MANTAN Ketua Polis Negara,
Tun Hanif Omar berkata golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi
pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Sabtu lepas di Kuala Lumpur yang
kemudiannya bertukar menjadi ganas.
"Saya dapat mengecam
(mereka) daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan (yang diambil daripada
perhimpunan itu), merupakan golongan pro-komunis yang terbabit dalam
demonstrasi pada tahun 1970-an," katanya di Shah Alam.
"Taktik menggunakan
golongan penimbul kemarahan untuk mendorong penunjuk perasaan bertembung dengan
polis dan membawa bersama kanak-kanak dengan harapan mereka mungkin mendapat
kecederaan merupakan taktik yang dipelajari daripada demonstrasi pro-komunis
yang lepas," kata Hanif.
Hanif membuat penjelasan
mengenai satu laporan Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa
perhimpunan Sabtu lepas mungkin didalangi pelbagai pihak termasuk beberapa
individu yang cuba menyebarkan ideologi komunis. (Bernama)
Betulkah dakwaan mantan KPN ini? Tajam sungguh penglihatan beliau.
ReplyDeleteTidak mustahil jika ada golongan pro-komunis yang terlibat. Tengoklah kesudahan perhimpunan Bersih 3.0 baru2 ini.
ReplyDeleteRusuhan, mungkin ada pihak2 yang mengunakan agenda bersih untuk buat rusuhan.
Deletejgn gugat lagi keamanan negara kita.
ReplyDeleteTidak mustahil 'style' zaman dulu akan kembali hot pada zaman sekarang. macam juga style2 pakaian,rambut dsbgnya:)
ReplyDeleteMungkin juga, tapi biarlah style yang positif
DeleteKalau dilaksanakan ikut undang2 dan tidak langgar syarat, mungkin perhimpunan Bersih ni berjalan dengan baik. Tapi oleh sebab ada manipulasi pihak2 tertentu untuk kepentingan politik maka berlakunya kekecohan dan keganasan. Provokasi pun menjadi2.
ReplyDeletepenganjur2 Bersih dan pemimpin2 pembangkang sudah menjangkakan semua ini akan berlaku.. secara rasionalnya, mereka tentunya tidak mampu mengawal perhimpunan yang disertai ratusan ribu rakyat.. dalam lautan manusia ini, seorang buat provokasi, yang lain juga akan ikut..
DeleteInilah yang kita tidak mahu perkara yang buruk berlaku.
ReplyDeletepatut la perhimpunan ganas semacam.. rupanya penganjur Bersih guna khidmat komunis untuk buat huru hara..
ReplyDelete