KOTA KINABALU : Persatuan
Nelayan Negeri Sabah (Pengasah) merayu kerajaan segera mewujudkan pejabat
cawangan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di kesemua 10
daerah yang termasuk dalam pengawasan Esscom.
Sambil mengumpamakan Esscom
sebagai lambang keselamatan untuk rakyat Sabah, terutama golongan nelayan,
Presiden Pengasah Jaini Ating (gambar) berkata penubuhannya ternyata telah
memberi kelegaan dan keyakinan untuk
mereka menjalankan aktiviti harian menangkap ikan di perairan negeri ini,
khususnya di kawasan pantai timur.
Beliau berkata Pengasah juga
berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan dan negeri yang menepati janji
mewujudkan pusat pentadbiran Esscom di Lahad Datu pada 1 April lepas.
“Tindakan pantas dan drastik
kerajaan ini adalah satu tindakan yang wajar dan tepat pada masanya, dan ia
seharusnya disokong semua rakyat negeri ini.
“Walaupun keadaan kini agak
terkawal, namun kita khususnya pihak berkuasa tidak boleh leka, sebaliknya
perlu meletakkan soal keselamatan rakyat
Sabah sebagai keutamaan. Sebab itu, Pengasah mahu kerajaan wujudkan segera
cawangan Esscom di 10 daerah terbabit,” katanya kepada Bernama, di sini hari
ini.
Penubuhan Esscom diumumkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 7 Mac lepas dalam lawatan pertamanya ke daerah Lahad Datu
bagi meninjau Operasi Daulat susulan pencerobohan pengganas Sulu di daerah itu
pada Februari lepas.
Esscom, yang kini diterajui
Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek, merupakan ejen penguatkuasaan bagi Zon
Selamat Sabah Timur (Esszone), yang merangkumi 10 daerah sepanjang 1,400
kilometer di pantai timur Sabah, dan diwujudkan bertujuan menjaga kedaulatan
dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini ekoran krisis pencerobohan
tersebut.
Esszone meliputi Kudat, Kota
Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan
Tawau.
Mengenai aktiviti perikanan
di Sabah, Jaini meminta kerajaan melalui Esscom supaya mempertingkatkan kawalan
keselamatan secara menyeluruh dan sistematik di perairan negeri ini, dan
sentiasa berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan atau insiden luar
jangkaan.
Jaini berkata Pengasah juga
berharap lebih 50 pegawai kumpulan sokongan LKIM Sabah yang kini memegang
jawatan masing-masing berstatus kontrak diserapkan ke jawatan tetap. (BI)
Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) adalah mengikut perancangan yang disasar bagi mempertingkat kawalan keselamatan di kawasan timur negeri ini.
ReplyDeleteTimbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata sebagai sebuah organisasi baharu, Esscom yang ditubuh sejak dua bulan lepas, berada di landasan yang betul dan fasa penubuhannya adalah cepat.
ReplyDelete"Mereka yang dipertanggungjawab dalam Esscom diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cekap sehingga dalam tempoh dua bulan, organisasi itu dapat diinstitutkan," katanya.
ReplyDeleteKawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) akan berusaha menaik taraf kemudahan asas dan prasarana pos kawalan keselamatan di kawasan itu bagi keselesaan anggota pasukan keselamatan.
ReplyDeleteKetua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata diharapkan dengan cara itu, anggota pasukan keselamatan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas mereka, sekali gus meningkatkan lagi kawalan keselamatan.
ReplyDeleteMohammad bersama pegawai Esscom kini dalam rangka lawatan ke beberapa pos kawalan yang dikendalikan tentera dan Pasukan Gerakan Am di sekitar Tawau, Semporna dan beluran.
ReplyDeleteMenurutnya tujuan lawatan adalah untuk meninjau keadaan pos kawalan dan pada akhir lawatan itu pihaknya akan menyediakan kertas kerja bagi memohon peruntukan menaik taraf pos kawalan yang berkenaan.
tubuh2 byk2 esscom
ReplyDelete