Wednesday 31 July 2013

SABAH GOVT SHOULD CELEBRATE 50TH INDEPENDENCE DAY ON 31 AUGUST




by : Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan (The Chairman of BORNEO HERITAGE FOUNDATION)


Kota Kinabalu:    “Sabah should celebrate and commemorate its independence on 31st August as it marked the day Sabah was freed from the yoke of Colonialism and became an independent and free Nation”, said Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Chairman of the Borneo Heritage Foundation (BHF).

For Sabahans and Sarawakians, their Independence is even more significant than Malaysia Day because its signifies self-rule and would have been theirs even if Malaysia did not materialize.



“Malaysia Day” on 16th September, Dr Jeffrey said, should be called “Federation Day” as that was the official day we formed the Federation of Malaysia.  The four nations of Malaya, Singapore, Sabah and Sarawak agreed to form Malaysia with conditions that their newly acquired independence and individuality would be maintained except for security matters including national defence, internal security and international affairs.



These conditions were contained in various documents including the 20-Points (Sabah), 18-Points (Sarawak), the IGC Report, the Cobbold Commission Report and Article VIII of the Malaysia Agreement.



Unfortunately, the reality today is that Sabah have been literally ‘taken over by Malaya under the guise of the Federal Government and is now functioning as the 12th subservient State of Malaya = Malaysia!

That is why Sabahans must wake up, realize and take action to remind themselves of who they are, what is Sabah and recover their legitimate rights as a sovereign nation.

The Government of Sarawak has taken that important step to celebrate their independence day on July 22nd, why not Sabah?

Recently, the Borneo Heritage Foundation organized a “Independence Walk and Freedom Ride” and a “50th Independence Day Forum – 722 We Must Know” to mark Sarawak’s 50th Independence day in Kuching.  Amongst the papers presented at the Forum were “Sabah, Sarawak are Nations in Malaysia”.

The matter now rests with the Sabah Government to emulate their more patriotic counterparts in Kuching and take the necessary steps to celebrate Sabah’s Independence Day this 31 August which marks its 50th anniversary.

PATI SEMAKIN MEMBIMBANGKAN DI TAMBUNAN




Oleh :  Syed Kamal


Ketua Satria Pribumi's Mitchum Angelo (kanan) bersama Naib Presiden Pribumi's Johney Malibin (kiri)  dalam satu sidang media berhubung kebanjiran PATI yang membimbangkan di Tambunan.

TAMBUNAN : Keluhan rakyat tempatan di daerah ini mengenai ancaman kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikatakan berada di tahap kritikal akan disampaikan kepada pihak berwajib yang bertujuan untuk mendesak terutama pihak berkuasa bertindak segera menangani masalah tersebut.

Ketua Satria Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) , Mitchum Angelo, berkata kehadiran pendatang di daerah ini telah mendatangkan masalah sosial, peluang perniagaan, selain menyebabkan persekitaRan alam sekitar daerah ini turut terjejas.

“ Apa yang saya lihat di Tambunan ini ialah kegagalan pihak berkuasa dalam menangani perlbagai masalah yang timbul , penguatkuasaan yang tidak efektif dan tidak berkesan,” kata Mitchum yang telah membuat pemantauan selama 1 bulan lalu  termasuk menemuramah orang ramai berkaitan dengan pelbagai masalah PATI di sini.

Hasilnya kata Mitchum  ialah beliau begitu terkejut dengan peranan pendatang asing berniaga secara berleluasa dan bergerak bebas dan peluang pekerjaan diambil alih orang asing.

Atas kegagalan itu kata Mitchum pihak beliau dan rakyat di pendalaman akan  mengusulkan permasalahan ini terhadap wakil-wakil rakyat kawasan ini yang dikatakan gagal mendengar suara rakyat terutamanya mengenai soal pendatang asing yang menimbulkan ketakutan orang tempatan.

Bersama beliau membuat tinjauan ialah Naib Presiden Pribumis, Johney Malibin. “ Kami mengalu-alukan maklumat berkaitan PATI di kalangan masyarakat pendalaman kerana kita mahu kehidupan yang lebih selamat dan tidak terancam seperti apa yang berlaku sekarang,” katanya.

PELAJAR UITM SABAH MAUT DILANGGAR LARI




oleh : Watt Zacchaeus


MAUT: Mayat mangsa terbaring di atas jalan selepas dirempuh sebuah lori dalam kejadian langgar lari di Kampung Itol berhampiran Hospital Daro, petang kelmarin.

DARO: Seorang penuntut lelaki di Universiti Te­knologi MARA (UiTM) dari Sabah maut dalam kejadian langgar lari di Kampung Itol berhampiran Hospital Daro di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Nur Hibat­ullah Ibrahim, 21, berasal dari Daro maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian anggota badan yang lain.

Menurut saksi kejadian, ketika kejadian mangsa dika­takan dalam perjalanan dengan menunggang motosikal untuk melawat saudaranya di Kampung Badung.

Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan mangsa dirempuh sebuah lori dari arah belakang.

Pemandu lori terbabit terus memecut kenderaannya dan meninggalkan mangsa ter­baring di atas jalan di lokasi kejadian.

