Saturday 31 August 2013

ADA ORANG CUBA PECAHKAN PEMUDA SABAH-JAMAWIJAAFAR JADI MANGSA?






Nampaknya sudah ada suara-suara sumbang yang mahu melihat Pemuda UMNO Sabah berantakan. Umum tahu Ketua Pemuda UMNO Tenom sudah mengumumkan bahawasanya dirinya telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia menggantikan Dato' Razali Ibrahim yang sudah habis umur.

Sudah sekian lama tiada yang berbunyi secara tiba-tiba ada orang bukan daripada Sabah menulis mengatakan Jamawi Jaafar tidak disenangi oleh Pemuda daripada Sabah. Namun begitu tulisan tersebut teramatlah dangkal selepas Pemuda UMNO Sabah sebenarnya menyokong Saudara Jamawi Jaafar untuk bertanding termasuk beberapa nama lain yang akan bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.


Menurut keratan akhbar di atas. "Endorsement" daripada seluruh bahagian di Sabah telah bersetuju dengan Jamawi Jaafar. Nampaknya ada yang cuba hidupkan api yang tidak sepatutnya menyala. Maaf! Keris dah tanya Pemuda Sabah. Mereka semua nafikan tulisan yang mengatakan Jamawi tidak disenangi.

Terus terang Keris katakan jika ada yang tersebar di Media Sosial pasal Pemuda Sabah tak sokong Jamawi, itu semua hanya rekaan. Jangan samakan Pemuda dengan Majlis Tertinggi UMNO. Yang menulis itu tampak buta politik bila dia bertanya berapa ramai pemimpin Sabah mahu bertanding. Cuba nafikan UMNO Sabah? Salah tu. Kita UMNO Malaysia.

UMNO parti demokrasi! Siapa pun boleh bertanding namun Keris melihat Jamawi merupakan calon Naib Ketua yang mampu memperkukuh dan memperkasakan Pemuda UMNO Malaysia dengan Pemuda dari Borneo berganding bahu dengan Pemuda dari Semenanjung.

71 ORANG NELAYAN TERIMA LESEN BOT



Oleh: Shaimon S Jumadi





UNTUK mempertingkatan ekonomi dalam aspek penangkapan ikan  sebagai sumber mata pencarian harian dengan itu,  seramai 71 penduduk Kampung Pangkalan Bukit Garam di sini menerima lesen bot nelayan bagi membolehkan mereka menerima bantuan yang disediakan kerajaan.

Majlis disempurnakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Masiung Bannah di kampung itu hari ini.

Dalam ucapannya, Masiung yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuamat antara lain menasihatkan  penerima perlu menjaga dan menggunakan lesen itu dengan sebaik-baiknya dalam usaha mengubah sosioekonomi keluarga masing-masing.

Beliau juga mengingatkan mereka agar tidak mengambil jalan mudah bagi memperoleh wang dengan menyewakan lesen itu kepada orang lain.
Seorang penerima, Basrah Annas, 86, berkata lesen itu membolehkan beliau menerima bantuan yang disediakan untuk golongan nelayan, dan berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin, khususnya membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

SEDCO MERANCANG PASARAN PRODUK TEMPATAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA-NASIR SAKARAN

Oleh: Arshad Hussin



SUMBANGAN RAYA...Ketua Menteri,Datuk Seri Panglima Musa Aman(dua kiri) diringi Daro Sri Nasir (tiga kanan) dan Maisuri Besri(kanan) menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak yatim sempena majlis sambutan hari raya anjuran SEDCO di Wisma Wanita Jalan Tuaran.


KOTA KINABALU:  Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dan syarikat-syarikat kumpulannya  sedang merangka  bersama menjayakan potensi produk –produk keluaran tempatan untuk dimakmurkan serta  diangkat sebagai  industri desa ke peringkat antarabangsa,kata Pengerusi  SEDCO,Dato Sri Nasir Tun Sakaran.
Sehubungan itu  katanya,sudah tiba masanya SEDCO perlu membuat anjakan modus operandi yang bersesuaian dengan terus menggandakan usaha menyemarakkan potensi seperti  itu.

Nasir  berkata, gerakan membangun ekonomi  itu tidak  hanya semata-mata menekankan perubahaan yang drastik, seperti mengubah wajah luar bandar menjadi bandar. Sebaliknya mengisi atau menukar ruang yang luas di kawasan luar bandar menjadi peluang yang boleh dikongsi sama rata dengan masyarakat di sesuatu tempat itu.

Beliau menambah,SEDCO  mampu menyemarakkan sama usaha meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar menerusi program kerajaan 'Satu Daerah, Satu Produk.'

Nasir berkata demikian ketika ditemui sempena majlis ruma terbuka hari raya SEDCO di Wisma Wanita Jalan Tuaran di sini.

Majlis hari raya itu dihadiri sama Ketua Menteri,Datuk Seri Panglima Musa Aman selaku tetamu kehormat.

Hadirsama sempena majlis itu isteri Nasir,Datin Sri Hajah Rukiah Haji Badar; Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri,Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif; Adun Gum-Gum,Datuk Zakaria Edris;Adun Silam,Datuk Nilwan Kabang; Pengarah Jheains,Datuk Haji Amri Aliaman Suratman;Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah,Datuk Hj.Hashim Paijan;Pengurus Besar Kumpulan SEDCO,Maisuri Besri dan Pengerusi Sedcovest Holding Sdn Bhd.,Datuk Hj.Awang Sham Hj.Amit serta kakitangan SEDCO.

Dato Sri Nasir yang juga wakil rakyat Senallang berkata, penambahbaikan program yang menjurus kepada pembangunan ekonomi dan usahawan bumiputera juga akan terus dipertingkat dengan mengambil kira program yang dianjurkan agensi-agensi kerajaan disamping meneroka dan menambah pelaburan baru yang berpotensi untuk memacu ekonomi negeri Sabah.       

