INDAH.....Air
terjun di Imbak Canyon, salah satu kawasan pemuliharaan utama.
KOTA KINABALU : Pengelasan semula
kawasan seluas lebih 63,700 hektar yang meliputi empat hutan komersial di Sabah
sebagai kawasan yang dilindungi, merupakan langkah positif bagi peleraian
populasi hidupan liar dan akan menjadikan zon penampan di kawasan pemuliharaan
utama, lebih berkesan.
Dalam kenyataan bersama
mereka hari ini, Land Empowerment Animals People (LEAP) dan Borneo Rhino
Alliance (BORA) berkata peningkatan status itu kepada Hutan Simpan Perlindungan
Kelas I seperti yang diluluskan persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada
Khamis akan meningkatkan perdampingan antara kawasan pemuliharaan Lembangan
Maliau, Ngarai Imbak dan Lembah Danum.
Pengarah eksekutif LEAP
Cynthia Ong mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri Sabah itu kerana
perdampingan hutan adalah sesuatu yang penting dalam memelihara kebingkasan
ekosistem.
“Kami berada di wilayah
kritikal, pada waktu yang kritikal. Keberanian dan kepimpinan politik dari
pihak kerajaan sangat diperlukan. Keberanian dan kepimpinan seperti ini dari
semua sektor – masyarakat sivil, industri dan masyarakat – adalah sama
pentingnya dalam usaha mewujudkan kelestarian menyeluruh bagi semua pihak.
“Tragedi meracun gajah pada
awal tahun ini mencetuskan kesedaran penting dan kami dalam masyarakat NGO
meningkatkan usaha serta kerjasama kami dengan kerajaan. Sektor swasta amat
perlu memainkan peranannya,” kata beliau.
Ong berkata, bersama NGO
lain dan pertubuhan penyelidikan, LEAP menyeru syarikat pembalakan dan ladang
sawit yang beropersi di kawasan berlakunya tragedi yang menimpa gajah itu
supaya berusaha mendapatkan sijil daripada Majlis Pengawasan Hutan (FSC) dan
Rundingan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO).
“Kami ingin mengingatkan
pemegang lesen Unit Pengurusan Hutan (FMU) serta syarikat pembalakan dan ladang
sawit di sempadan kawasan yang baru dinaik taraf itu tentang tanggungjawab
mereka. Segala usaha perlu dilakukan untuk memastikan pemburu haram dan pihak
lain yang mempunyai niat tersendiri, tidak menceroboh kawasan hutan simpan
berkenaan,” katanya.
Hutan simpan yang dinaik
taraf itu ialah Malua (33,969 ha), Mt Magdalena (6,665ha), Tambulanan (3,265
ha) dan Sungai Tiagau (19,870 ha). Tiga hutan simpan terakhir itu mempunyai
nama lain sebelum pengelasan semula berkenaan dilakukan.
Dewan Undangan Negeri Sabah
meluluskan pindaan terhadap Enakmen Hutan (Perlembagaan Hutan Simpan dan
Pindaan) 1984 untuk mengelaskan semula empat hutan simpan itu, yang disifatkan
Kerajaan Negeri mempunyai nilai pemuliharaan yang tinggi dan sebagai suatu
langkah untuk meningkatkan perlindungan terhadap biodiversiti serta hidupan
liar.
Ong berkata langkah
menaikkan taraf Hutan Simpan Malua kepada Kelas I amat penting kerana kawasan
itu menjadi hos bagi Malua BioBank, bank pemuliharaan tropika terbesar di dunia
bagi tujuan memulihkan habitat penting Orang Utan dan spesies terancam lain.
Malua BioBank mengeluarkan
Sijil Pemuliharaan Biodiversiti untuk dijual bagi memulihkan dan memulihara
hutan simpan secara lestari.
Pengarah eksekutif BORA
Datuk Dr Junaidi Payne berkata komitmen untuk memulihara hutan balak merupakan
suatu langkah yang patut dipuji.
Junaidi berkata pindaan itu
juga meliputi aspek lain, termasuk penambahan 6,429 hektar hutan bakau yang
tidak dilindungi sebelum ini di Menumbok ke dalam sistem hutan simpan.
“Berita ini patut
dialu-alukan kerana ia akan membantu memelihara sumber perikanan di kawasan
Brunei Bay hingga ke Weston dan Klias melalui perlindungan yang diberi terhadap
kawasan semaian perikanan semula jadi.(BI)
Sabah berjaya mencapai kejayaan memberangsangkan dalam usaha melindungi hutan- hutan dan bioversiti Negeri di Bawah Bayu menerusi pelaksanaan Pengurusan Hutan Secara Mapan (SFM).
