Saudara Pengarang,
PADA 17 Jun 2013, sekitar jam satu petang, tiga orang cucu Buyung sedang
bermain-main di bawah rumahnya yang terletak di tepi jalan raya simpang jalan Kg
Tanagian, Tg labian.
Buyung dan isterinya tidak
ada di rumah kerana ada urusan di bandar Lahad Datu. Tiba-tiba datang
sekumpulan lebih kurang 15 orang yang tidak dikenali berpakaian 'ala- militan Sulu'
dan terus menculik salah seorang daripada tiga orang budak perempuan berumur 14
tahun.
Lelaki bertopeng hitam itu bersenjata
pistol dan yang lainnya tidak bertopeng menggunakan lambang khas pada pakaian
mereka bersama dua karung yang berisi senjata berat yang tidak dikenalpasti
jenisnya.
Setelah berita ini dilaporkan
kepada Kem Askar di Tg Labian, maka Pasukan Keselamatan segera bergegas ke
tempat kejadian dan mendapati kanak-kanak perempuan itu sudah ditinggalkan Militan
dan diikat ke sebatang pokok di Kg Tanagian Lama.
Menurut kanak-kanak
perempuan itu, Militan berkenaan bertanyakan dua nama tetapi dikenalinya.
Kanak-kanak perempuan itu dan beberapa orang penduduk Kampung Tanagian Lama
terpaksa membuat laporan polis di Balau Polis Cenderawasih.
Pada kesokannya kanak-kanak
perempuan itu terpaksa menyambung kenyataannya sebelum sekali lagi terpaksa
memberi keterangan yang sama di Balai Polis Lahad Datu.
Walaupun keterangan
kanak-kanak itu sama dan tidak berubah-ubah namun agak aneh polis mengklasifasikan kes berkenaan sebagai kes
rogol dan bukannya kes penculikan.
Oleh itu, sebagai penduduk
Tg Labian, saya inginkan kepastian dan kejujuran polis berhubung kes ini agar
tidak ada pihak yang memandang seorang kepada polis dan menabur fitnah bahawa
kononnya kami bekerjasama dengan polis menutup kes penculikan berkenaan.
Salam Hormat,
KUNSUL NAHUL
mungkinkah masih ada saki-baki pengganas sulu di Lahad Datu?? dan mungkinkah kes culik itu adalah sebagai isyarat bahawa mereka masih hidup dan berkeliaran di Lahad Datu?
ReplyDeleteKawalan harus diteruskan agar saki baki ini tidak berulang dan bertindak.
Deletejika benar kumpulan penculik itu adalah saki-baki pengganas sulu, anggota polis tentunya tidak akan berdiam diri.. sudah menjadi tugas anggota polis merasiahkan apa sahaja yang difikirkan perlu diurasiahkan.. samada untuk kebaikkan orang awam mahupun supaya plan mereka tidak dihidu oleh pihak musuh..
ReplyDeletePihak berkuasa akan bertindak sekiranya kumpulanm ini bertindak ganas.
DeleteKunsul sepatut minta penjelasan mengenai kes ini dibalai polis.. mungkin juga anggota polis mempunyai perancangan lain untuk memburu penculik berkenaan.. jika polis berterus terang bahawa penculik itu adalah pengganas sulu dan aktiviti memburu mereka sedang dijalankan, dikhuatiri pihak musuh ini akan sempat melarikan diri atau sempat merancang pelbagai tipu muslihat lain sebagaimana sebelum ini..
ReplyDeletePihak polis akan teruskan buruannya.
DeleteDan Kunsul juga perlu sedar bahawa tindakan beliau membawa perkara ini ke media juga menyumbang kepada imej buruk anggota polis..
ReplyDeleteTiada sebarang pencerobohan dan pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan negara dan penceroboh Sulu seperti didakwa akhbar Filipina semalam, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek.
ReplyDeleteSehingga kini, katanya, tidak berlaku lagi sebarang pencerobohan kerana kawasan perairan negara dikawal ketat oleh pasukan pertahanan dan keselamatan sejak berlaku kemasukan kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina pada Februari lalu.
ReplyDeleteKeselamatan rakyat di Sabah harus diutamakan.
Delete"Tidak berlaku perkara seperti yang didakwa. Tidak ada berlaku sebarang pertempuran di kawasan Kampung Dengan Tungku, tidak berlaku sama sekali dan ini satu dakwaan yang tidak berasas ditimbulkan niat tidak baik," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Dewan Undangan Negeri.