“Langkah ini adalah sebagai sokongan dan membantu program pembangunan yang dilaksana agensi-agensi kerajaan untuk sama-sama menjayakan misi dan visi kerajaan bagi membangunkan masyarakat di luar bandar,” kata Nasir. 

Sehubungan itu,Nasir menjelaskan SEDCO sedang berusaha  dan merancang bekerjasama dengan petronas  dalam  Projek Ammonia Urea Sabah (Samur) Petronas  bagi membina perumahan  untuk kemudahan pekerja.

BANGUNAN TERBENGKALAI SABINDO SARANG MAKSIAT DAN PEMBIAKAN TIKUS



Oleh: Shaimon S Jumadi




TERBENGKALAI....Inilah wajah bangunan terbengkalai di Sabindo jadi sarang maksiat dan pembiakan tikus


TAWAU:- Sebuah bangunan yang terbangkalai di Bandar Sabindo dekat sini yang terbiar begitu sekian lama bukan saja menjijikkan  pandangan  mata bahkan  berbagai-bagai perkara berlaku di bangunan tersebut antaranya tempat sarang maksiat dan kedua tempat sarang penagih dadah dan sarang penghidu gam.

Cerita mengenai bangunan yang terbengkalai sekian lama ini memang telah lama diketahui oleh pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT) termasuk juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Tanjung dan Ahli Parlimen Tawau, tetapi tiada  sesiapa yang ingin mengambil tahu mengenai bangunan tersebut bukan saja kotor bahkan menjadi sarang pembiakan tikus.

Sebagai warga Tawau saya meminta jasa baik kepada pihak-pihak yang berkenaan agar minta perintah mahkamah untuk merobohkan bangunan terbengkalai  itu. Buat apa bangunan sedemikian dijadikan bahan perhiasan yang menjijikkan pandangan mata terutama sekali di mata pelancong luar yang kerap datang ke daerah ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PPRS) Datuk  Mohd Jeffry Rosman berkata demikian kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net  ketika diminta pandangannya mengenai bangunan usang yang sudah tidak berguna itu terus terpacak dengan megahnya   ditengah-tengah bandar tersebut.

Selain mengenai al kisah bangunan terbengkalai yang  kini menjadi kontroversi di kalangan penduduk setempat di sini adalah deretan Gerai Rombengan (Bundle)  terletak di Taman Tikus kelihatan sudah usang. Tidak ada mana-mana pihak kerajaan khususnya  pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) termasuk wakil-wakil rakyat daripada kerajaan  Barisan Nasional (BN) yang mengambil tahu pembangunan di bandar itu seperti menaik taraf gerai yang dimaksudkan,” ujar Jeffry.

Kata Jeffry Iagi adalah agak mustahil sekiranya kerajaan BN tidak mempunyai dana dan peruntukan untuk menaik taraf gerai yang disebutkan itu.

Begitu juga tambah Jeffry terdapat empat deret bangunan  kayu yang merupakan bangunan paling tertua di daerah Tawau yang kelihatan  sudah usang.   Kenapa pihak MPT tidak mahu mengecat semula bangunan-bangunan tersebut agar kelihatan cantik dan tersergam indah?  Lantiklah  beberapa kontraktor untuk mengambil projek  untuk mengecat bangunan–bangunan papan tersebut.

KGKS SAMBUT BAIK JPS DIBERI KUASA AUTONOMI PIKUL TANGGUNG JAWAB



Oleh: Mail Mathew



TENOM: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyambut baik cadangan Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Said Keruak untuk memberi lebih banyak kuasa kepada jabatan pelajaran Sabah (JPS) bagi mengurangkan birokrasi dalam usaha menambahbaik sistem pelaksanaan.

Presidennya Hussin Basir berkata demikian disini pada Rabu ketika mengulas perkara tersebut sepertimana dilaporkan baru baru ini, dimana sekiranya cadangan tersebut dipersetujui oleh pihak tertentu beliau yakin JPS mampu melaksanakan tanggung jawab itu dengan berkesan.

“ Kita setuju dengan pendapat Pengarah JPS Jame Alip bahawa sistem akan menjadi cepat, tepat dan selamat tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian.

“ Berhubung cadangan penambahan kakitangan teknikal kita juga amat bersetuju kerana ianya dilakukan semata mata untuk keperluan kerja bagi menyegerakan pelan tindakan pelaksanaan tanpa menunggu masa yang lama,” tegasnya.

Hussin berkata, adalah diharapkan agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak akan melengah lengahkan lagi pelaksanaan cadangan tersebut supaya pelan pembangunan pendidikan bagi tahun 2013- 2025 dapat direalisasikan mengikut perancangannya.

Tegasnya lagi, beliau bersetuju dengan pendapat yang diutarakan Pengarah JPS bahawa kedudukkan Sabah dan Sarawak agak berlainan dengan negeri negeri lain diSemenanjung dimana pendekatan yang berbeza diperlukan apabila menjayakan program program Kementerian.

Dua hari lalu, Pengarah JPS Jaime Alip ketika mengulas kenyataan Datuk Salleh Said Keruak berhubung cadangannya, dipetik sebagai berkata, antara lain memberi alasan bahawa pegawainya mendakwa masalah timbul apabila menghubungi Putrajaya untuk mendapatkan dana bagi program apabila berlaku kesilapan dokumentasi.

Selain itu, dengan lebih banyak kuasa autonomi, JPS dengan secara langsung dapat memantau projek, membayar segera dan dapat mengendalikan kerja kerja pembaikan dengan kontraktor, tegasnya.