Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
KETUA Polis Negara Tan Sri
Ismail Omar hari ini menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan
rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu bukan
sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP).
Beliau berkata demkian
ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein
semalam yang menyatakan sebaliknya.
"Saya tak tahu. Saya
nak terangkan, kita tidak ada SOP sedemikian. Kita bertindak berdasarkan
undang-undang dan saya ingin katakan bahawa polis bertindak secara profesional
dalam tangani masalah yang berlaku.
"Saya ingat saya kata
beginilah. Kita tidak ada arahan khusus atau khas tentang rampas kamera. Kalau
kamera itu ada senjata, lainlah," katanya pada sidang media petang tadi.
Ditanya siapakah yang
memberikan arahan untuk mengambil barangan milik wartawan seperti kamera dan
kad memori, Ismail sekadar berkata, pihak polis hanya mengikut undang-undang.
Ismail juga berkata,
wartawan perlu dilindungi dalam perhimpunan seperti itu dan pihaknya turut
mengambil berat tentang aduan yang telah diberi oleh orang awam, wartawan malah
anggota polisnya sendiri.
Katanya, polis bersikap
terbuka untuk menyiasat segala tohmahan yang diberikan dan menggesa supaya
pihak yang didakwa dikasari, membuat aduan.
"Tiada siapa yang beri
arahan. Seperti yang saya kata, semua ikut kuasa undang-undang. Kejadian telah
berlaku dan kita akan siasat secara terbuka untuk jaga kepentingan semua orang.
"Kita akan siasat semua
laporan polis yang dibuat. Kita akan siasat dengan adil. Keadilan untuk semua.
Malah ada juga pegawai polis yang dikasari. Ada yang patah gigi, hidung, lengan
retak dan kenderaan pasukan telah dimusnahkan. Kita akan siasat," katanya
lagi.
Beliau turut ditanya
mengenai arahan kepada anggota polis untuk membuat tangkapan di luar kawasan
Dataran Merdeka memandangkan pasukan itu hanya diperintahkan untuk berkawal
agar peserta tidak memasuki kawasan tersebut.
Ismail menjelaskan,
anggotanya bertindak secara proaktif bagi mencegah sebarang kemungkinan yang
tidak diingini berlaku.
"Kita bertindak secara
proaktif. Takkan nak tunggu rumah terbakar baru nak padam api. Ini adalah
tindakan untuk mencegah," katanya lagi.
Hopefully this case will be investigate fairly so that the truth will be known.
ReplyDeleteToo bad Ambiga cannot ensure that the rally will be peaceful as claimed.
ReplyDeleteKenyataan KPN ni pun macam tidak jelas. Apa sebab kamera, memory card etc dirampas jika ia bukan senjata?
ReplyDeleteKenyataan KPN ni pun macam tidak jelas. Apa sebab kamera, memory card etc dirampas jika ia bukan senjata?
ReplyDeleteAmalkan motto bersih cekap amanah selalu.
ReplyDeletedakwaan ini harus disisast, jika benar, ambil tindakan terhadap anggota yang berbuat demikian.
ReplyDeleteApa pun yang penting sekali pihak polis dapat melakukan tugas mereka dengan baik.
ReplyDeletePolis telah melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin.
DeleteKawasan itu adalah kawasan larangan. Jadi, tiada siapa dibenarkan berada di kawasan tersebut termasuk la wartawan
ReplyDeletepolis juga yang jadi mangsa.. sudah terpaksa melipat gandakan usaha untuk mengawal perhimpunan, terpaksa pula bertarung dengan samseng2 Bersih, dan bila ada apa2 berlaku, polis pula yang dipersalahkan sedangkan mereka tidak terlibatpun dengan provokasi Bersih..
ReplyDeletesepatutnya Ambiga dan Anwar yang bertanggungjawab jika berlaku apa2 terhadap wartawan, peserta2 Bersih, orang awam, harta benda awam dan para peniaga.. sebaliknya, mereka pula yang lebih dulu lepas tangan.. nafi, nafi, nafi dan salahkan pihak lain..
ReplyDelete