ReplyDeleteKeseimbangan ekosistem harus diteruskan.
DeleteKeindahan alam sekitar memerlukan kesedaran semua pihak untuk menjaganya.
DeleteKetua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pendeka- tan SFM yang mengutamakan pengetahuan, wawasan, ke- adaan yang memungkinkan dan kewangan adalah seiring dengan strategi Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) berhubung hutan bagi merealisasikan sumbangan hutan dalam ekonomi mesra alam.
ReplyDeleteBagi Sabah, ini bukan sekadar cakap kosong. Kami mempunyai kisah-kisah kejayaan seperti Hutan Simpan Deramakot yang telah diiktiraf serta hutan yang diuruskan dengan baik di bawah skim pensijilan Majlis Pengurusan Hutan (FSC).
ReplyDeleteHutan simpanan di Sabah adalah antara yang terbaik di Asia.
DeleteDaripada pengalaman Deramakot, Sabah berupaya mengembangkan pengurusan hutan secara mapan untuk diaplikasikan di seluruh negeri pada 1997, membolehkan kita mewujudkan lebih banyak pe- luang pekerjaan dan perolehan serta pada masa sama memulihara hutan dan biodiversiti, katanya.
ReplyDeleteMusa berkata cerita kejayaan lain adalah projek Ulu Segama-Malua yang meliputi kawasan seluas 240,000 hektar pengeluaran rizab hutan khusus bagi pengurusan hutan semula jadi dan pemuliharaan Orang Utan.
ReplyDeleteSabah turut terlibat dalam usahasama Malua Bio-Bank, satu perkongsian pintar awam-swasta dalam pembiayaan pemuliharaan yang inovatif, kata beliau. Kesemua inisiatif berkenaan adalah bukti bahawa Kerajaan Sabah memperoleh hasil daripada program pengurusan hijau dan ini menandakan kedayamajuan ekonomi mesra alam, katanya.
ReplyDeleteInilah peluang yang sedia wujud daripada ekonomi mesra alam yang boleh diperoleh di Jantung Borneo, dan ini satu tanda kesungguhan kita dalam inisiatif rentas sempadan, kata beliau.
ReplyDeleteKeunikan hutan simpanan juga menggalak pelancongan.
DeleteMusa berkata ekonomi yang mesra alam boleh mewujudkan satu era baru bagi hubungan harmoni antara ekonomi, alam sekitar, sosial dan kelestarian jangka panjang, bukan hanya untuk Sabah tetapi juga wilayah dan dunia sejagat, katanya.
ReplyDeleteKerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai parti yang diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat, akan terus memastikan agenda pembangunan serta aku janji pada PRU13 dipenuhi.
ReplyDeleteKetua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata segala program pembangunan yang dirancang akan dilaksana selaras dengan aku janji dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Dalam menjalankan tugas dan amanah ini, saya pohon kepada semua Ahli Yang Berhormat pembangkang khususnya, supaya dapat melihat kebaikan dan kemurnian hasrat kerajaan BN dalam melaksanakan pelbagai dasar pembangunan yang menjurus kepada mempertingkat kualiti hidup rakyat dan memacu pembangunan ekonomi negeri ke arah kemakmuran serta kesejahteraan yang berkekalan," katanya.
Musa, yang juga Menteri Kewangan Negeri, memberi jaminan bahawa dengan mandat baharu yang diberikan rakyat Sabah kepada BN, semua program pembangunan yang dirancang sebelum ini bukan sahaja akan dilaksana bahkan diteruskan serta dipertingkat.
"Justeru, kerajaan BN Sabah akan melipatgandakan lagi usaha dan bergerak lebih pantas bagi meneruskan pelaksanaan program pembangunan yang telah dirancang sesuai dengan Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan (GTP/ETP)," katanya.
ReplyDeleteBercakap kepada pemberita selepas itu, Musa yang juga pengerusi BN negeri, berkata kerajaan bukan sahaja mampu merancang malah berupaya melaksanakan segala
perancangan dasar, projek dan inisiatif untuk kesejahteraan rakyat.
"Apa yang penting, selepas ini kita perlu terus turun padang, berikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing," katanya.
Mengulas sidang penggal pertama yang berakhir hari ini, beliau berkata wakil pembangkang lebih banyak mengelirukan Dewan dengan memutar belit fakta dan mengeksplotasi isu untuk kepentingan politik sempit mereka.