ReplyDeleteBeliau berkata, laporan itu hanya bertujuan untuk menunjukkan keadaan di kawasan di negeri ini tidak selamat selain mencetuskan huru-hara.
ReplyDeleteMohammad mengulas laporan akhbar tempatan Filipina yang mendakwa berlaku pertempuran membabitkan pasukan keselamatan Malaysia dengan kira-kira 400 tentera bersenjata Sulu di Kampung Dengan, Tungku, dekat Lahad Datu pada Isnin lepas.
ReplyDeleteUnsur keganasan harus dielakkan.
DeleteJurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram. Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Dengan, Tungku kira-kira jam 1 tengah hari sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.
ReplyDelete
ReplyDeleteMohammad berkata, sehingga kini Ops Daulat masih berterusan dan pintu masuk negara akan sentiasa diberikan kawalan keselamatan yang ketat bagi menghalang sebarang pencerobohan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang penculikan berlaku ke atas remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin lalu.
ReplyDelete"Siasatan ESSCOM mendapati tidak benar, tidak berlaku sama sekali (penculikan) dan dari segi siasatan awal ESSCOM mendapati ini lebih kepada masalah dalaman keluarga dan saya tidak boleh komen kerana ini masih lagi dalam siasatan polis," katanya.
ReplyDeleteMohammad turut meminta penduduk di kawasan terbabit mendapat maklumat yang tepat sebelum menyebarkan sebarang khabar angin.
ReplyDeletePencerobohan warga selatan Filipina di Lahad Datu awal Februari lepas tiada kaitan dengan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendatang tanpa izin di Sabah, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.
ReplyDeleteBeliau berkata polis membuat pertemuan dengan penceroboh dan perkara itu tidak ada kaitan dengan RCI.
ReplyDelete"Kita telah mengenal pasti mengapa mereka mendarat di Lahad Datu. RCI bukan punca kejadian ceroboh itu,” katanya.
Hamza juga berkata, pencerobohan itu merupakan contoh kebanjiran pendatang asing ke Sabah dan ia boleh mengancam keselamatan di negeri itu kerana mereka yang terlibat mendapat sokongan rakan senegara yang mempunyai ikatan kekeluargaan atau kenalan yang bermastautin Sabah.
ReplyDelete"Penceroboh ini juga dapat masuk ke negara ini kerana mendapat sokongan daripada rakyat tempatan, tetapi yang terlibat itu tidak ramai,” katanya.
ReplyDeleteHamza, yang dilantik ke jawatan tertinggi polis di Sabah pada 2010, juga menafikan penceroboh dapat masuk ke negeri ini kerana mereka memiliki kad pengenalan.
ReplyDelete"Saya terlibat dalam kes pencerobohan Lahad Datu ini sejak dari awal lagi. Saya yakin 100 peratus bahawa penceroboh orang Suluk itu adalah pendatang tanpa izin, mereka tidak mempunyai kad pengenalan,” katanya.
Tanduo issue is over now.
ReplyDeleteAntara sandiwara dan tragedi
ReplyDeleteIf it is over then it is. There is no need to keep telling the other sides you are right.
ReplyDeleteYang berlalu biar la berlalu
ReplyDeleteLet it buried with the long goodbyes.
ReplyDeleteKlasifikasikan sbg kes rogol? Macam lain ja tu
ReplyDeleteWait for the authorities to clear up the mess
ReplyDeleteSerahkan saja kes ini kepada pihak berkuasa.
ReplyDeleteAfter all we can't figure it out
ReplyDeleteThe best way is to go with the flow
ReplyDeleteJadi apakah tindakan seterusnya?
ReplyDeleteharap pekara ini akan di siasat dan selesai segera.
ReplyDeletePusat pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Lahad Datu dicadang dipindahkan ke Sandakan berdasarkan beberapa faktor sekali gus memenuhi tujuan penubuhannya di negeri ini.
ReplyDeleteDatuk Samsuddin Yahya (BN-Sekong) berkata, langkah itu wajar memandangkan Sandakan mempunyai kemudahan logistik lebih lengkap termasuk kemudahan pengangkutan udara dan laut serta sokongan-sokongan lain yang akan melancarkan lagi pentadbiran Esscom.
ReplyDelete"Semoga dengan adanya sebuah pentadbiran yang baik, operasi Esscom akan menjadi lebih efisien terutama dalam usaha mengekang sebarang ancaman dari dalam dan luar negara," katanya
ReplyDeletekita tuggu hasil siasatan perkara ini
ReplyDelete