Tuesday 26 June 2012

DURIAN RUNTUH FELDA DIBIAYAI DANA DALAMAN




KUALA LUMPUR : Pembayaran 'durian runtuh' sebanyak RM15,000 kepada warga Felda dibiayai menggunakan dana dalaman dan wang imbuhan yang akan diterima melalui penjualan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pembayaran durian runtuh fasa pertama sebanyak RM5,000 yang dibiayai Felda menggunakan dana dalaman, telah selesai pada Mei lepas.

"Manakala baki pembayaran fasa seterusnya akan menggunakan wang imbuhan yang akan diterima daripada penjualan saham FGVH dan dijangka mula dibayar pada Julai 2012," katanya dalam jawapan bertulis kepada Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) yang diedarkan kepada media di Dewan Rakyat, di sini, Selasa.

Mohd Nasir bertanya daripada sumber mana kerajaan membayar 'durian runtuh' sebanyak RM15,000 kepada warga peneroka Felda sedangkan penyenaraian FGVH belum dilaksanakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei lepas mengumumkan durian runtuh kepada peneroka berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. (Bernama)

11 comments:

  1. Terjawab sudah dari mana sumber wang tersebut. Tapi apa kaitan dengan gambar di atas??

    ReplyDelete
  2. Hopefully the Felda Settlers will get their payouts as promised.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Peneroka ni wajar menerima bayaran dari masa ke semasa apabila FGVH sudah disenaraikan dalam bursa Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap lebih bnyk durian runtuh akan diterima.

      Delete
    2. mudah-mudahan. jangan pula makin banyak isu negatif yang timbul sebab rasa ketidakadilan dan ditindas oleh FELDA.

      Delete
  4. Baguslah..Berikan penjelasan kepada pihak PR untuk memastikan mereka lebih faham dan tidak mereka cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjelasan penting untuk membahas tuduhan PR

      Delete
  5. Teruskan membantu rakyat. Kerajaan mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan perlu terus membantu rakyat secara berperingkat

      Delete
  6. i was totally distracted by other 'phenomenol view' rather then reading what the topic says..actually apa kaitan dgn gambr di atas ye? To attract more ppl to read this?

    ReplyDelete
  7. kenapa pembangkang suka sangat mempertikaikan dana yang sampai kepada rakyat?? mereka tidak suka ka rakyat menerima sumbangan itu??

    ReplyDelete