Tuesday, 1 May 2012

GAJI MINIMUM RM800 DI SABAH, SARAWAK & LABUAN


 

KADAR gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.

"Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan," katanya semasa berucap pada majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta di sini Isnin.

Pengumuman itu juga sempena sambutan Hari Pekerja yang akan disambut Selasa dan sebagai hadiah istimewa daripada kerajaan persekutuan kepada seluruh warga pekerja.

Najib berkata kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Bagaimanapun, katanya untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

Perdana Menteri berkata pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.

"Pemberian tempoh masa yang mencukupi ini adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.

"Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan," katanya.

Jelas Najib lagi kerajaan menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan para pekerja supaya gaji minimum ditetapkan pada RM1,200 hingga RM1,500.

Namun untuk permulaan, katanya sebagaimana syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

"Sekiranya gaji minimum ditetapkan melebihi tahap RM900 (yakni gaji pokok) kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing," katanya.

"Jika perkara itu berlaku, industri tidak boleh beroperasi sewajarnya dan dikhuatiri ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan. Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku, kerana ini akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan nasional," katanya.

Najib berkata kerajaan juga sedar, bahawa menetapkan kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mendedahkan kepada tohmahan bahawa Kerajaan Persekutuan menganaktirikan pekerja di negeri dan wilayah tersebut.

"Perbezaan gaji antara dua wilayah ini terpaksa dilakukan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara," katanya.

Namun begitu, beliau berkata untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri tersebut dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum di Semenanjung Malaysia.

Kadar gaji minimum yang ditetapkan tersebut tidak akan kekal statik, ia akan dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan kemampuan, produktiviti dan daya saing negara, jelas beliau.

Pada pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan MPGN sebagai platform utama dalam penetapan upah, termasuk menentukan kadar dan mekanisme pelaksanaan gaji minimum di negara ini.

Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia bersama rakan tripartite telah merangka dan menggubal perundangan yang berkaitan.

Hasilnya, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada sesi Jun/Julai 2011, kemudian akta diwartakan pada 15 Sept dan seterusnya, MPGN telah ditubuhkan pada 28 September 2011. (Bernama)

29 comments:

  1. Hopefully the minimum wage policy will be enforced 6 months from now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini juga akan membawa impak yang negatif terutama perkembangan harga barangan.

      Delete
  2. The people have been urging the government to establish the minimum wage policy, I'm glad to see that the government has finally agree to it.

    ReplyDelete
  3. Semoga akan berlaku transformasi positif melalui gaji minimum ini.

    ReplyDelete
  4. Majikan yang berpendapatan kecil perlu dipertimbangkan untuk pengecualian bagi mengikuti skim gaji ini. Jika diwajibkan, berkemungkinan hanya akan galakkan pengambilan pekerja asing.

    ReplyDelete
  5. bgslah gaji minimum dah dilaksanakan. tapi lebih baik jika kadar gaji minimum di selaraskan diseluruh negara.

    ReplyDelete
  6. Adakah ini termasuk juga partimer?

    ReplyDelete
  7. Pengumuman telah dibuat, harus juga mendengar "feedback" golongan awam untuk mengkaji kelemahan yang ada.

    ReplyDelete
  8. Its proven the government are caring and helping the low income people.

    ReplyDelete
  9. A great start for transformation.

    ReplyDelete
  10. ia akan menjadi satu perkara yang amat baik jika kerajaan persekutuan dapat meluluskan gaji minimum ini

    ReplyDelete
  11. harap ada perkembangan dijangka lewat tahun ini..

    ReplyDelete
  12. Ini sudah tentunya boleh membantu meningkatkan taraf perkhidmatan dan motivasi para pekerja awam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekerja mungkin lebih bersemangat selepas gaji minimum ini dilaksanakan.

      Delete
  13. harap gaji minimum ini tidak akan kekal statik, semoga ia terus meningkat dalam tahap tertentu..

    ReplyDelete
  14. Let’s see how smooth it will go in the next 6 months.

    ReplyDelete
  15. belum tahu lagi apa impak terhadap rakyat and majikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu dan lihat saja..tapi setakat ini sambutan adalah baik.

      Delete
  16. Lets see how the employer workout about the minimum rate.

    ReplyDelete
  17. Terbukti kerajaan berhasrat untuk membaiki taraf kehidupan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap kerajaan akan terus berusaha untuk membantu rakyat.

      Delete
  18. How more info and guideline about such implementation.

    ReplyDelete
  19. Ada kebaikan dan ada juga keburukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap pekara ada kelebihan dan kekurangan, yang penting penambahbaikan perlu ada.

      Delete
  20. Nampaknya banyak yang tidak begitu bersetuju dengan gaji minimu tersebut. Ini kerana perlu juga ikut kelulusan yang ada pada seseorang itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 juga ada yang positif la mengenai gaji minumum

      Delete
  21. Sekuranyg-kurangnya Sabah mempunyai tahap minimum gaji jadi tidak la sembarang dikasi gaji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah dikatakan satu perkembangan yang baik dan satu permulaan yang baik..

      Delete
  22. sepanjang pelaksanaan skim gaji minimum ini, kerajaan perlulah mengkaji kesan2nya terutamanya berkenaan dengan harga barang dan juga pengangguran.. jangan biarkan perkara ini berlaku..

    ReplyDelete