Menyatakan bahawa Sabah perlu belajar lebih tekun mengenai ekonomi mesra alam, Musa berharap persidangan itu akan menjadi landasan bagi para peserta meneroka ilmu bagaimana pembangunan masa hadapan tidak menghakis sumber-sumber asli dan membolehkan mereka memahami mengenai apa yang perlu dilakukan untuk menyokong pembangunan mampan.
ReplyDelete"Malah mereka seolah-olah tidak memahami atau pura-pura tidak tahu pelbagai usaha dan kejayaan kerajaan BN dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di seluruh negeri, termasuk di kawasan yang mereka menangi,"katanya.
ReplyDeleteTerdahulu, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang yang menggulung bagi Jabatan Ketua Menteri berkata kajian terperinci akan dibuat untuk meneliti kesesuaian Sandakan dijadikan lokasi ibu pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang baharu, atau Lahad Datu kekal sebagai lokasi ibu pejabat ESSCOM.
"Ini termasuk mengambil kira dari segi lokasi strategik dari aspek pertahanan dan keselamatan, kawasan liputan di samping mengambil kira dari segi kemudahan logistik yang disediakan, termasuk kemudahan lapangan terbang yang boleh menampung kemudahan atur gerak bagi tujuan pertahanan dan keselamatan," katanya.
ReplyDeleteSementara itu, Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2013 yang mengkelaskan semula 63,769 hektar hutan kelas dua kepada hutan simpan perlindungan kelas satu sebagai usaha memulihara serta menjadikannya habitat spesies terancam seperti Orang Utan.
Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Ellron Angin ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata ia bertujuan meminda Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan (1984) itu bagi menubuhkan, mengkelaskan serta mengkelaskan semula Hutan Simpan di Sabah.
Beliau berkata pindaan itu tidak memberi sebarang kesan kepada perbelanjaan tambahan kerajaan negeri. Persidangan Dewan ditangguh.
Sabah kini mempunyai salah satu kawasan pemuliharaan terbesar di negara ini. Keluasannya adalah hampir 15 kali ganda saiz Pulau Pinang.
ReplyDeletePemuliharaan dan pemeliharaan hutan simpanan harus dipertingkatkan.
DeleteKawasan yang berkeluasan lebih daripada 400,000 hektar itu merangkumi tiga usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar di Sabah - Lembah Danum, Maliau Basin dan Imbak Canyon.
ReplyDeleteSejak beberapa tahun lalu, Kerajaan Negeri Sabah telah menghubungkan kawasan hutan di kawasan tiga pemuliharaan demi mengklasifikasikan semula yang ditetapkan untuk pembalakan dan aktiviti-aktiviti komersial lain ke kawasan-kawasan yang dilindungi.
ReplyDeleteAktiviti pembalakan yang tidak terkawal harus dihentikan.
DeletePengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan berkata, khazanah itu akan dipulihara apabila Dewan Undangan Negeri meluluskan pindaan Enakmen Hutan 1984 pada Khamis lalu di mana 23,135 hektar hutan diklasifikasikan semula sebagai kawasan perlindungan.
ReplyDelete"Kita kini mempunyai kawasan pemuliharaan yang besar, yang benar-benar dilindungi dan tidak boleh diambil," katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata, kerja-kerja untuk memulihkan kawasan-kawasan yang baru dilindungi sedang dijalankan.
ReplyDeleteKesedaran harus ada. Golongan yang mementingkan keuntungan dan sanggup merisikokan keseimbangan alam sekitar harus dikenakan tindakan.
DeleteBeliau berkata, ia dahulunya pernah menjadi hutan simpan komersial.
ReplyDeleteMannan menambah, pihak pengurusan merancang untuk tempat-tempat seperti Gunung Rara, Ulu Segama dan Hutan Simpan Malua kini dicantikkan.
ReplyDeleteBeliau berkata, kerja-kerja pemulihan yang terlibat adalah penanaman semula spesies pokok semula jadi di kawasan yang terjejas.
ReplyDeleteSemoga projek ini dijalan dengan baik.
DeleteKatanya, hubungan antara hutan Lembah Danum, Imbak Canyon dan Maliau Basin juga penting sebagai sebahagian daripada kawasan-kawasan ini yang merupakan habitat bagi hidupan liar seperti Orang Utan.
ReplyDelete
ReplyDeleteBeliau berkata, bahagian kawasan yang terkawal seperti Hutan Simpan Malua juga pernah menjadi sebagai sumber gen bagi spesies tumbuhan asli.
