SEMUA pegawai khas kepada
menteri Kabinet akan dikehendaki menjalani proses saringan dengan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan tapisan keutuhan dan proses tapisan
halus oleh polis, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng
Kuan.
Beliau berkata langkah itu
bagi memastikan urus tadbir yang baik dan meningkatkan ketelusan di kalangan
pegawai-pegawai khas berkenaan.
Perkara tersebut
dipersetujui pada mesyuarat Pasukan Petugas Penyampaian NKRA Membanteras Rasuah
yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
semalam.
Mesyuarat tersebut turut
dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, Ketua
Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu
Kassim Mohamed.
"Peranan seorang
Pegawai Khas adalah penting kerana dalam sesetengah kes, mereka bertindak
sebagai 'pengawal' kepada menteri dan mempunyai keistimewaan kepada
maklumat-maklumat yang amat sulit," kata Low dalam kenyataan di Kuala
Lumpur.
Selain proses saringan,
pegawai khas perlu mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri setiap
tahun sama seperti menteri dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, katanya.
Low berkata dengan
mengasaskan langkah-langkah itu, peluang untuk salah laku dapat dikurangkan.
Beliau berkata mesyuarat itu
juga meluluskan pelantikan Lembaga Penasihat Antarabangsa kepada SPRM yang
ditugaskan untuk memberi nasihat dan kajian inisiatif Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) khusus di bawah transformasi SPRM dalam sektor pencegahan.
Beliau berkata ahli lembaga
itu termasuk individu berprofil tinggi daripada Suruhanjaya Bebas Menentang
Rasuah (ICAC) New South Wales dan Hong Kong.
"Tujian lembaga itu
adalah penanda aras prestasi SPRM setanding dengan amalan terbaik antarabangsa
serta meningkatkan persepsi antarabangsa terhadap SPRM," katanya.
Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan akan menggugurkan calon-calon yang sudah disenarai pendek sekiranya didapati mempunyai masalah berkaitan rasuah, hutang atau kes jenayah.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses menggugurkan calon akan dilakukan selepas menjalani proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
ReplyDeleteMenurutnya, setiap calon perlu melalui proses penting itu bagi memastikan mereka yang terpilih benar-benar bebas daripada masalah tersebut.
ReplyDeleteWalaupun mereka (calon) mempunyai syarat-syarat lain, tetapi apabila didapati bermasalah secara automatik tidak akan dimasukkan dalam senarai akhir calon bertanding, bahkan akan dikeluarkan daripada senarai itu.
ReplyDeleteya.. ia perlu bagi memastikan pegawai khas yang dipilih adalah orang yang telus
ReplyDelete