KUALA LUMPUR : Produser
terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dan suaminya, Jalani Sidek, 48, hari ini
telah bersepakat untuk memfailkan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah
Gombak Timur.
Menerusi laporan akhbar
Harian Metro, Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu
badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama. Malah,
mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.
Keputusan tersebut dibuat
selepas peserta MasterChef Selebriti Malaysia ini kerana tidak sanggup lagi
mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suaminya sebagai lelaki
dayus.
Kontroversi juga tidak
putus-putus melanda rumah tangga mereka hingga hubungan kami suami isteri yang
terjalin tidak lagi seperti dulu.
Raja Azmi berkata, sejak
beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah
pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka
berdua tetapi turut membabitkan keluarga.
Antara kontroversi tersebut
ialah tuduhan bahawa Raja Azmi mempunyai skandal dengan bekas pemain badminton
negara, Roslin Hashim sedangkan menurut produser itu, ia adalah tidak benar
sama sekali.
Sejak kontroversi itu
tersebar terutama di internet, Jalani dilabel sebagai lelaki dayus dan takut
isteri.
"Tuduhan itu sangat
keterlaluan dan saya tak sanggup membiarkan orang terus mencemuh Jalani. Selama
ini ramai saudara-mara dan sahabat karib tahu Roslin sudah macam ahli keluarga
kami," jelas Raja Azmi.
Raja Azmi turut berkata
semua tuduhan itu menimbulkan tekanan yang sangat berat buat dirinya dan
Jalani.
Keadaan bertambah rumit
apabila awal tahun ini, tersebar pula berita bahawa Jalani dikatakan mempunyai
hubungan dengan wanita lain dan berikutan kontroversi itu, ikatan suami isteri
antara mereka mula masuk ke tahap dingin.
"Selepas difikirkan
masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya
daripada terus dicemuh. Jalani suami yang sangat penyayang dan ayah yang baik.
Jadi saya tak rela lagi melihat reputasi Jalani terjejas dengan kemelut
kontroversi yang melanda," tambah penerbit filem ... Dalam Botol itu lagi.
Raja Azmi dan Jalani
bernikah di Taiping, Perak pada 23 Disember 1984. Hasil perkongsian hidup,
mereka dikurniakan tiga anak iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan
Megat Deli, 18.
No comments:
Post a Comment