Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
PAKATAN Rakyat (PR) takut
menyalahkan rakyat dengan keputusan Pilihan Raya 2013 yang tidak memihak kepada
mereka, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad
Wan Omar menyebabkan mereka menjadikan pengendali pilihan raya itu sebagai 'kambing
hitam' dan mangsa untuk melepaskan kemarahan.
Wan Ahmad menegaskan, rasa
marah yang timbul oleh kepimpinan PR itu kemudiannya disalurkan kepada
penyokong mereka yang tidak mengerti akan undang-undang dan seterusnya
meluahkan rasa marah dengan membantah keputusan pilihan raya di jalanan dan
terbaru demonstrasi di hadapan Parlimen semalam.
"Generasi muda tidak
faham ... bila timbul emosi dan sudah pasti terbit rasa marah, dan mengambil
jalan mudah dengan menyalahkan SPR, serta menjadikan SPR sebagai kambing
hitam," katanya ketika dihubungi The Malaysia Insider.
Semalam, sekumpulan lebih
100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengadakan
demonstrasi di perkarangan pintu masuk Parlimen sempena upacara mengangkat
sumpah ahli Parlimen bagi Sidang Dewan Rakyat ke-13.
Demonstrasi yang bermula
sekitar jam 9 pagi dan berakhir tiga jam kemudian itu menunutut agar Pengerusi
SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad meletakkan jawatan
ekoran dakwaan wujudnya kecurangan dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5
Mei lalu.
Demonstrasi semalam turut
menyaksikan beberapa aktivis seperti
Adam Adli Abdul Halim, Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Mahasiswa
Malaysia (SMM) Safwan Anang, dan juga Shukri Razab.
"Tindakan mereka
(demonstrasi) tak masuk akal .. kita buat kerja betul, ikut
undang-undang," katanya lagi.
Beliau turut berkata
tindakan demonstrasi dan himpunan dilaksanakan PR juga seperti mempunyai agenda
tersembunyi, yang mana SPR telah melaksanakan tugas dengan betul ketika pilihan
raya.
"Kami telah jalankan
tugas dengan baik semasa pilihan raya. Ada negeri yang telah angkat sumpah di
Dewan Negeri, dan semalam upacara mengangkat sumpah di Parlimen ... ini sudah
pasti ada agenda lain.
"Tapi saya tidak
tahulah apa agenda mereka," katanya.
Wan Ahmad menegaskan PR
menjangkakan akan memenangi Pilihan Raya 2013, namun apabila itu tidak berlaku,
SPR menjadi sasaran mudah dan disalahkan.
"Mereka tewas kepada
Barisan Nasional (BN) mereka rasa marah, nak kata rakyat tidak memilih, mereka
takut ... jadi jalan mudah adalah menyalahkan pengendali pilihan raya,"
katanya.
Ditanya respon terhadap
gesaan untuk pengerusi dan dirinya meletakkan jawatan, Wan Ahmad menegaskan
peserta demonstrasi itu menuntut perkara yang bercanggah dengan sistem
perundangan dan Perlembagaan, dan bukan keperluan untuk mereka melayani
permintaan tersebut.
"Mereka dipengaruhi
tuduhan-tuduhan tidak berasas, kemudian rasa marah dan duduk di tepi jalan ...
itu kerja sia-sia," katanya lagi, dan menambah pemimpin PR perlu menunggu
keputsan petisyen sebelum membuat dakwaan-dakwaan terhadap pengendali pilihan
raya itu.
Wan Ahmad dan Abdul Aziz
telah menerima kritikan keras selepas keputusan pilihan raya diumumkan apabila
PR mendakwa badan pengendali itu tidak telus dalam menjalankan tugas mereka
yang menyaksikan PR memenangi 89 kerusi parlimen, manakala baki 133 kerusi
daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen menjadi milik BN.
"Segala tohmahan dan
penipuan termasuk fitnah yang dibuat terhadap SPR ataupun secara peribadi, itu
balasannya di akhirat nanti.
