Oleh : HAMZAH ABDULLAH
MERUJUK kepada artikel
Sabahkini.net bertajuk, 'Voo Man Chung Peguam Penipu?' yang disiarkan pada 30 Januari
2013, saya telah mengkaji modus operandi yang dilakukan oleh penjenayah ini
yang pernah menjadi tahanan ISA dalam kes senjata api.
Saya agak bimbang kerana Voo
Man Chung seorang yang agresif dan ganas serta mempunyai rekod jenayah masa
lampau dan boleh sahaja melakukan sesuatu di luar jangkaan ke atas mereka yang
telah berurusan dengan beliau, maka saya mendesak polis agar mengutamakan kes
ini yang telah dilaporkan beberapa pihak.
Saya tidak percaya semua Pegawai
Polis Sandakan termasuk Ketua Polis Daerah berada di dalam 'kocek' atau 'kocek'
mereka sentiasa dipenuhi Voo Man Chung; tetapi agak hairan kenapa tiada respon
walaupun laporan polis telah dibuat mangsa berserta bukti.
Agak menghairankan juga kerana selain menyamar sebagai Peguam, Voo Man Chung juga menjual nama Datuk Bakri Zinin untuk menyakinkan pelanggan yang bakal ditipu.
Tugas polis amat mudah
kerana hanya perlu memanggil Voo Man Chung dan anaknya untuk menjalankan
siasatan dan mendakwa mereka jika terdapat alasan kukuh untuk mendakwa beliau
di mahkamah.
Oleh kerana polis gagal
bertindak terhadap Voo Man Chung, maka saya terpaksa menjalankan siasatan
sendiri. Saya dapati Modus Operandi Voo Man Chung serupa juga dengan modus
operandi yang beliau lakukan semasa sindiket menjual senjata api dahulu.
Voo Man Chung memang memiliki
lesen menjual senjata api yang sah tetapi beliau bijak memanipulasi perniagaan
senjata api sehingga mengelirukan pihak keselamatan berkaitan kuantiti peluru
dan senjata api yang dijualnya serta orang yang berhak memiliki senjata api.
Namun akhirnya, apabila kes
ini meletup di seluruh Sabah, modus operandi Voo Man Chung akhirnya terdedah
dan beliau hanya diberi 'cuti rehat' di Kemunting di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA).
Kini Voo Man Chung memerangkap
pelanggan yang berurusan dengan firma guaman Voo & Co. Firma guaman tersebut
memang sah dan memang ada anak beliau yang menjadi peguambela di firma
tersebut.
Tetapi otak penipu Voo Man
Chung berputar ligat dan sangat licik menipu pelanggan yang mahu mendapatkan
khidmat guaman daripada Voo & Co terutama orang Melayu.
Voo Man Chung akan menangani
pelanggan dengan menentukan bayaran guaman sehingga mencecah RM20,000. Selepas
bayaran dibuat, beliau memberi jaminan bahawa
kes yang dia tangani akan menang.
Mungkin timbul persoalan, kenapa
pelanggan yang datang berurusan dengan firma guaman tidak dibenarkan berjumpa dengan
peguam atau pemilik firma tersebut?
Jawapannya mudah sahaja. Voo
Man Chung memang berniat untuk menipu. Jadi apabila tiba hari perbicaraan dan Peguam daripada
Voo & Co tidak hadir; maka apabila pelanggan tidak boleh marah dengan Voo
& Co.
Peguam Voo & Co akan
menjawab begini, "Kamu bukan berurusan dengan saya. Kenapa kamu jumpa Voo
Man Chung dan bukan jumpa saya?"
Akibatnya pelanggan tersebut
terpaksa menelefon Voo Man Chung tetapi Voo akan menjawab panggilan dengan nada
marah-marah dan memaki hamun pelanggan tersebut.
Dengan mudah Voo Man Chung
akan berkata, "Puk*mak kamu. Kamu tidak fahamkan itu Laywer Salim tidak
datang. Saya sudah call Salim tetapi dia kasi off handphone dia."
Begitulah liciknya Voo Man
Chung. Dia akan meletakkan kesalahan itu kepada Salim daripada VM Lai & Co.
Persoalannya, affidavit yang dibuat oleh Voo & Co, untuk didaftarkan di mahkamah,
siapa yang sediakan?
Jawabnya, tentulah affidavit
tersebut dibuat oleh anak Voo Man Chung yang memangnya seorang peguam. Jadi
sebagai kesimpulan anak Voo Man Chung terlibat sama dalam konspirasi menipu
pelanggan Voo & Co. Saya akan membuat banyak lagi pendedahan berkaitan
konspirasi Voo & Co yang melibatkan Voo Man Chung. Modus operandi mereka menipu
Rahima Binti Abdul Rahim sejumlah RM30,000 akan didedahkan beserta dokumen.
Saya mohon pihak polis menjalankan
siasatan rapi dan mendakwa Voo Man Chung berserta isteri dan anak beliau sebelum
insiden Datuk Susilawati Lawiya berulang di Sandakan. Voo Man Chung boleh
didakwa atas kesalahan menyamar sebagai peguam!.
No comments:
Post a Comment