Oleh : MD IZWAN
PAKATAN Rakyat (PR)
dicadangkan untuk menubuhkan satu "Kabinet Bayangan" dalam sidang
Dewan Rakyat Ke-13, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin
Mulia selepas dilantik untuk penggal kedua dalam ucapan pemasyhuran di Parlimen
pagi ini.
Pandikar yang baru dilantik
selepas memenangi pengundian dengan 133 undi berkata cadangan tersebut
bertujuan untuk memudahkan proses perdebatan apabila Dewan Rakyat mula
bersidang secara rasminya nanti.
"Saya berharap
perubahan ini akan disusuli dengan pengwujudan barisan Kabinet Bayangan untuk
memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti
pembahas-pembahas utama daripada pihak pembangkang," kata Pandikar.
Disamping itu, Pandikar juga
menjelaskan kedudukan ahli Parlimen pada Dewan Rakyat kali ini disusun mengikut
jawatan paling kanan berbeza dengan dahulu yang mengikut blok parti bertujuan
untuk memudahkan keutamaan diberikan kepada para mereka semasa berdebat.
"Sementara itu, dalam
hal-hal berhubung dengan pengendalian majlis mesyuarat pasti stailnya juga akan
berbeza dari Parlimen ke-12.
"Disamping itu, saya
perhatikan tempat duduk ahli-ahli Parlimen terutama sekali daripada pihak
pembangkang telah juga diubah mengikut ke kananan sebagai satu parti berbeza
semasa Parlimen ke-12 dimana tempat duduk MP mengikut blok parti
masing-masing," tambahnya lagi.
Pandikar menang pengundian
selepas menewaskan calon pembangkang PR, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk
Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.
Abdul Kadir dicalonkan oleh
MP Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim dan disokong oleh MP Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Bagaimanapun sesi pengundian
Speaker bermula dengan kekecohan selepas Ahli Parlimen (MP) pembangkang Pakatan
Rakyat (PR) mempertikaikan arahan mewajibkan MP menulis nama mereka di atas
kertas undi sebaliknya mahukan hanya tandatangan sahaja ditulis.
MP Puchong (DAP) Gobind Deo
Singh, MP Batu (PKR) Tian Chua dan MP Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar
mempersoalkan ketetapan arahan Dewan Rakyat sedemikian tidak diperlukan.
"Ini tidak masuk
akal," kata Gobind sebelum majlis angkat sumpah MP bermula.
Sementara itu, dua wakil
daripada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) Datuk Ronald Kiandee dan
Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said telah dilantik sebagai
Timbalan Speaker pada sidang Dewan Rakyat Ke-13 kali ini.
Pandikar dalam ucapannya
lagi juga menggesa supaya MP yang baru mengangkat sumpah agar mencerminkan imej
sebagai seorang wakil kepada rakyat dan menunjukkan kematangan semasa berdebat.
"Marilah sama-sama kita
menunaikan tanggungjawab sebagai ahli dewan yang mulia dengan penuh dedikasi,
beramanah dan berkesan," kata Pandikar. (TMI)
Baru sehari bermulanya sidang Parlimen, dah kena sindir. Belum pun mula berdebat, puak - puak Pakatan Haramjadah tu dah kena tenyeh terang - terangan.
ReplyDeleteTapi kita nak tengok jugak la sama ada puak - puak Pakatan Haramjadah ni berani atau tidak nak sahut sindiran dan cabaran yang dibuat oleh Speaker Dewan semalam.
Kita nak tengok jugak, sejauh mana Keikhlasan mereka mewujudkan Pakatan. Adakah mereka benar - benar bersepakat atau hanya bermain wayang dihadapan rakyat?
ReplyDeleteDisuruh buat 'Kabinet Bayangan', mampu ke diorang? Macam mana diorang nak bahagikan tugas masing - masing sedangkan nak membahagikan kawasan Pilihan Raya pun puas beramuk sesama sendiri. Sepakat Menda Kejadahnya kalau macam tu!!!
Hari pertama Dewan Rakyat bersidang… pembangkang dah kena balun dengan Speaker
ReplyDeleteSpeaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia “memulangkan paku buah keras” kepada pembangkang apabila beliau menggunakan slogan-slongan yang sering dilaungkan oleh mereka sebelum ini sebagai intipati ucapannya yang menyeru ahli-ahli parlimen supaya bersikap lebih matang kali ini. Ini gara-gara mereka cuba bikin kecoh atas isu kertas undi untuk memilih jawatan Speaker antara beliau dengan calon pembangkang,Datuk Abdul Kadir Sulaiman.
Hari pertama Dewan Rakyat bersidang… pembangkang dah kena balun dengan Speaker
ReplyDeleteDalam ucapan selepas menang jawatan berkenaan,beliau berkata ,”Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya telah mendengar beberapa seruan yg seringkali dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin dan rakyat akar umbi seperti, ubah, transformasi, reformasi, ini kalilah, kalau bukan kita siapa lagi? kalau bukan sekarang bila lagi?