"Bagi saya, kami telah
menjalankan tugas dengan betul mengikut undang-undang," katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kemungkinan wujudnya sabotaj daripada petugas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membabitkan penggunaan dakwat kekal.
ReplyDeleteSiasatan itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar selepas dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi tidak mampu bertahan lama seperti dimaklumkan badan bebas itu sebelum ini.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pasukan siasatan yang dianggotai tiga ahli SPR diberi masa selama sebulan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
“Petugas SPR ini ada macam-macam, kita tidak tahu niat mereka, jadi ia memerlukan kepada siasatan dalaman secara terperinci bagi mencari kebenaran terhadap perkara itu.
ReplyDelete“Kita tidak tahu apakah dakwat ini tidak kekal lama kerana kualitinya ataupun kesilapan pegawai SPR ataupun ada unsur sabotaj, malah kami sendiri terkejut kerana perjanjian dengan pembekal ia mestilah kekal lama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
ReplyDeleteDakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu menjadi polemik apabila pembangkang tidak berpuas hati dengan penggunaannya dan mendakwa ia satu penipuan oleh badan bebas itu.
ReplyDeleteSementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata penubuhan pasukan siasatan dalaman itu adalah langkah tepat bagi mencari kebenaran terhadap penggunaan dakwat kekal yang tidak mampu bertahan.
Bagaimanapun katanya, isu dakwat kekal tidak boleh dijadikan alasan ataupun sandaran untuk tindak mengiktiraf keputusan pilihan raya umum lalu, sebaliknya penggunaan dakwat itu mampu meningkatkan lagi kebolehpercayaan perjalanan pilihan raya di negara ini.
ReplyDelete“Ia adalah satu langkah wajar kerana ia membabitkan soal kewibawaan dan integriti badan bebas itu selaku pengendali pilihan raya. Malah ia sebahagian daripada cadangan dikemukakan MBM dengan menyentuh isu dakwat kekal membabitkan aspek kualiti serta ketahanannya,” katanya.
ReplyDeleteBagi bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim, berkata SPR kini sudah dijadikan ‘kambing hitam’ oleh pembangkang bagi menutup kelemahan mereka dan usaha dilakukan suruhanjaya itu bagi mencari kebenaran adalah langkah tepat.
ReplyDelete“Petugas SPR ramai, kita tidak tahu arah sokongan mereka, semestinya siasatan terperinci perlu dibuat terutamanya membabitkan pihak yang membuat dan menerima tempahan dakwat kekal ini.
ReplyDelete“Tidak mustahil ada yang mensabotaj penggunaan dakwat kekal bagi memburukkan imej SPR serta menimbulkan keraguan rakyat terhadap badan pengendali pilihan raya itu,” katanya.
ReplyDeleteTERIMA REALITI KEPUTUSAN PRU-13.
ReplyDeletePerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan “pendamaian nasional” hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak termasuk PR menerima keputusan PRU13 lalu.
Segala bentuk himpunan yang memberikan gambaran bahawa pihak pembangkang tidak menerima keputusan PRU perlu dihentikan sebab ini hanya akan membawa huru-hara.
ReplyDelete“Keputusan PRU13 perlu diterima oleh semua pihak kerana ia berjalan mengikut proses yang telah ditetapkan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
“Kalau mahu mulakan proses pilihan raya yang bersih atau meneruskan “pendamaian nasional” perlu terima keputusan PRU13 dahulu.
ReplyDelete“Apa keputusan yang dibuat mahkamah kita perlu terima, baru boleh menubuhkan pendamaian nasional,” katanya.
Najib telah menyatakan selepas PRU13 akan melaksanakan “pendamaian nasional”.Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan bersifat terbuka dan melalui “pendamaian nasional” semua pihak boleh berbincang mengenai pelbagai perkara.
ReplyDelete“Pokonya perlu terima keputusan PRU13.
ReplyDelete“Kerajaan bersifat terbuka dan parti-parti politik daripada pembangkang dan kerajaan boleh berbincang supaya negara lebih berjaya, tentukan masa depan yang terbaik,” tambahnya.
SPR jgn tunduk pada pembangkang
ReplyDelete