Oleh : SHANNON TEOH
TINDAKAN melepaskan tembakan
gas pemedih mata ke arah 25,000 perusuh yang berhimpun menuntut pilihan raya
adil dan bersih semalam adalah pencetus kepada keganasan, kata Bersih.
Kumpulan berkenaan menegaskan
ketika sidang media hari ini perhimpunan tersebut yang pada mulanya aman
bertukar ganas setelah 'gas pemedih mata dilepaskan'.
“Siapa yang lepaskan gas
pemedih mata? Itu adalah punca
berlakunya keganasan,” kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Organisasi gabungan 84 NGO
itu mengakui sebahagian peserta merempuh sekatan halangan polis di sekitar
Dataran Merdeka, yang mana melanggar ntah mahkamah, sebelum polis bertindak,
turut menegaskan perusuh diarahkan tidak memasuki kawasan dataran tanpa
kebenaran polis.
Ambiga berkata,
“sekurang-kurangnya satu atau dua tembakan cukup” untuk menyuraikan perusuh,
namun polis “terus melepaskan gas pemedih mana”.
“Ini menunjukkan polis
diberi arahan untuk menghukum. Siapa beri polis arahan?” soal bekas Pengerusi
Majlis Peguam ini lagi.
Ahli Jawatankuasa Pemandu
Bersih, Hishamuddin Rais, menambah, “rantaian keganasan” hanya berlaku apabila
“gas pemedih mata dilepaskan kepada mereka yang mahukan demonstrasi duduk
bantah yang aman”.
Pertubuhan itu mendesak
inkuiri penuh oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap perhimpunan
itu, malah kepada individu yang melepasi halangan sekatan.
Lebih 25,000 perusuh
disuraikan anggota polis menggunakan meriam air selepas beberapa perusuh mula
menceroboh kawasan Dataran Merdeka dan menyelamatkan diri ke bangunan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sebahagiaan 15,000 tersepit
antara polis dan DBKL memecahkan halangan dan bergerak ke Dataran Merdeka,
menyebabkan polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.
Timbalan Presiden PKR, Azmin
Ali, telah cuba berunding dengan polis, yang menggesa Ahli Parlimen Gombak itu
menenangkan perusuh. Namun, mereka berdegil menceroboh kawasan dataran walaupun
telah dinasihatkan tidak berbuat demikian.
Polis melepaskan gas pemedih
mata di kawasan sekitar DBKL, berhadapan Jalan Parlimen, dan bergerak ke arah
perusuh yang cuba mencari perlindungan dan dihalau ke Jalan Tun Perak dan Jalan
Raja Laut.
Berang dengan tindakan itu,
perusuh kemudiannya menyerang kereta pihak polis yang kemudiannya melanggar
sekurang-kurangnya dua perusuh ketika cuba melepaskan diri.
Walaupun majoriti perusuh
bersurai, sekunpulan 1,000 perusuh kemudiannya mencabar polis berhampiran
Masjid Jamek.
Seorang anggota polis
dilihat mengheret seorang lelaki yang mana mengakibatkan perusuh menyerangnya
dengan membalin botol air dan kepingan konkrit.
Konvoi polis bersama Datuk
Bandar KL Tan Sri Ahmad Fuad Ismail terpaksa melakukan pusingan U di Masjid
Jamek apabila kumpulan perusuh membaling kasut dan kepingan konkrit ke arah
mereka yang menyebabkan cermin dua kereta itu pecah.
Bersih turut berkata, 460
perusuh ditahan polis, kurang satu per tiga daripada perhimpunan 9 Julai tahun
lalu.
Antara yang terakhir
dibebaskan menurut ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah, adalah Naib Presiden
PKR, Chua Tian Chang, yang dibebaskan jam 5 pagi 29 April.
The DBKL did request Bersih not to hold the rally in Dataran Merdeka, they have gladly provided Stadium Merdeka as their gathering location but Ambiga refused.
ReplyDeleteWe also have our own Bersih Rally in KK, but such a thing did not happen here? Why is that?
ReplyDeleteSebab di KK, mereka lebih berhemah dan boleh bertolak ansur antara satu sama lain.
DeleteBaguslah, saling tuduh-menuduh. Jika dari awal perhimpunan ini tidak diadakan, masalah ini tidak akan timbul.
ReplyDeletepeserta bersih yang buat kecoh, rosakkan harta benda. jgnlah nak salahkan polis pla.
ReplyDeletePolis menjalankan tugas untuk mengawal keadaan di sana
DeleteJadi siapakah yang merempuh benteng polis dalam perhimpunan tersebut.
ReplyDeleteAdakah tugas polis menganas atau merusuh? Tugas polis untuk menjaga keselamatan negara dan rakyat. Tapi sekiranya peserta Bersih mulakan keganasan dan mencabar polis tak kan polis hanya tengok saja.
ReplyDeletetindakan mengadakan perhimpunan besar seperti ini juga boleh dikatakan sebagai provokasi.. belum masuk lagi tindakan merempuh sekatan polis, menyerang polis dan sebagainya.. Ambiga sendiri mengakui gagal mengawal peserta2 perhimpunan..
Deletepandai2 saja Bersih salahkan polis kononnya cetuskan keganasan.. terfikir ka mereka bahawa jika tidak ada perhimpunan, maka tidak ada la keganasan?? kenapa tidak salahkan Ambiga??
ReplyDeleteapa tujuan penganjur2 Bersih menjemput wartawan luar negara kalau bukan untuk membuat laporan berkenaan dengan keganasan yang dilakukan kerajaan terhadap peserta?? semua ini telah dirancang oleh Ambiga dan pemimpin2 pakatan..
ReplyDelete