Oleh : SHARIFAH AZMAWATI A
AZIZ
KUALA LUMPUR: Perhimpunan
'Blackout 505' yang berlangsung dua hari lalu mengundang rasa kurang senang
pemimipin Barisan Nasional yang menyifatkannya sebagai satu perkara yang tidak
bermoral.
Ahli Parlimen Tanjung
Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata pembangkang cuba menipu rakyat kononnya
mereka membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak telus dan
adil, tetapi pada masa yang sama mereka hadir mengangkat sumpah sebagai ahli
parlimen, hari ini.
“Kalau bekas hakim pun
mereka boleh yakinkan boleh jadi speaker, apa pula dengan rakyat. Jadi mereka
memang betul-betul double standard, yang menipu rakyat ini sebenarnya adalah
Pakatan Rakyat bukan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).
“Rakyat berhimpun di luar
sanggup berjalan buat demonstrasi, tapi mereka di sini angkat sumpah juga. Di
sini nampak cara mereka mengelirukan rakyat dan cara 'double standard'
mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah ahli parlimen
hari ini.
Di luar bangunan Parlimen,
hampir 200 penyokong pembangkang yang terpengaruh dengan hasutan pemimpin
mereka hari ini membuat demonstrasi membantah supaya pilihan raya diadakan
semula.
Rata-rata mereka terdiri
daripada ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Mereka berhimpun di jalan
masuk menuju ke Parlimen sehingga menyebabkan keadaan lalu lintas sesak di
Jalan Parlimen.
Sambil bersorak "SPR
Syaitan", "SPR Penipu" dan "Reformasi" mereka turut
membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri
Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan.
Pada masa yang sama, mereka
juga merayu wakil rakyat pembangkang supaya tidak mengangkat sumpah sebagai
ahli parlimen. Namun semua itu tidak diendahkan.
Sementara itu, ahli parlimen
Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyifatkan tindakan kumpulan yang
membantah wakil rakyat pembangkang daripada mengangkat sumpah pagi tadi sebagai
berlakunya percanggahan pendirian.
Menurutnya, sebelum ini
wakil rakyat pembangkang telah umum enggan angkat sumpah. Namun, kemudiannya
menafikan hasrat mereka itu untuk berbuat demikian.
"Saya rasa mereka salah
'info' dengan orang mereka, dalam poster mereka minta jangan angkat sumpah tapi
semua sini telah angkat sumpah.
"Mereka mempermainkan
sentimen orang mereka. Orang-orang mereka tidak faham bahawa wakil rakyat
mereka telahpun mengangkat sumpah jawatan dan taat setia," katanya.
Ahli Parlimen Bukit Katil,
Shamsul Iskandar cuba berdolak dalik apabila diajukan soalan mengenai
permintaan penyokong pembangkang yang tidak mahu mereka mengangkat sumpah,
sekaligus mengiktiraf kemenangan BN pada PRU-13.
"Soal demokrasi itu
hak, hak yang dijamin dalam Perlembagaan dan kemudiannya diterjermahkan dalam
Perhimpunan Aman kecuali kalau pembuat dasar di Parlimen menyatakan hak
berhimpun itu tidak boleh, maka sewajarnya kalau begitu jangan diwujudkan
Perhimpunan Aman ini," katanya.
Demonstrasi hari ini juga
dicemari dengan provokasi dan pergaduhan sehingga mengakibatkan beberapa
anggota polis mengalami kecederaan ketika berkawal. Pihak polis kemudiannya
bertindak menahan sebahagian daripada aktivis itu. (Antara Pos)
Penyokong dsai sendiri sudah jemu dengan penipuan beliau sendiri. itulah yang dikatakan gajah di depan mata x nampak, kuman di seberang nampak pula.
ReplyDeleteApa Salahnya Anwar Angkat Sumpah Dan Minum Semeja Dengan Najib?
ReplyDeleteTak salah apa pergi angkat sumpah dan makan tengahari tu...tapi yg ada masalahnya apabila melihat pimpinan kami boleh bergurau senda dengan pihak lawan yang telah melakukan khianat akan pru13...nak angkat sumpah nak makan sekurangnya buat muka tak suka dan tak redha...sekadar memenuhi syarat yg ditetapkan parlimen...selepas tu keluar ramai2 pergi sekejap pun tak apa bersama rakyat diluar parlimen sana sebagai sokongan menyatakan kita masih tak redha akan kerja buat mereka...
Mereka harus bersikap professional walaupun saling bersaing.
DeleteApa Salahnya Anwar Angkat Sumpah Dan Minum Semeja Dengan Najib?
ReplyDeleteTiada kesalahan apa2 dari segi moralnya, cuma persepsi rakyat serta timing yang tidak kena. Pada masa anwar dibelasah dan dipenjarakan suatu ketika dulu rakyat2 bangkit melawan dalam keadaan bersungguh2 sehingga ada yang dibelasah sama.
