Oleh : ROZIE JUMAT
DEWAN Perniagaan dan
Perindustrian Lotud Sabah (DPPLS) bakal memiliki bangunan sendiri yang terletak
di Berunggis Commercial Centre, Tuaran dijangka siap pada penghujung tahun ini
setelah kerja-kerja pembinaan sedang giat dilaksanakan pada ketika ini
Yang Dipertua DPPLS, Pediman
Jabau berkata, pembinaan bangunan itu adalah sebagai mercu tanda kesungguhan
masyarakat suku kaum Suang Lotud dalam memertabatkan suku itu, khususnya dalam
mempertingkatkan taraf hidup dan penglibatan mereka dalam bidang ekonomi.
Pediman berkata demikian ketika
mempengerusikan mesyuarat DPPLS di sini bersama Ahli Majlis Tertinggi (AMT)
nya.
Menurut Pediman, bangunan
itu akan dikenali sebagai Wisma Suang Lotud yang bernilai hampir RM1juta dan
mempunyai 3 tingkat.
“Ini adalah bukti kesungguhan
kami untuk meningkatkan taraf hidup suku kaum Lotud dan kami menggalakkan
penyertaan dari semua untuk menyokong usaha ini dimana kami menawarkan saham
serendah RM500 satu lot,” kata Pediman.
Katanya, pembinaan bangunan
Wisma Suang Lotud itu adalah usaha awal dari DPPLS.
“Kami mempunyai banyak
perancangan yang menjurus kepada peningkatan ekonomi dan sesungguhnya sokongan
dari Suang Lotud amat dialu-alukan untuk sama-sama mencipta kejayaan dan
merealisasikan cita-cita bangsa,” kata Pediman.
Tambahnya, dengan adanya
perpaduan di kalangan masyarakat suku kaum Suang Lotud hasrat untuk memiliki
bangunan sendiri dapat dijayakan.
“DPPLS juga meminta
pemimpin-pemimpin kita untuk memberi sokongan kepada usaha DPPLS memiliki
bangunan sendiri apatah lagi dewan perniagaan ini baru bermula,” kata Pediman.
Katanya untuk keterangan
lanjut mengenai pembelian saham DPPLS mereka yang berminat boleh menghubungi
beliau melalui talian 012-8333007 atau Bendahari Agung, Rubiah Florence Ayid
melalui talian 012 834 6777 atau email ddplssuanglotud@gmail.com
Pediman turut mengumumkan
susunan ahli jawatan kuasa DPPLS seperti berikut : Yang Dipertua (Pediman
Jabau); Timbalan Yang Dipertua (Mohd Fairuz Bandar); Setiausaha (Lawrence Libur
Imui); Penolong Setiausaha (Sophian Stephen); Bendahari (Rubiah Florence Ayid);
sementara AJK ialah Andrew Gideon, Josie Aloysius, Moreen Gadur, William Edau,
Ayong Jamal, Pinus Ungai dan Juru odit ialah Dr.Azalina Ekat dan Azlina
Rothman.
Semoga bangunan bara DPPLS akan berjaya disiapkan pada hujung tahun seperti dirancang.
ReplyDeletesemoga semuanya berjalan lancar dan mengikut prancangan.
DeleteDiharapkan dengan adanya bangunan ini, taraf hidup dan penglibatan suku kaum Suang Lotud akan berjaya ditingkatkan.
ReplyDeletedan moga suku kaum Lotud dapat terus berkembang.
Deletebagunan ini akan menjadi mercu tanda usaha gigih mereka selama ini.
DeleteGood luck to the Lotud community for using this building to improve their quality of life.
ReplyDeleteGood luck and all the best to the Lotud.
DeleteHope that they will work hand in hand to bring the community towards development.
ReplyDeleteya..semoga persatuan ini akan terus maju kehadapan.
DeleteSemoga kaum Lotud akan maju dengan adanya persatuan seperti ini.
ReplyDeleteGunakan kemudahan yang bakal ada ini dengan baik.
ReplyDeleteya..kemudahan harus dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Deleteteruskan berusaha pasti akan jadi lebih berjaya lagi.
ReplyDeleteBaguslah kalau ada bangunan sendiri selepas ini.
ReplyDeleteSokongan dan sumbangan wang riggit daripada YB pasti dapat membantu menjayakan bangunan tu.
ReplyDeletesaya harap usaha murni ini benar2 dapat memartabatkan suku kaum Suang Lotud.. suku Suang Lotud sepatutnya berbangga dengan usaha ini dan sama memastikan matlamat DPPLS tercapai..
ReplyDelete