“Dalam kejadian sekelip mata itu, motosikal yang ditunggang mangsa terbabas selain mangsa turut terpelant­ing tidak jauh dari kenderaan­nya di atas jalan.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan anggota badan serta meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Daro untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh kelu­arganya,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Daro DSP Wanger Lisa Libut ketika dihubungi berkata, Balai Polis Daro ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Mayat mangsa selamat dikebumikan oleh keluar­ganya di Tanah Perkuburan Islam Daro di sini kira-kira jam 1.30 petang semalam. (THEBORNEOPOST)

MPS GAGAL SELENGGARA LONGANG-PARIT DI KAWASAN PERUMAHAN




Oleh: Shaimon S Jumadi



SAMPAH SARAP... Saliran Parit Tersumbat oleh  Sampah Sarap



ELOPURA:- Kegagalan pihak Majlis Perbandaran Sandakan membersihkan saliran parit di kawasan-kawasan taman perumahan khususnya  di Kawasan DUN Elopura bukan saja bau busuk bahkan menternak nyamuk  EADES yang bakal mengancam penduduk setempat.


PENERANGAN....Semasa Amsi melawat ke tempat tersebut beliau diberikan penerangan oleh beberapa orang penduduk tersebut
 
Dalam Tinjauan Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Amsi Liew  ke kawasan perumahan bersebelahan Taman Jade Garden Jalan Pantai KM1.5 mendapati keseluruhan parit tersembut akibat dipenuhi oleh sampah sarap yang sudah berbulan-bulan lamanya pihak MPS tidak membuat kerja-kerja penyenggelaraan keatas parit-parit berkenaan.

Katanya ekoran pihak MPS yang enggan mendengar mahupun enggan menerima beberapa aduan yang sudah dibuat berkali-kali telah menimbul kemarahan penduduk berkenaan  bukan alang kepalang.

PELAJAR CEMERLANG SABAH HARUS DIBERI PELUANG LANJUT PELAJARAN KE IPTA




Oleh: Shaimon S Jumadi



SANDAKAN:- Berhubung dengan  kenyataan  mantan  Timbalan Menteri Pelajaran, Wei Ka Siong tentang kegagalan kemasukan pelajar-pelajar ke IPTA setiap tahun, fenomena ini tidak berkaitan dengan isu-isu dasar, tetapi  menampakkan perlaksanaan sistem pendidikan yang berat sebelah.

Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong (gambar) tidak setuju dengan kenyataan tersebut dan menyatakan  bahawa dasar pemilihan kemasukan ke IPTA tempatan yang kurang telus merupakan kunci utama kepada fenomena yang sering berlaku ini. Sekiranya dasar tersebut boleh dijalankan secara telus, bagaimanakah pentadbiran akan berlaku situasi yang berat sebelah?

Beliau  menjelaskan  bahawa terdapat dua peperiksaan untuk memohon kemasukan ke IPTA, iaitu Matrikulasi dan Tingkatan Enam (STPM). Matrikulasi memberikan kemasukan ke IPTA secara langsung selepas kajian bertempoh setahun, manakala bagi Tingkatan Enam pula, kajian harus dijalankan selama dua tahun dan kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan keputusan STPM.

Stephen Wong menambah  bahawa, dengan sebab pelajar - pelajar dari Matrikulasi telah mengambil kedudukan majoriti di IPTA, menjadikan walaupun graduan STPM mencapai keputusan yang cemerlang pun turut dinafikan untuk kemasukan ke IPTA, sekiranya berjaya diterima oleh IPTA, mereka juga tidak dapat memperolehi subjek berdasarkan pilihan mereka.

Beliau menegaskan bahawa disebabkan ketidakadilan dasar itu, walaupun pelajar telah mencapai keputusan yang cemerlang (CGPA 4.0), mereka juga tidak diterima oleh IPTA tempatan. Hal ini adalah sangat tidak adil dan tidak munasabah, terutama hal ini telah berlaku setiap tahun. Tahun demi tahun, bagaimanakah kerajaan BN dapat menjustifikasikan mereka atas situasi ini?

Katanya lagi pada  tahun ini terdapat sekurang - kurangnya 40,000 pelajar yang memohon untuk kemasukan ke IPTA. Terdapat banyak pelajar cemerlang tidak mendapatkan subjek pilihan utama mereka dan terdapat juga banyak pelajar gagal untuk masuk ke IPTA. Hal ini adalah disebabkan dasar pemilihan kemasukan ke IPTA yang tidak adil dan bukan berdasarkan prestasi dan merit para pelajar.

Beliau berasa kesal  terhadap  Wei Ka Siong  yang telah memegang jawatan tersebut selama 5 tahun, mengapakah dasar pemilihan kemasukan ke IPTA masih gagal memberi keutamaan kepada pelajar - pelajar cemerlang yang telah mencapai keputusan CGPA 4.0?
Stephen Wong berkata  ketika Wee Ka Siong memberi pendapatnya di Parlimen, DAP telah mencadangkan untuk mengadakan undang-undang supaya memastikan pelajar-pelajar cemerlang diberi keutamaan untuk memilih subjek pilihan mereka, tetapi Wee Ka Siong tidak berani memberi balasan atas cadangan ini.

Beliau menyifatkan bahawa orang - orang yang berbakat adalah harapan negara pada masa hadapan dan sangat berharga. Oleh itu, saya berharap kerajaan BN mengambil perhatian yang serius supaya pemilihan pelajar untuk kemasukan ke IPTA tempatan boleh dilaksanakan secara adil dan telus. 

“Pada masa yang sama, kerajaan BN haruslah mengambil tindakan terhadap orang yang menyebabkan penyelewengan sistem pendidikan, seperti yang dinyatakan oleh Wee Ka Siong, supaya pelajar-pelajar yang cemerlang dapat memperolehi subjek pilihan utama mereka untuk menlanjutkan pelajaran mereka di Malaysia” KATA Wong kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net kelmarin.