Hari pertama Dewan Rakyat bersidang… pembangkang dah kena balun dengan Speaker
ReplyDelete“Mereka yang telah mempopularkan seruan ini mungkin mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Akan tetapi bagi saya, seruan-seruan ini bermesej menyeru “mengubah sikap untuk membuat kebaikan. Maka bertolak dari roh maksud tafsiran ini, saya menyeru ahli-ahli Yang Berhormat sekelian untuk membudayakannya sewaktu bertugas di Dewan Rakyat. Ayuh! kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? ini kalilah!
Hari pertama Dewan Rakyat bersidang… pembangkang dah kena balun dengan Speaker
ReplyDelete“Ini kalilah…kita julang memartabatkan parlimen Malaysia ke tahap yang tinggi dengan menunjukkan sikap seperti yang disebut oleh Erskine May dalam bukunya, “Parliamentary Practice” yang bermaksud “kesabaran dan kesederhanaan adalah ciri-ciri berbahas di parlimen. Bahasa parlimen adalah lebih menggamit apabila seseorang ahli sewaktu berbahas dapat mempengaruhi pendapat dan pendirian pihak lawan,” katanya.
Hari pertama Dewan Rakyat bersidang… pembangkang dah kena balun dengan Speaker
ReplyDeletePandikar dipilih menjadi Speaker menerusi undian bersurat (undi sulit) di mana ahli-ahli parlimen dikehendaki menulis nama calon pilihan mereka di atas sekeping borang yang diedarkan dan menyerahkan semula kepada setiausaha parlimen.
Hari pertama Dewan Rakyat bersidang… pembangkang dah kena balun dengan Speaker
ReplyDeleteNama Pandikar dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Pembangkang, melalui Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Khalid Ibrahim, telah mencadangkan Kadir yakni bekas seorang hakim Mahkamah Persekutuan. Cadangannya itu disokong oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Hari pertama Dewan Rakyat bersidang… pembangkang dah kena balun dengan Speaker
ReplyDeleteKeadaan agak panas seketika selepas pembangkang buat kecoh kira-kira 15 minit tidak setuju undi bersurat yang mengkehendaki setiap ahli Parlimen menulis nama atas kertas undi. Untuk rekod, tulis nama dalam proses ‘undi bersurat’ merupakan sebahagian daripada peraturan mesyuarat.
Hari pertama Dewan Rakyat bersidang… pembangkang dah kena balun dengan Speaker
ReplyDeleteBagaimanapun kekecohan tersebut berhenti selepas, Setiausaha Parlimen 1 Datuk Rosmee Hamzah mengumumkan Pandikar menang dengan 133 undi dan Kadir mendapat 89 undi. Sejurus keputusan dibacakan, Pandikar telah mengangkat sumpah sebagai Speaker.
Hari pertama Dewan Rakyat bersidang… pembangkang dah kena balun dengan Speaker
ReplyDeletePandikar dalam ucapan itu berkata, walaupun pemilihan Speaker telah diadakan secara bersurat, ia tidak bermakna Peraturan Mesyuarat 4 sudah “out-dated” atau terpesong daripada lunas-lunas tuntutan demokrasi. Katanya perubahan atau pindaan kepada cara persidangan dikendalikan akan dibuat mengikut keperluan atau tuntutan semasa.
Hari pertama Dewan Rakyat bersidang… pembangkang dah kena balun dengan Speaker
ReplyDeletePandikar malah turut memberi jaminan bahawa dia juga akan berubah. Dalam nada gurau Pandikar turut memberitahu bahawa jubah yang dipakainya juga telah ditransformasi di mana rekabentuknya lebih canggih dari yang dulu.
Hari pertama Dewan Rakyat bersidang… pembangkang dah kena balun dengan Speaker
ReplyDeleteBeliau turut mengumumkan perubahan kedudukan ahl-ahli parlimen kali ini, terutama membabitkan pembangkang telah diubah mengikut kekananan sebagai satu parti, berbeza dengan sidang parlimen ke-12 di mana tempat duduk ditentukan mengikut blog parti masing-masing.
Hari pertama Dewan Rakyat bersidang… pembangkang dah kena balun dengan Speaker
ReplyDeletePandikar berkata beliau berharap perubahan berkenaan akan disusuli oleh pengwujudan barisan kabinet bayangan untuk memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti pembahas-bahas terutama dari pihak pembangkang.
Barisan Kabinet Negeri disaran memberi tumpuan terhadap tugas dan tangggungjawab dalam melaksanakan program serta projek yang diamanahkan menerusi kementerian masing-masing.
ReplyDeleteKetua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata mereka perlu berkerja sebagai satu pasukan yang kukuh demi memastikan setiap perancangan dapat dilaksana secara berkesan.
ReplyDeleteSebagai sebuah Kerajaan yang prihatin dan berjiwa rakyat, katanya para pemimpin perlu responsif dan mengambil perhatian segera dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
ReplyDeleteMengenai porfolio Menteri Tugas-Tugas Khas yang disandang Wakil Rakyat Tanjung Kapor, Datuk Teo Che Kang, Datuk Musa berkata ia bukan sahaja penting untuk memastikan hala tuju kerajaan, malah berperanan memastikan kebajikan Kaum Cina terus terpelihara.
ReplyDeleteDatuk Teo yang ditugaskan menjaga Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri bertanggungjawab memastikan unit itu teratur, sempurna dan menepati kehendak rakyat.
ReplyDeletetubuhkan saja
ReplyDelete