Monday 24 June 2013

SLOGAN ‘INI KALILAH’ GAMAT DI PARLIMEN






Oleh : MD IZWAN

TAN SRI Pandikar Amin Mulia yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker) untuk penggal kedua hari ini mengamatkan dewan dengan slogan "Ini Kalilah!" semasa memberikan ucapan pembukaan, kedua-dua ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) bersorak dan menepuk meja.

Pandikar dilantik sebagai Speaker baru selepas menang pengundian apabila memperoleh 133 undi berbanding calon daripada PR bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.

"Beberapa tahun ini kita mendengar slogan-slogan seperti 'Ubah', 'Reformasi', 'Transformasi', 'Ini Kalilah', 'Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi'.

"Kamu mungkin mempunyai sebab tersendiri menyebut slogan tersebut, tapi bagi saya ia mengandungi amanat perubahan untuk kebaikan orang ramai," kata Pandikar yang menyifatkan negara ketika ini sedang bergerak ke arah demokrasi yang lebih matang seperti disaksikan dalam Dewan.

Beliau kemudiaan menggesa semua ahli-ahli Parlimen yang baru untuk membawa "perubahan" di dalam Dewan Rakyat dengan membawa imej lebih matang dan keterbukaan.

"Marilah kita bersama membawa transformasi dan reformasi di dalam Dewan Rakyat ini.

"Jika tidak sekarang, bila lagi? Ini kalilah," katanya lagi.

Selepas selesai berucap, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga ahli Parlimen Pekan mengetuai majlis angkat sumpah Dewan Rakyat ke-13. - 24 Jun, 2013.

Dalam pada itu, upacara mengangkat sumpah Dewan Rakyat hari ini disambut dengan demonstrasi sekumpulan lebih 100 anak muda berbaju hitam di jalan masuk menuju ke Parlimen.

Lebih 100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhimpun sambil melaungkan "SPR Syaitan" "SPR Penipu" dan "Reformasi" dengan membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan atas dakwaan Pilihan Raya 2013 yang berat sebelah.

Mereka turut menyanyikan lagu "Rasa Sayang" dan "SPR Bangsat" sepanjang berarak dari Padang Merbok, berhampiran kawasan Parlimen.

Sekitar 9.15, mereka berarak menuju ke Jalan Parlimen, dengan polis kemudiannya membenarkan mereka duduk di bahu jalan.

Turut kelihatan bersama kumpulan berkenaan adalah ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang. (TMI).

23 comments:

  1. Bikin malu sama rakyat saja, dulu janji nak boikot upacara angkat sumpah pada hari ini.Tiba tiba datang pula untuk angkat sumpah.

    Ini kah rupa,warna dan kulit manusia yang di gelar yang berhormat? Penipu besar..

    ReplyDelete
  2. Banyak juga golongan yang tidak terima keputusan PRU13.

    ReplyDelete
  3. SPR menghadapi tekanan khas pembangkang yang mensyaki PRu13 adanya penipuan dan aktiviti yang tidak halal.

    ReplyDelete
  4. Cuma slogan sahaja, tidak perlu dipolitikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slogan yang tidak menjadi sempena PRU-13..pembangkang bukannya menang tapi kalah.lagi memalukan diri sendiri bila tidak mengakui realiti bahawa mereka telah kalah.

      Delete
  5. ‘Ini kalilah’ yang diungkapkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam ucapan selepas pemasyhuran dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen Ketiga Belas menarik perhatian petugas media hari ini.

    Para petugas media dengan spontan ketawa dan bercakap sesama sendiri apabila mendengar Pandikar mengungkapkan ‘Ini kalilah’.

    ReplyDelete
  6. “Ini kalilah… Kita julang memartabatkan Parlimen Malaysia ke tahap yang tinggi, dengan menunjukkan sikap yang disebut oleh Erkine May dalam bukunya Parliamentary Practise Edisi ke 23 muka surat 440 “good temper and moderatin are the characteristics of parliamentary language, Parliamentary language is never more desirable than when a Member is canvassing the opinions and conduct of his opponents in debate”.

    ReplyDelete
  7. “Kesabaran dan kesederhanaan adalah ciri-ciri berbahasa di Parlimen. Bahasa Parlimen adalah lebih menggamit apabila seseorang Ahli sewaktu berbahas dapat mempengaruhi pendapat dan pendirian pihak lawan”,” katanya menterjemahkan maksud buku tersebut.

    ReplyDelete
  8. andikar sebelum itu menyeru Ahli-ahli Parlimen membudayakan seruan-seruan yang dilaungkan sewaktu bertugas di Dewan Rakyat.

    Beliau berpandangan seruan-seruan yang ‘dipopularkan’ iaitu ‘Ubah’, ‘Transformasi’, ‘Reformasi’, Ini Kali Lah’, ‘Kalau Bukan Kita Siapa Lagi?’, ‘Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi?’ merupakan mesej menyeru iaitu “Mengubah sikap untuk membuat kebaikan”.

    ReplyDelete
  9. “Bagi mereka yang mempopularkan seruan ini, mungkin mereka mempunyai pengertiannya yang tersendiri.

