang saya risaukan kini ialah tentang kesediaan golongan muda untuk menjadi modal insan kerana tiada guna kita mempunyai projek- projek mega yang sedang berjalan, tetapi siapa yang mendapat manfaat ialah penduduk luar Kota Belud (KB).

Persoalannya sekarang rakyat KB harus bersedia atau tidak kerana industri minyak dan gas secara teknikalnya mengambil kemahiran golongan itu yang harus bersedia sekarang dengan mengambil kursus-kursus berkaitan projek itu," katanya.

Justeru itu, katanya, beliau menerusi Pejabat Parlimen Kota Belud akan bekerjasama rapat dengan Petronas Asian Supply Base untuk mengenal pasti golongan muda yang layak untuk menceburi industri berkaitan itu.

Sebagai menteri bertanggungjawab dalam perumahan, beliau sedang mengenal pasti tapak lokasi sesuai untuk membina lebih banyak projek perumahan rakyat termasuk lebih 500 unit rumah di Sabah termasuk Kota Belud bagi memberi manfaat kepada penduduk berpendapatan sederhana di negeri ini.

"Kementerian akan mempercepatkan pembikinan rumah-rumah mampu milik untuk semua rakyat Malaysia dan kami komited untuk memastikan projek-projek perumahan negara siap dengan jayanya terutama lebih banyak projek perumahan rakyat di negeri ini," katanya.

Mengenai Kota Belud yang akan muncul sebagai satu daripada empat kawasan jelapang padi baharu, beliau berkata perisytiharan jelapang padi di dalam Belanjawan 2013 itu akan meningkatkan sasaran lebih 10 tan metrik pengeluaran hasil padi sehektar yang dijangka dicapai dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini.

Menurutnya perubahan pembangunan yang pesat termasuk soal kemudahan asas dan infrastruktur seperti sekolah, jalan raya, pasar tani baharu dan bekalan air bersih sejak beberapa tahun lepas cukup membuktikan kemampuan Barisan Nasional (BN) dalam membawa perubahan positif kepada rakyat Sabah.

Katanya kerajaan BN akan terus mengeluarkan rakyat daripada kancah kemiskinan dan yang paling utama menentang sebarang usaha yang dibuat oleh parti pembangkang yang hendak menimbulkan huru-hara di negara ini.

"Kami daripada Barisan Nasional menjanjikan lima tahun yang penuh gilang-gemilang kepada penduduk Kota Belud, dan sesungguhnya usaha kami dalam menbawa pembangunan di sini nyata dapat dinilai oleh rakyat sejak empat setengah tahun yang lepas," katanya.

Kota Belud yang terletak kira-kira 70 km dari Kota Kinabalu berada di unjuran kaki Gunung Kinabalu telah dipilih menjadi tuan rumah Pesta Kaamatan tahun ini yang juga menyaksikan pelancaran Projek Pusat Sokongan Industri Minyak & Gas Teluk Usukan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Abdul Rahman, antara menteri baharu yang dilantik di dalam Kabinet Persekutuan, yang membariskan enam menteri dan empat timbalan menteri dari Sabah. (Bernama)

16 comments:

  1. MEMANG SUKAR UNTUK JADI PEMIMPIN TAPI APA YANG PENTING, TERUS BERUSAHA BERKHIDMAT TERBAIK PADA RAKYAT

    Rahman Dahlan mengakui cabaran bakal dihadapinya apabila dipilih menerajui sebuah kementerian adalah amat besar dan mencabar, namun sedikitpun tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.


    ReplyDelete
  2. TAHNIAH KEPADA DARD..PASTIKAN PEMBANGUNAN TERUS BERKEMBANG TERUTAMA DI KOTA BELUD.MANDAT YANG DIBERI BERMAKNA, RAKYAT PERCAYA PADA ANDA!

    Beliau yang merupakan muka baharu barisan Kabinet berazam akan membalas kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan penduduk Kota Belud kerana memilihnya dalam PRU-13 untuk menjadikan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan antara yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga beliau benar dapat memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat di Sabah.

      Delete
  3. AMANAH PERLU DIPEGANG DAN DILAKSANA SEBAIKNYA.JANGAN SEKALI-KALI LUPA BILA BERADA DI ATAS

    "Syukur kepada Allah SWT atas pelantikan ini. Ini bukannya satu kebanggaan tetapi merupakan amanah terbesar yang harus ditunaikan dengan penuh jujur, ikhlas dan jujur.

    ReplyDelete
  4. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS. APA YANG BAIK YANG SUDAH DILAKSANA PASTI AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG LEBIH BESAR.

    "Jawatan ini juga merupakan hadiah pengiktirafan Kerajaan Pusat terhadap kesetiaan dan sokongan tidak berbelah-bahagi rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat di Sabah masih memberi sokongan kuat kepada BN.

      Delete
  5. BERKHIDMAT YANG TERBAIK BUAT RAKYAT.

    Seorang lagi muka baharu dari Sabah yang memegang jawatan menteri selain Abdul Rahman ialah Datuk Dr. Ewon Ebin yang dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.Ewon yang juga Ahli Parlimen Ranau menyifatkan pelantikan itu sebagai satu penghormatan terbesar baginya sejak menceburi bidang politik.


    ReplyDelete
  6. JANJI DITEPATI, RAKYAT AKAN TERUS PERCAYA DAN MEMBERI SOKONGAN

    Beliau berjanji akan membalas kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  7. INILAH KELEBIHAN YANG DIPEROLEH JIKA MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK.DARI JAWATAN KECIL HINGGALAH DIBERI TANGGUNGJAWAB YANG LEBIH BESAR.

    "Ini adalah satu cabaran baharu buat saya, sebelum ini saya menjaga hal ehwal luar bandar ketika menjadi menteri di peringkat kerajaan negeri Sabah tetapi kini saya menjaga bidang baharu pula iaitu teknologi," katanya.


    ReplyDelete
  8. BAGUSLAH..MAKIN RAMAI PEMIMPIN SABAH YANG DIBERI PELUANG, HARAP-HARAP MAKIN KUAT SUARA UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT SABAH

    Senarai Kabinet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri menyaksikan 10 pemimpin dari Sabah tersenarai dengan enam daripadanya memegang jawatan menteri dan empat lagi dilantik sebagai timbalan menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kabinet baru ini akan meneruskan perjuangan bersama transformasi negara.

      Delete
  9. TAHNIAH KEPADA PEMIMPIN WANITA NI.WANITA TIDAK KURANG HEBATNYA UNTUK MENJADI PEMIMPIN SEBENARNYA.APAPUN, SEMOGA ROSNAH AKAN BERKHIDMAT YANG TERBAIK BUAT RAKYAT.

    Dalam pada itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Kementerian Kerja Raya), yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kesihatan mengakui, tugas yang bakal dihadapi amat mencabar kerana memerlukannya berurusan secara terus dengan rakyat terutama yang berkaitan dengan kemudahan infrastruktur.

    ReplyDelete
  10. Semoga semua pemimpin Sabah akan terus bekerja keras dan akan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Ingat mandat yang rakyat berikan pada pru-13 lalu.

    ReplyDelete
  11. Rakyat harus sentiasa diutamakan.

    ReplyDelete
  12. Isu kemiskinan memerlukan usaha semua golongan termasuk kerajaan dan rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  13. KB pasti akan dpt dimajukan

    ReplyDelete