Dan diketika rakyat dibelasah semalam di luar parlimen, anwar boleh bergembira bersama2 dengan speaker yang tidak diiktiraf bersama2 dengan musuh politik beliau sedangkan anwar menistiharkan perang habis2an jika speaker tersebut masih dilantik tidak mengikut tatacara yang betul.
Jangan bertindak keras. Segala isu harus ditanggani dengan hati yang tenang.
DeleteApa Salahnya Anwar Angkat Sumpah Dan Minum Semeja Dengan Najib?
ReplyDeleteRakyat mengikutinya dan sebab itu rakyat memberontak.
Kami rakyat juga bersenda gurau dengan rakan2 dari umno tapi untuk menegakkan kebenaran kami serius. Kami juga bertengkar dengan rakan2 umno tapi berbaik semula. Hanya fahaman politik memisahkan kami. Persaudaraan tetap utuh.
Pada kami rakyat yang mengikuti perkembangan politik cuma timing untuk bersenda gurau tak kena pada masanya diketika rakyat teruk dibelasah di luar parlimen ahli2 parlimen yang bermusuh boleh menunjukkan reaksi yang tidak diingini.
Rakyat tidak pernah penat berjuang
Apa Salahnya Anwar Angkat Sumpah Dan Minum Semeja Dengan Najib?
ReplyDeleteApa yg kita ucapkan kpd rakyat dlm ceramah black-out mesti selari dan dinampakkan dalam tindak tanduk dan sikap kita menghadapi perjuangan..kerana rakyat percaya dan sanggup memberi sokongan yg optimum...tup2 kita boleh bergaul mesra dan gelak ketawa bersama "musuh" dikala rakyat menerima sepak terajang...patah kaki..benjol kepala...Sorry akal aku tak dapat menerima sesekali.aku bukan macai yg sokong buta tuli tanpa memikir..asal pemimpim buat saja semuanya mesti di telan..salah@betul bukan ukuranya....bagi aku kalau rakyat bagi satu sokongan ,pemimpin harus memberi 10 kali ganda sokongan kpd rakyat...tiadalah rakyat bertindak melainkan setelah menerima dan percaya dgn pemimpin mereka....susah biar bersama...kalu senang sorang2 ..Mcm ni kalu pasar malam ada byk...!!!!
ReplyDeleteApa Salahnya Anwar Angkat Sumpah Dan Minum Semeja Dengan Najib?
nk bergurau atau nk senyum atau ketawa pun xda masalah asalkn kita tetapkn pendirian kita utk mencapai matlamat ...tp kita tahu ke butir bicara mrk??dlm konteks islam pin kita dilarang bermasam muka..walau kita protes mcm mna sklipun bila kita berada dlm satu situasi yg begini..kita perlu matang..DSAI pemimpin yg berpengalaman..yg profesional..dia tahu apa yg dia buat bgtu jga dgn pemimpin PR yg lain..mrk sudah lama berada dlm era politik era sbg pemimpin...jgn la jd kn isu kecil begini dijadikan sbg isu besar..berpolitik biar matang..diluar parlimen lain..dlm parlimen lain..kalau smpai ketahap tu la gayanya..smpai bila2 kita xkn naik..org xkn segan dgn kita sbb berfikiran sempit dn xprofesional..(bkn fanatik atau taksub tp ni hnya sekadar pandangan
Inilah muka tak tahu malu dan tiada kesetiaan pegangan prinsip yang dicanangkan. Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim bersama kuli-kulinya! rakyat terus dijadikan mangsa politiknya, sementara dia bersenang lenang dalam parlimen mengangkat sumpah.
ReplyDeletekononnya PRU13 adalah sistem pilihanraya tidak adil sehingga seronok sangat mengadakan himpunan haram walau kononnya halal di lidah mereka. Tetapi peliknya tak pula TOLAK SEMASA ANGKAT SUMPAH siap gelak ketawa sakan lagi!
ReplyDeleteBantahan sudah dibuat, serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan terakhir.
DeletePengikut berarak macam kambing di luar buat kecoh konon pilihanraya umum Malaysia tidak adil sedangkan MP pakatan pembangkang seronok glamour bertepuk tampar gembira jadi bos di kawasan masing2.
ReplyDeleteTakker namanya BODOH BAHLUL punya penyokong! TAK sedar lagi dipergunakan oleh Anwar dengan kuncu-kuncunya! Tahniahlah untuk korang yang ada otak tapi MALAS nak guna otak.
ReplyDeleteTidak harus menjalankan aktiviti yang tidak bermanfaat. Boleh mencari jalan alternatif untuk membuat komplan atasnya.
DeleteBekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.
ReplyDeleteAkhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.
ReplyDeleteMenurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.
ReplyDeleteBagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.
ReplyDeleteWSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen. Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.
