DENGAR......
Wanita Umno menjadi wadah mendengar dan menghayati denyut nadi rakyat. Azizah
dan penduduk Kg Kilugus berinteraksi dengan mesra pada program Jelajah Salam
Sayang di Kg Kilugus Kuala Penyu.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
KUALA PENYU: Kerajaan tidak
pernah pilih kasih dalam memberi bantuan kepada rakyat termasuk mereka yang
menyokong parti pembangkang, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Phwal
Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun.
Beliau berkata, semua rakyat
yang layak berhak menerima bantuan yang disediakan melalui pelbagai program
yang dilaksanakan kerajaan tanpa mengira kaum dan kepercayaan agama serta
pegangan politik.
“Kerajaan yang diterajui
Barisan Nasional bersikap adil menyalurkan bantuan untuk membela rakyat.
Sebagai menteri saya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan supaya menyekat
atau mengeluarkan senarai penerima bantuan kepada mereka yang menyokong parti
pembangkang,” katanya menolak dakwaan pihak tertentu yang mahu memesongkan
pemikiran penduduk khususnya di luar bandar.
“Kita tahu ada penduduk yang
tidak menyokong kerajaan tetapi mereka terus mendapat segala bantuan dan
kemudahan yang disediakan melalui prorgram yang dilaksanakan oleh jabatan dan
agensi kerajaan. Kenyataan atau khabar-khabar angin yang mengatakan bantuan
mereka akan diberhentikan adalah tohmahan semata-mata. Justeru itu saya
berharap rakyat tidak perlu bimbang kerana BN sentiasa bersikap adil kepada
semua rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika berucap pada program Jelajah Salam sayang pergerakan Wanita Umno
Bahagian Beaufort di Rumah kediaman Ketua Pemaju Mukim Kuala Penyu, Said di
Kampung Kilugus di sini, kelmarin.
Pada program yang diahdiri
kira-kira seratus penduduk itu Azizah menyampaikan sumbangan kepada warga emas.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias menyeru penduduk setempat menyedari bahawa
kerajaan BN telah berjaya membawa pembangunan dan kesejahteraan hidup kepada
rakyat negara ini.
“Kerajaan BN dibawah
pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya membina
sebuah kerajaan yang sentiasa memikirkan kebajikan rakyat melalui program
transformasi kerajaan secara menyeluruh.
“Dari masa ke semasa
pelabagai bantuan dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat terus
terbela seperti pemberian bantuan BR1M termasuk mereka yang bujang, Bantuan
Lesen 1 Malaysia untuk belia, Bantuan RM100 1 Murid, rabet RM200 pembelian
telefon pintar kepada belia dan banyak lagi bantuan-bantuan lain. Ini
menunjukan kita mempunyai kerajaan yang baik dan sebagai rakyat kita mesti
bersyukur dan perlu mempertahankan kerajaan agar segala kebaikan yang kita
nikmati ini berterusan,” katanya sambil menambah kerajaan mempunyai perancangan
yang baik untuk pembangunan secara holistik.
“Sokonglah BN. Kerajaan
mempunyai perancangan yang baik untuk membangun negara dan rakyat dan generasi
masa depan,” katanya.
Melalui program itu, Ketua
Wanita Umno Beaufort itu dapat berinteraksi dengan penduduk secara santai
sambil mendengar denyut nadi penduduk peringkat akar umbi.
No comments:
Post a Comment