BERLUBANG….Taufick
dan rombongannya memeriksa kerosakan Jalan Kg Tunon Lubak yang sekian lama
dibiarkan begitu saja tanpa diambil
peduli oleh ADUN Klias.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
"MANA sudah perginya
janji-janji Wakil Rakyat Klias dan Ahli Parlimen Beaufort untuk memberikan
pelbagai kemudahan kepada penduduk Kampung Tunon Lubak kerana sehingga ke hari ini
habukpun tiada?
"Memang benar para
pemimpin UMNO/BN hanya pandai bercakap tetapi tidak serupa bikin. Ini
jelas kelihatan kerana kerosakan jalan
masuk menuju ke kampung Tunon Lubak dalam kawasan DUN Klias dan Parlimen
Beaufort sudah hampir tiga tahun tidak pernah dibaiki atau dinaik taraf
sedangkan kerajaan BN memperoleh peruntukan berjuta-juta ringgit untuk menyelenggara
dan menaik taraf jalan-jalan kampung yang bermasalah."
Timbalan Ketua Cabang Parti
KeADILan Rakyat (PKR) Beaufort, Taufick Ruschi, berkata demikian kepada
Sabahkini. Net sejurus selepas lawatannya ke kampung Tunon Lubak, kelmarin.
Menurut Taufick, beliau
menerima banyak aduan daripada para penduduk kampung mengenai kerosakan jalan
tersebut yang sekian lama tidak diambil perhatian oleh kerajaan.
“Sebagai pembangkang kita
tidak mampu untuk membantu kepada rakyat kerana PKR belum lagi menjadi kerajaan,
tetapi kita juga mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mengetahui sedikit
sebanyak mengenai masalah rakyat,” tambahnya.
Taufick menambah, penduduk
kampung telah mengadu kepada Pejabat Wakil Rakyat khususnya Pejabat Unit Pemimpin
Kemajuan Rakyat (PKR) Klias, tetapi sehingga ke hari ini langsung tiada
sebarang tindakan walaupun pelbagai janji telah dilafazkan.
Pemimpin BN 'Tahi kucing
berjiwa rakyat' jelas Taufick, hanya tahu masuk kampung keluar kampung bercakap
bertubi-tubi sambil mendakwa hanya UMNO dan BN mampu membawa kemajuan dan menaiktaraf
segala kemudahan asas di setiap kampung; tetapi kerosakan jalan di Kampung
Tunon Lubak dibiarkan begitu sahaja,
"Ini kali lah UMNO/BN
akan menerima hukuman daripada rakyat pada PRU 13 nanti kerana rakyat sudah
jelak dengan sikap angkuh dan sombongan pada pemimpin UMNO/BN termasuk para
pegawai kerajaan.
"Bila mereka nampak
penyokong pembangkang yang berurusan untuk melaporkan sesuatu masalah yang
berlaku, mereka pura-pura keluar dengan alasan ada urusan lain di luar. Inilah
kejahilan dan kebiadapan para pegawai dan kakitangan kerajaan melayan para
penyokong pembangkang. Tidak apa, kita hukum mereka pada PRU 13 nanti,” jelas Taufick.
No comments:
Post a Comment