ReplyDelete"Kami ada komitmen," Jusuf dipetik sebagai berkata. "Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak,".
ReplyDeletePRU13 disyaki adanya penipuan, inilah menyebabkan Anwar tidak dapat terima dan membuat tuntutan melalui pelbagai cara.
DeletePRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.
ReplyDeleteTanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.
ReplyDeleteJusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka.
Akhirnya mereka akur
ReplyDeleteTindakan kesemua 89 Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sumpah di Dewan Rakyat membuktikan mereka akur kepada lunas Perlembagaan Persekutuan serta mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang berjaya memanipulasi pemikiran penyokong mereka untuk berdemontrasi membantah keputusan pilihan raya umum lalu termasuk yang dilakukan kira-kira 200 orang di luar Parlimen pagi ini.
Tambah beliau, ketika kumpulan penyokong pembangkang itu berdemonstrasi dalam keadaan berjerebu dan panas, pemimpin-pemimpin mereka pula melalui perjalanan demokrasi dengan mengangkat sumpah.
"Apabila mereka datang (angkat sumpah), ia menunjukkan akhirnya mereka akur kepada Perlembagaan dan peraturan Dewan Rakyat.
"Namun, apa yang dilakukan beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dengan berdemonstrasi membuktikan mereka tidak memahami Perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu dalam sidang Dewan Rakyat, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri membentangkan usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan laluan kepada semua Ahli Parlimen serta memastikan keselamatan dan keamanan di sekitar kawasan Parlimen.
Merujuk kepada usul itu, beliau berkata, mana-mana pihak diingatkan tidak cuba menghalang pintu masuk Parlimen memandangkan usul tersebut diterima sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang.
"Seharusnya itulah tindakan sebaiknya dan jangan mencari masalah, mereka harus terima apa jua akibat daripada masalah yang mereka lakukan," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut mengingatkan pemimpin pembangkang tidak berterusan mengancam keselamatan negara dengan mengadakan perhimpunan haram kerana mereka sendiri mengakui sistem demokrasi negara dengan hadir mengangkat sumpah.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menambah, ikrar taat setia dan janji mematuhi undang-undang yang dilafazkan setiap Ahli Parlimen itu diharap tidak lagi membawa kepada sebarang pertikaian berhubung sistem pilihan raya yang didakwa satu penipuan.
"Proses demokrasi sudah berjalan lancar, rakyat sudah membuat pilihan, jadi semua Ahli Parlimen jangan lagi membuang masa sebaliknya bertindak mengikut lunas Perlembagaan," katanya.
KERANA ADAT TAK BERAPA ELOK 32 ditahan merusuh di Parlimen. BAIK DOK KT UMAH JE..
ReplyDeleteKUALA LUMPUR 24 Jun - Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini 'tercemar' dengan tindakan biadab kumpulan penyokong parti pembangkang yang merusuh dan mahu merempuh masuk ke bangunan itu.
Selain berhimpun seawal pukul 8.45 pagi, kumpulan perusuh itu mencetuskan kekecohan apabila berbaring di atas jalan kira-kira 500 meter dari pintu masuk Bangunan Parlimen iaitu di Jalan Parlimen-Jalan Mahameru.
Mereka turut memaki hamun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa tidak adil serta melemparkan kata-kata kesat meminta pemimpin suruhanjaya itu meletak jawatan.
Kekecohan bermula kira-kira pukul 10.50 pagi apabila sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dipimpin Adam Adli Abdul Halim cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki pekarangan Parlimen.
Rempuhan ganas kumpulan itu mengakibatkan beberapa anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor cedera selepas diserang dan dipukul oleh perusuh tersebut.
Polis terpaksa menahan beberapa perusuh kumpulan itu dan pada masa yang sama peserta perhimpunan lain menghamburkan kata-kata kesat kepada anggota keselamatan yang berkawal menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Parlimen.
Insiden ganas yang berlangsung selama 40 minit kembali reda selepas pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard dan Adam Adli menyerah diri kepada polis.
Kumpulan perusuh itu mula bersurai dan menuju ke Padang Merbok pada pukul 12.05 tengah hari selepas diarahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan pihaknya menahan sebanyak 32 perusuh kerana membuat kecoh dan merempuh kawalan polis di sekitar Bangunan Parlimen hari ini.
Menurut beliau, mereka terdiri daripada 29 lelaki dan tiga wanita termasuk Cikgu Bard dan Adam Adli.
"Peserta perhimpunan telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas.
"Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan tersebut dan meneruskan kawalan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan di Bangunan Parlimen terjamin," katanya dalam laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Perhimpunan anjuran pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan itu dianjurkan di Padang Merbok oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula kelmarin.
Himpunan yang gagal mendapat sambutan itu turut dicemari insiden ganas termasuk kejadian dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari.
penyokong pembangkang hnya dipermainkan oleh pemimpin pembangkang.
ReplyDelete