    “Akan tetapi, bagi saya, seruan-seruan ini, bermesej iaitu menyeru – “Mengubah sikap untuk membuat kebaikan.

    ReplyDelete

  10. “Maka bertolak dari roh maksud tafsiran ini, saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk membudayakannya sewaktu bertugas di Dewan Rakyat.

    “Ayuh! Kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini Kali Lah!” katanya.

    ReplyDelete
  11. Tambah Pandikar, beliau bertekad untuk berubah.

    “Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat nampak dan lihat, pada hari pertama persidangan hari ini, jubah yang saya pakai telah ditransformasi, reka bentuk atau designnya canggih, menggamit dan selesa dari yang dulu.

    “Sementara itu, dalam hal-hal lain berhubung dengan pengendalian majlis mesyuarat pasti stailnya juga akan berbeza dari Parlimen Ke-12,” katanya.

    ReplyDelete
  12. Slogan yang mula2 difikirkan akan bawa tsunami pada politik negara tapi rupanya tiada maknanya.

    ReplyDelete
  13. “INI Kali Lah” is widely liked and used by the Sabahan, and meaning this is the time to topple the BN government and to replace them with the Pakatan Rakyat. This has even spread through out Malaysia now. Datuk Seri Anwar Ibrahim used this slogan extensively in all his ceramahs and campaign trips.

    Tapi nampaknya 'slogan tinggal slogan'.tiada power pun..

    ReplyDelete
  14. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, slogan itu yang bertujuan meminta rakyat mengubah kerajaab sedia ada adalah tidak realistik kerana negara sudah mengecap keamanan dan kemakmuran di bawah Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  15. "Kenapa nak ubah? Kita tak perlukan perubahan daripada keadaan yang sudah baik sudah tentu kalau nak ubah kepada lebih baik.

    ReplyDelete
  16. "Apakah pembangkang boleh dapat menjamin dalam situasi keadaan sekarang ni dia akan berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita nikmati hari ini aman, selamat , ekonomi baik, rakyat bersatu padu," katanya.

    ReplyDelete
  17. TAHNIAH! Pandikar Amin dipilih semula Yang Dipertua Dewan Rakyat penggal ke-13

    Tan Sri Pandikar Amin Mulia dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas mendapat sebanyak 133 undi dalam sesi pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-13 hari ini.

    Beliau mengatasi calon Yang Dipertua Dewan Rakyat pembangkang, bekas Hakim Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat sebanyak 89 undi.

    Pandikar Amin sebelum ini merupakan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-12 selepas menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

    Beliau yang berkelulusan undang-undang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pernah dilantik sebagai Senator selain bekas Presiden Parti Angkatan Keadilan Rakyat (Akar Bersatu) yang kini sudah dibubarkan.

    Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat berkenaan kemudian memasyhurkan Pandikar Amin sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Dewan Rakyat penggal ke-13.

    Terdahulu, Pandikar Amin dicalonkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Abdul Kadir pula dicalonkan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

    Walau bagaimanapun, pemilihan yang menggunakan kaedah undi bersurat itu sedikit kecoh selepas Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain mempertikai kewajaran menulis nama pada kertas undi.

    Namun, pemilihan tetap berjalan seperti biasa dan menyaksikan Pandikar Amin dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

    Sesi sidang kemudian diteruskan dengan majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat kerajaan diketuai Najib (BN-Pekan), Muhyiddin (BN-Pagoh) dan Datuk Seri G. Palanivel (BN-Cameron Highlands) serta sebanyak 130 Ahli-ahli Dewan Rakyat kerajaan lain.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

    Pelantikan mereka dibuat selepas pembangkang gagal mengemukakan calon mereka dalam tempoh 14 hari sebelum berlangsungnya sidang itu.

    Dengan keputusan itu, Ronald kekal sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti disandang beliau pada penggal Parlimen ke-12 lalu.

    Ismail Mohamed pula menggantikan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kini merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

    Selepas sesi pelantikan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membentangkan usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan laluan kepada semua Ahli Parlimen serta memastikan keselamatan dan keamanan di sekitar kawasan Parlimen.

    Usul itu disokong Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

    ReplyDelete
  18. akhirnya slogan politik pembangkang dibakul sampahkan rakyat.. nampaknya rakyat lebih tertarik dengan slogan janji ditepati, tolak fitnah..

    ReplyDelete
  19. mungkin selepas ini bolehlah pembangkang cari slogan lain untuk pru14.. dan kali ini biarlah slogan itu benar2 menggambarkan perjuangan pembangkang..

    ReplyDelete
  20. sekali sekala, elok juga pembangkang kena sindir kerana taksub sangat dengan slogan sehinggakan slogan itu turut digunakan untuk menghasut rakyat supaya turun ke jalanraya..

    ReplyDelete
  21. apa2pun syabas kepada pandikar kerana terus diberikan kepercayaan menduduki jawatan speaker dewan rakyat..

    ReplyDelete
  22. slogan ini rupanya masih ada lagi

    ReplyDelete