Oleh: JACKSON LU
KEMABONG: Pengerusi AMANAH
Sabah (NGO), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing melancarkan
Persatuan Anak-Anak PAKAT (Pangulobon, Abingkoi, Kolorok, Ahuron Tenom) iaitu sebuah
persatuan yang menghimpunkan pewaris tanah adat (NCR) di Kg Abingkoi dalam
Mukim Rundum baru-baru ini dengan jayanya.
Majlis yang berlangsung dalam
dua acara (dua dalam satu-acara Pelancaran Persatuan PAKAT dan Pesta Kaamatan)
pada Ahad berlangsung dengan penuh tradisi mengikut adat dan kebudayaan
masyarakat Murut yang diketuai Presiden PAKAT, Rainus Sagulau.
Turut hadir di majlis itu,
Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan semasa era kerajaan PBS Datuk Kadoh Agundong; bekas Adun Kemabong yang
juga merupakan Ketua Penyelaras AMANAH Tenom Datuk Laimun Laikim; Ketua
Penyelaras AMANAH Keningau Paul Kadau dan Penyelaras AMANAH Kemabong Biyou Suyan.
Pesta Kaamatan peringkat Kg
Abingkoi dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi manakala
Wilfred yang juga merupakan Timbalan Presiden AMANAH Kebangsaan dan Ahli
Parlimen Tuaran melancarkan Persatuan Anak-Anak PAKAT sebaik sahaja perasmian
Pesta Kaamatan telah selesai.
Wilfred melahirkan rasa
syukur dan sukacitanya di atas inisiatif penduduk perkampungan yang berada di kawasan
NCR yang penuh dengan kontroversi sebelum ini berhubung kedudukan tanah tumpah
darah mereka yang mendapat tentangan kerajaan berdasarkan Ordinan Tanah Sabah
(SLO).
Tegasnya, hak mereka untuk
menubuhkan satu persatuan yang bakal dijadikan landasan untuk menghimpun
pendapat termasuk hak untuk bersuara dalam satu nada yang kemudiannya
mengemukakan tuntutan hak asasi mereka kepada kerajaan mengikut saluran yang
betul adalah jalan yang sebaik-baiknya.
Tambahnya, peranan AMANAH
sebuah NGO yang tidak sahaja berperanan menyokong dasar-dasar kerajaan tetapi
juga bangkit untuk membela rakyat yang berada di tengah-tengah kepelbagaian
kaum dan keturunan untuk di negara ini supaya segala rintihan kerana ketidak
adilan untuk mereka dapat dilihat atau didengari kerajaan supaya rakyat jelata
mendapat hak kesamarataan di negara ini.
“Kekadang, suara lantang
kita bagaikan pembangkang, namun niat dan tujuan kita adalah membawa rakyat
yang merasakan diri mereka tersisih supaya didengari kerajaan. Kita tidak
mengira arah dan paksi perjuangan kita dalam AMANAH; sama ada ia di kelompok
pembangkang mahupun kerajaan, namun apa yang penting matlamat perjuangan kita
untuk mendekatkan rakyat kepada kerajaan,” tegas beliau.
moga PAKAT dalam memperjuangkan hak2 NCR penduduk.
ReplyDeleteMudah2an semua rancangan dilaksanakan dengan baik
DeleteDengan adanya persatuan ni dan sokongan kuat pemimpin pasti masalah mengenai tanah NCR akan dapat diselesaikan dengan segera.
ReplyDeleteHope that the Persatuan Anak-Anak PAKAT can help bring the NCR land owners together and protect their mutual rights.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
All the best to Amanah and PAKAT for fighting for the native land rights.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Semoga alternatif ini mampu bawa perubahan. Setuju dengan kenyataan Wilfred bahawa bersuaar lantang tidak semestinya pembangkang. Mana yang salah memang perlu dibetulkan.
ReplyDeletehak NCR harus dipertahankan..
ReplyDeleteSegala perjuangan pemimpin2 Sabah adalah untuk rakyat Sabah.
ReplyDeleteSemoga isu masalah tanah adat ini akan dapat ditangani.
ReplyDeletesyabas kepada AMANAH dan juga PAKAT..
ReplyDelete