Oleh : RAM ANAND
WAWANCARA Dr Mahathir
Mohamad didakwa mengetengahkan anaknya Datuk Mukhriz sebagai Naib Presiden Baru
Umno dalam pemilihan parti tetapi beliau mungkin akan menghadapi tentangan
daripada penyandangnya Datuk Seri Zahid Hamidi.
Anggota Parlimen Kluang daripada
DAP Liew Chin Tong (kanan) berpandangan demikian ekoran Zahid menurutnya tidak
pernah digemari bekas Perdana Menteri itu.
"Agak jelas bahawa
Mahathir mahu Mukhriz untuk bertanding sebagai naib presiden, yang bermaksud
seorang naib presiden sekarang akan tewas," katanya, merujuk Zahid sebagai
mangsa berpotensi.
Zahid pada 1998 pernah
menghentam Mahathir dan menuntut budaya kronisme dan nepotisme ditamatkan.
Beliau selepas itu ditahan bawah Akta Kesematan Dalam Negeri.
Seorang lagi Naib Presiden Datuk
Seri Shafie Apdal daripada Sabah dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein - sepupu
Najib dan anak perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn - dilihat bakal selamat.
Bagaimanapun, masih terlalu
awal untuk melihat bagaimana hasil pemilihan akan terhasil kecuali Umno
memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan itu. (MKINI)
Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr Zainal Kling menganggap pemilihan UMNO yang bakal berlangsung tahun ini adalah satu tindakan yang benar-benar bersifat demokratik jika dibandingkan dengan parti politik lain di negara ini yang menggunakan nama demokratik itu sendiri.
ReplyDeleteKatanya, dengan penglibatan ratusan ribu ahli-ahli UMNO untuk menentukan pemimpin tertinggi parti maka ia adalah satu perubahan besar yang melibatkan keanggotaan yang ramai tanpa sekatan.
“Sebuah parti politik yang berpegang kepada nama demokratik pun gagal menterjemahkannya tetapi UMNO dapat merealisasikan makna demokratik itu sendiri dengan penglibatan anggota yang sangat ramai dalam satu pemilihan dan tanpa ada peraturan-peraturan yang terlampau ketat,” katanya.
PAS yang sebelum ini mentadbir kerajaan negeri selepas PRU 2008 hanya berjaya memenangi sembilan kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing memperoleh empat dan dua kerusi.
DeleteJelas beliau, perubahan yang dilaksanakan oleh UMNO bukan sahaja membuktikan kematangannya sebagai sebuah parti politik yang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu dan dalam masa yang sama menjadi payung kepada seluruh rakyat Malaysia.
ReplyDelete“Inilah proses peremajaan semula parti ini dengan melibatkan anggotanya dari semua peringkat termasuk di akar umbi bagi menentukan kesinambungan wujudnya UMNO dalam dunia di mana demokrasi itu sudah lebih meluas dan melebar sifatnya.
“Dengan pembaharuan yang digunapakai dalam pemilihan ini maka ia akan memberi ruang penyertaan kepada lebih ramai anggota untuk memilih ketua mereka di peringkat pusat dan menyalurkan pandangan serta idea-idea dari peringkat bawah untuk digunapakai untuk masa hadapan.”
Beliau yang juga Profesor Pelawat di Universiti Utara Malaysia (UUM) menjelaskan bahawa impak positif tentunya akan diperolehi UMNO berkaitan perubahan besar yang berlaku termasuklah golongan muda yang akan turut memberi peranan.
“Jika selama ini golongan muda dikatakan tiada peluang maka ini adalah antara ruang yang ada bagi mana-mana individu untuk terlibat sama dalam dunia politik sama ada untuk memberikan sumbangan dalam bentuk idea dan menentukan masa hadapan partinya berdasarkan kepada pemimpin yang mereka pilih.
kerusi Parlimen, BN menang di 10 daripada 15 kerusi sementara PAS dan PKR masing-masing mendapat enam dan lima kerusi.
DeleteMenteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mencabar pakatan pembangkang agar melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya mereka masih tidak boleh menerima keputusan pilihan raya umum ke-13
ReplyDeleteBeliau turut meminta pakatan pembangkang agar tidak terus mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu undi popular.
ReplyDeleteTidak wajar untuk pembangkang memaksa kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di negeri yang dimenangi. Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan PRU13, termasuklah di negeri yang mereka menangi
ReplyDeleteMukhriz menyeru Anwar serta konco beliau dalam pembangkang agar segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar.
ReplyDeletemereka tidak sepatutnya membazirkan masa menerusi perhimpunan yang boleh merosak keharmonian serta mencalar imej negara, khususnya negeri Kedah yang aman damai.
ReplyDeleteMukhriz berkata jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks PAS Kota Sarang Semut yang terlalu sedikit jika dibanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti menolak budaya liar yang cuba dibawa penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembangkang.
ReplyDeleteRakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri Kedah
ReplyDeletetumpuan kerajaan negeri yang dipilih majoriti rakyat sekarang ialah memenuhi segala aku janji dalam tempoh lima tahun akan datang, dan memenuhi ikrar melakukan transformasi bagi menjana pembangunan bermanfaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latar belakang.
ReplyDeleteMalaysia bertuah kerana mempunyai pemimpin berwawasan dan berpandangan jauh serta peka dengan keperluan rakyat dan telah berjaya mengurus negara dengan baik
ReplyDeleteciri-ciri dan sikap yang dimiliki pemimpin negara juga menyebabkan Malaysia dihormati.
ReplyDeleterakyat harus bersyukur kerana pemimpin-pimpinan ini juga mampu mengurus ekonomi negara dengan sangat baik sehingga Malaysia mencapai tahap kemakmuran yang memberangsangkan.
ReplyDeleteSebab itu kita masih perlukan pemimpin yang boleh mengurus, bukan pemimpin yang hanya pandai berceramah. Ceramah baik tetapi masalah tidak boleh selesai dan kerja tidak berjalan sekiranya asyik berceramah
ReplyDeleteAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Istana Anak Bukit
ReplyDeleteMukhriz, 49, mengangkat sumpah hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.
ReplyDeletePemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 itu dibuat selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13
ReplyDeleteBN menang dengan majoriti mudah selepas memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri
ReplyDeletePRU 2008, Mukhriz menang buat kali pertama di kerusi Parlimen Jerlun dan diangkat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009.
ReplyDeletekita tgk saja nnti ia akan berlaku atau tidak
ReplyDelete