KEMENTERIAN Luar sedih
dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak sebegai 'Demokrat Palsu', dengan meletakkkannya sebaris dengan
autokrat lain dunia.
Tulisan itu, bertajuk
"A 21st-century checklist of the new autocrats" disiarkan pada 8 Jun
oleh The Globe and Mail.
Ia ditulis oleh ketua biro
Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara
sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia.
Antara mereka, ketua
pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, bekas pimimpin Soviet Mikhail Gorbachev,
bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres
dan Raja Abdullah daripada Jordan.
Dalam artikelnya, Mackinnon
mengelaskan autokrat dalam empat kategori - demokrat palsu, egois gila, populis
ganas dan kapitalis tanpa perasaan.
Najib dimasukkan dalam
kategori pertama bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin
Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, perdana Menteri Ethiopia
eles Zenawi dan Perdana Menteri Kambodia Hun Sen.
Bekas pemimpin yang pernah
dikelaskan dalam kategori itu bekas presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dan
bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.
Mackinnon menulis, pemimpin
ini "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa"
dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan
atas alasan teknikal".
Mungkin itulah pandangan dari sudut kaca mata Mackinnon, bukannya pandang majoriti pemimpin atau rakyat dari luar.
ReplyDeleteyup.. pandangan yang tidak mencerminkan situasi sebenar di negara ini.. mungkin hanya berdasarkan satu sumber iaitu sumber yang pro kepada pembangkang di negara ini..
DeleteDatuk Najib must do his best to change the people's perception that he is a false democrat.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Different people with different perspective.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Kita tidak dapat kawal pandangan orasng terhadap kita.
ReplyDeleteitu pandangan mereka, masing2 ada pandangan.
ReplyDeleteMungkin ini petandanya juga ada perkara yang perlu diperbaiki dari cara pemerintahan Najib.
ReplyDeleteMungkin dengan cara sebegini baru dia rasa dirinya akan terkenal.
ReplyDeleteberusaha naikkan lagi nama Malaysia.
ReplyDeleteBerusaha untuk naikan nama M'sia,diharap M'sia terkenal dengan perkara yang baik2.
DeleteMainkan pembangkang untuk mengaburi mata rakyat
ReplyDelete"mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal"
ReplyDeletetidak ada satu pun yang betul.. pertama, Pakatan berkuasa di empat buah negeri.. kedua, Anwar dan pemimpin2 pembangkang yang lain masih bebas kehulu kehilir menyebarkan agenda politk.. dan ketiga, buktikan mana parti pembangkang yang diharamkan??