TIMBALAN presiden PKR Azmin
Ali menafikan dakwaan melalui penyiaran gambar lucah blog Pro-Umno didakwa
menunjukkan perbuatan seks beliau dengan seorang wanita
"Saya mengecam
sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk
mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang
dikuasai Umno yang memetik sumber blog Pro-Umno," katanya.
Jelasnya, modus operandi
tersebut sama dengan tindakan trio Datuk T mendedahkan rakaman video yang
didakwa menunjukkan individu mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
tahun lalu.
Tambahnya, dakwaan ke
atasnya itu ditimbulkan beberapa orang bekas sekutu politiknya yang mempertikai
kesahihan hubungan darah daging beliau sebagai bapa anak-anaknya.
Beliau juga membuat ujian
DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998 ke atas isteri dan anak beliau untuk
menafikan dakwaan tersebut.
"Namun Umno masih
mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah
jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan
pembohongan semata-mata," katanya.
Beliau juga percaya fitnah
melalui gambar lucah itu ditimbulkan kali untuk untuk mengalihkan perhatian
rakyat daripada isu penipuan pilihan raya dan dan penyelewengan dana awam yang
dibawa melalui perhimpunan BERSIH 3.0.
Gambar lucah itu antaranya
disiarkan blog penyokong Umno seperti papagomo.com.
Asyik2 isu seks. Ahli politik di negara ni rendah sangatkah moral mereka?
ReplyDeleteKalau mahu jatuhkan saingan masing2, guna la cara yang lebih profesional.
ReplyDeleteTindakan ni lebih kepada serangan peribadi.
DeleteOpposition also used the same strategy against BN members.
Deleteisu seks lagi. tapi orang PR ni mmg byk skandalah.
ReplyDeleteAdik Azmin, Ummi Hafilda dan juga ibunya sendiri tidak menyebelahi Azmin.
ReplyDeleteHow would we know whether its true or not? Azmin Ali should step out and explain this.
ReplyDeleteIf he brave enough to do that..
DeleteSebijik macam Azmin ini. Apa pun kita tunggu saja selepas ini siasatan mengenai perkara ini.
ReplyDeletePKR sendiri yang sabotaj Azmin, masalah dalaman PKR yang semakin sengit untuk menarik perhatian Anwar kepada ahli2 lain.
ReplyDeletejangan la alihkan perhatian konon isu itu timbul kesan dari perhimpunan Bersih.. untuk apa umno mahu alihkan perhatian terhadap sesuatu isu yang telahpun berlaku??
ReplyDeletejika semua ini hanya fitnah semata2, baik Azmin ambil tindakan undang2 terhadap pihak yang memulakan fitnah ini.. jangan hanya sekadar nafi tapi tidak berani ambil tindakan undang2..
ReplyDelete