Monday 6 July 2020

SCAMMER ROWENA LIENADO BAKAL BERDEPAN HUKUMAN PENJARA


IC PALSU....JPN sahkan Rowena memiliki IC Palsu dan IMM13 malah Rowena ialah PATI


Masih ingatkah anda Scammer Pilak PATI dari Phillipine bernama Rowena Lienado bersama teman lelakinya dipercayai warga tempatan bernama Khairul Akhmal bin Johari?

Pada artikel lepas bertajuk “AWAS SCAMMER BERNAMA ROWENA LIENDO DI SABAH” Admin Sabahkini.net mendedahkan Scammer bersiri di Sabah. Wanita gemuk mengaku diri bekerja sebagai Pilot dari Syarikat Penerbangan Malaysian Airlines System (MAS) kini kembali beraksi dan berjaya melakukan siri penipuan yang lain.



Rowena kali ini memperdaya seorang wanita tempatan dengan megupah sebagai PA dan mahu menjadi rakan kongsi kini telah menipu wang wanita berkenaan. Wanita berkenaan cuba mengutip hutang daripada Rowena dan suami melalui perbualan whatsap, facebook malah mangsa berjumpa Rowena dan Khairul untuk mengutip hutang.

IMM13 milik Rowena yang dikeluarkan di Pejabat Imigresen Lahad Datu. Penipu, Pengugut dan Pencuri!

Mangsa telahpun berusaha memberi peluang dan tempoh masa tertentu kepada Rowena dan Khairul untuk membayar. Namun Rowena dan Khairul kerap memberi alasan tunggu claim projek mereka barulah mampu bayar hutang kepada mangsa.

Rowena mesti menggunakan modus operandi yang sama dengan mengatakan Khairul sedang sibuk berada dan bekerja di tengah laut sebagai Jurumudi Kapal. Rowena akan mengelak membayar hutang dengan mengatakan dia tidak boleh membuat keputusan soal kewangan kerana duit dipegang bersama Khairul yang perlu mendapat persetujuan Khairul secara bersemuka.



LAPORAN POLIS....Beraninya warga tempatan kita melindungi kesalahan Jenayah warga ASING! 

Pada masa yang sama, Rowena sengaja membuat provokasi dalam Facebook  dengan menunjuk-nunjuk komen akan membeli kereta Vellfire Toyota kelak. Suami mangsa menegur Rowena berbunyi "bayar hutang didulu kalau nak target apa". Rowena kemudiannya melenting dan mengugut mangsa bersama suami.

Akibat dari tekanan mangsa sering menagih hutang, mangsa berkenaan diugut bakal disaman dengan membuat beberapa siri laporan palsu di Balai Polis berdekatan. Antara kandungan laporan tersebut termasuklah mangsa dituduh dan difitnah tidak pernah meminjamkan wang kepada Rowena dan suami. Malah mangsa difitnah mempunyai hutang sewa kereta, beli kuih tidak berbayar dan banyak lagi. Kebodohan Rowena dan Khairul terserlah apabila mangsa mempunyai bukti transaksi antara mangsa bersama Rowena dan Khairul.

SIJIL NIKAH....Rowena masih milik suaminya ke 2 yang berada Di Kota Marudu. Malah masih milik suami pertama dari Lahad Datu Benarkah Rowena sudah bernikah buat kali ke3 bersama Khairul? Persoalannya sahkah perkahwinan wanita 3 kali tanpa diceraikan suami?

Namun tindakan yang dianggap Rowena dan Khairul itu bijak tidaklah seindah mereka bayangkan dan jangkakan. Berikutan laporan polis yang dibuat Rowena dan Khairul terhadap mangsa telah menyebabkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara Kota Kinabalu telah membuka kes dan menyiasat kesahihan Kad Pengenalan dimiliki Rowena.

Kepada mangsa-mangsa lain anda bolehlah hadir ke Mahkamah Majistret 3 Kota Kinabalu jam 9 pagi esok 7 Julai 2020 untuk pendengaran kes memiliki IC Palsu dan IMM13. Rowena disahkan memiliki dokumen IMM13 dan IC Palsu yang dibeli melalui pihak luar. Ternyata Rowena yang mengaku orang Sepanyol adalah penipu berasal dari Selatan Filipina.

Rowena yang pernah dikatakan sudah mati menurut Khairul kini berdepan hukuman penjara kerana menipu dan memiliki IC Palsu dan IMM13. 

No comments:

Post a Comment