BAK kata pepatah, ke mana tumpah kuah jika tidak ke
nasi. Begitulah kejayaan yang dicipta Peguam Muda, Syarulnizam Salleh, 25,
apabila terpilih sebagai Setiausaha baru Sabah Law Association (SLA) dengan
mendapat majoriti 65 undi dalam mesyuarat agung SLA 2013.
Walaupun masih muda namun Syarulnizam memperolehi 186
undi menewaskan penyandang jawatan, Roger Chin yang mendapat 121 undi semasa pemilihan mesyuarat agung tahunan SLA
di Hotel Le Meriden, petang khamis.
Syarulnizam, seorang pengamal undang-undang
bekelulusan Master of Law (LLM) dari Australia adalah Pengerusi Jawatankuasa
Kecil Hak Asasi (Human Rights Subcommittee) SLA.
Sebelum ini, bapa Syarulnizam, Datuk Seri Panglima
Salleh Tun Said, yang kini merupakan Speaker DUN Sabah mencipta rekod menjadi
Ketua Menteri Sabah termuda pada usia 37 tahun.
Dalam pada itu, Presiden SLA, Datuk GBB Nandy @ Ganesh
dan Naib Presiden, Cik Catherine Chau berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.
tahniah
ReplyDelete