Friday 12 June 2020

BREAKING NEWS : 5 YB WARISAN BAKAL MASUK PERIKATAN NASIONAL?



By: Sabahkini.net Krew

TEGUH....Shafie mengharap kesemua ahli Warisan teguh di belakang beliau sampai bila-bila

Dikhabarkan 5 orang YB Warisan bakal keluar dari Parti Warisan Sabah dan bakal menyertai Parti Perikatan Nasional pada hari ini 12/06/2020 Jumaat.

5 Orang YB Warisan yang dihubungi berkata bakal mengeluarkan pengumuman keluar parti itu pada bila-bila masa bermula hari ini. Apbila ditanya alasan keluar parti, kesemua Yb berkenaan menyatakan perasaan tidak suka kepada parti Warisan malah menyatakan bahawa parti Warisan tidak lagi Releven di negeri Sabah. Adakah Warisan Sabah bakal tumbang dengan sendirinya?

Thursday 11 June 2020

Shafie: Tiga kali Anifah hubungi Mohammadin minta lompat parti





Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal mendakwa bekas menteri pelancongan, Mohammadin Ketapi dipujuk oleh Anifah Aman supaya meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau berkata tiga kali bekas menteri luar itu menghubungi wakil rakyat berkenaan supaya melompat parti.

"Mohammadin maklum kepada saya sudah dihubungi tiga kali oleh Anifah aman pujuk berbagai perkara yang sekiranya nak memasuki parti perjuangan mereka.

"Saya tanya (Mohammadin) you sure (awak pasti)....Mohammadin kata saya tahu suara dia, saya tahu nombor telefon dia," katanya di Kota Kinabalu, hari ini.

Tuesday 9 June 2020

Musa Aman bebas 46 tuduhan



Oleh Ahmad Johari Ali
ajohari@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.

Sepatutnya hari ini dijadualkan bagi pengurusan kes.