Boleh dikatakan Malaysia adalah bumi bertuah kerana masih mempunyai kawasan hutan yang luas. Kawasan hutan lazimnya dikaitkan dengan penghasilan kayu balak yang mempunyai permintaan pasaran yang tinggi selain hasil-hasil hutan yang lain.
ReplyDeletePada tahun 2005 sahaja, jumlah pendapatan eksport hasil kayu Malaysia meningkat sebanyak 8.6 peratus kepada RM21.5 bilion berbanding RM19.8 bilion pada 2004. Bagi Semenanjung Malaysia sahaja, eksport hasil kayu dan eksport hasil berasaskan kayu untuk 2005 berjumlah RM10.5 bilion, meningkat 9.4 peratus berbanding RM9.58 bilion pada 2004.
"Bagaimanapun, kepentingan hutan bukan untuk pengeluaran kayu-kayan semata-mata malah untuk pemeliharaan tanah, sumber air, hidupan liar dan alam sekitar.
"Sebab itu kita wujudkan kawasan Hutan Simpanan Kekal dan ianya diurus di bawah sistem pengurusan hutan berkekalan dan diberi perlindungan sepenuhnya," demikian menurut Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Perancangan & Pembangunan), JPSM, Datuk Hj Dahlan bin Hj Taha ketika diwawancara Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.
ReplyDeleteKeluasan kawasan hutan asli di Malaysia pada akhir 2005 dianggarkan berjumlah 19.52 juta hektar atau 59.5 peratus daripada jumlah keluasan tanah di Malaysia.
Daripada keluasan kawasan berhutan berkenaan, seluas 14.39 juta hektar diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal dan diurus di bawah sistem pengurusan berkekalan. Di samping itu, 2.15 juta hektar di luar Hutan Simpanan Kekal telah dijadikan Taman Negara dan Suaka Hidupan Liar.
Ini menjadikan jumlah hutan yang diberi perlindungan penuh di bawah polisi dan perundangan ialah seluas 16.54 juta hektar.
ReplyDeleteSelain itu, katanya, baki dari jumlah kawasan hutan asli iaitu seluas 2.94 juta hektar diasingkan sebagai Hutan Tanah Kerajaan yang akan dibangunkan untuk tujuan pertanian, industri dan kegunaan-kegunaan lain.
Dianggarkan kira-kira 4.7 juta hektar luas hutan atau 63 peratus daripada jumlah keluasan tanah negeri Sabah. Kebanyakan daripada tanah diliputi hutan telah digazet sebagai Hutan Simpan Kekal, Taman Negara dan Taman-taman Negeri.
ReplyDeleteKawasan-kawasan Hutan Perlindungan bertujuan untuk pemeliharaan pelbagai jenis hutan untuk kepentingan generasi masa kini dan akan datang.
Vegetasi hutan di negeri Sabah merupakan hasil proses sesaran hutan dari kawasan pantai, Hutan Bakau sehingga ke kawasan Hutan Dipterokap Tanah Pamah, Hutan Dipterokap Tanah Tinggi dan Hutan Pergunungan.
Sabah kini mempunyai salah satu kawasan pemuliharaan terbesar di negara ini. Keluasannya adalah hampir 15 kali ganda saiz Pulau Pinang.Kawasan yang berkeluasan lebih daripada 400,000 hektar itu merangkumi tiga usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar di Sabah - Lembah Danum, Maliau Basin dan Imbak Canyon.
ReplyDeleteKerajaan negeri akan mengekalkan 55 peratus kawasan hutan di Sabah sebagai hutan kekal dan terlindung kerana kawasan semulajadi di negeri ini merupakan antara tarikan pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun.
ReplyDeleteBeliau berkata dasar kerajaan negeri adalah memastikan penerokaan dan pembangunan di Sabah tidak akan berlaku sewenangnya sehingga mengganggu-gugat hutan kekal dan hutan yang dilindungi.
ReplyDelete"Kelebihan Sabah yang memiliki kawasan hutan kekal dan hutan dara yang luas menjadi salah satu tarikan utama sektor pelancongan semulajadi," katanya.
A new project is on the pipeline.
ReplyDeleteProgram penanaman semula adalah harus dibuat.
ReplyDeleteUndang-undang harus diperkuatkuasakan terhadap golongan yang menjalankan aktiviti haram.
ReplyDeletekta harus kekalkan keindahan alam semulajadi kita
ReplyDelete