MUSNAH....Kedai
di tingkat atas bangunan berkenaan musnah dalam kebakaran itu.
Oleh : REZAN JAPSAN
LAHAD DATU: Tiga kedai dua
tingkat di Jalan Kastam Lama musnah dalam satu kebakaran pada malam Khamis
lepas. Kebakaran membabitkan kedai peralatan elektrik dua tingkat, kedai ubat
tradisional Cina dan Pusat Tuisyen, yang semuanya dalam satu bangunan.
Ketua Balai Bomba dan
Penyelamat Daerah Lahad Datu, Apandi Mahmood, ketika mengesahkan kejadian
berkenaan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu
jam 10.59 malam dan tiba di tempat kejadian jam 11.02 malam.
Beliau yang mengetuai
operasi itu berkata, api berjaya dikawal dari merebak ke kawasan berhampiran
dalam masa 18 minit. Dalam operasi itu, pihaknya mengalami sedikit kesukaran
ekoran tekanan air rendah.
“Ekoran itu, kami mengambil
inisiatif menggunakan air laut untuk melakukan kerja-kerja memadam sebelum api
dapat dikawal sepenuhnya pada jam 7.06 pagi,” katanya.
Dalam pada itu, Apandi
mengucapkan terima kasih kepada pihak polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM),
Rela dan orang awam yang membantu pihaknya dalam operasi berkenaan. Jumlah
kerugian dan punca sebenar kebakaran masih disiasat. (UB)
dalam kebakaran ini ada kemalangan jiwa ke? punca kejadian harus disiasat.
ReplyDeleteMujur tidak memusnahkan kesemua deretan kedai tu.
ReplyDeleteMungkin berlaku litar pintas atau apa2 masalah elektrik yang lain.
ReplyDeleteKena kerap periksa keadaan sambungan wayar kerana kebakaran selalu terjadi akibat litar pintas.
Deletewayar pintas adalah faktor yang biasa kita dengar, jadi perlu berhati-hati
DeleteThanks to the Fire Department for taking the initiative to use sea water to extinguish the fire.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Luckily the fire was stopped before it can spread to more shop lots.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Kita harus sentiasa menjaga keselamatan. Mana2 yang boleh jadi punca kebakaran kita harus senntiasa berwaspada.
ReplyDeleteKepantasan pihak bomba dapat mengawal kebakaran ini untuk terus merebak lebih.
ReplyDeleteMalang tidak berbau..Maka sentiasalah peka dengan persekitaran kita.
ReplyDeletesyabas kepada anggota bomba Lahad Datu.. hanya 3 minit saja untuk sampai ke lokasi kebakaran..
ReplyDelete