KOLONI......Manusia seperti Ketua Penerangan UMNO Silam, Sharif Saidi Sharif Alawi yang memudahkan 'Tentera Sulu' menyerap masuk dan bertapak di Sabah sejak sekian lama. Kenapa Nasrun melantik dan mendewakan beliau seolah-olah UMNO Silam khas untuk PILAKS?
Oleh : MUDA MOHD. NOOR
PETALING JAYA: Presiden
Gabungan NGO Sabah, Androd Sadian berkata, rakyat Sabah tidak gembira dengan
pencerobohan `tentera’ Sulu ke atas wilayah negeri itu.
Rakyat Sabah, katanya mahu
pihak berkuasa menyiasat mengapa pengikut Raja Kesultanan Sulu begitu mudah
masuk ke Lahad Datu serta beberapa kawasan lain di sekitarnya.
“Apa yang menyebabkan mereka
berani masuk ke Sabah dengan jumlah yang besar dan dari mana mereka mendapat
senjata api.
“Adakah mereka itu tentera
Sulu atau pihak lain. Rakyat Sabah tidak puas hati dengan situasi ini…mereka
mahukan keselamatan,” katanya.
Menurut Androd, masalah
rakyat Sulu di Sabah rumit kerana jumlah mereka ramai dan berada di negeri itu
sejak berpuluh tahun lalu.
Lebih rumit, tambahnya ramai
sangat pihak yang mengaku Raja Sulu.
Katanya, kerajaan perlu
membuat penapisan untuk memberi taraf warga negara kepada rakyat asing yang ada
di Sabah.
Lahad Datu kini menjadi
tumpuan berikutan `askar-askar’- yang didakwa dari Kesultanan Sulu diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie
Kiram datang ke Sabah dan berkampung di Tawau.
Rundingan pihak berkuasa
Malaysia dengan kumpulan berkenaan supaya mereka pulang ke Mindanao masih
menemui jalan buntu.
Kumpulan berkenaan memasuki
Lahad Datu sejak lebih dua minggu lalu atas alasan Sabah negeri mereka.
Warganegara Malaysia
Sementara itu, Timbalan
Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Sakaran berkata, ramai masyarakat Sulu yang
berada di Tawau serta Lahad Datu merupakan warga negara Malaysia.
Katanya, kebanyakan
masyarakat Sulu itu memang dilahirkan di Sabah termasuk di Tawau ataupun
Semporna dan Lahad Datu.
“Mereka berketurunan Sulu
tetapi sudah menjadi warganegara Malaysia, bagaimanakah hendak membezakannya
dengan rakyat Sulu dari Mindanao?
“Tetapi mereka boleh hidup
dengan baik di kalangan masyarakat tempatan di sini (Semporna dan Tawau).
“Orang ramai dapat mencari
makan macam biasa…orang tidak risau. Mereka tidak bimbang apa-apa.
“Saya yakin ia akan
diselesaikan tidak lama lagi,” katanya yang juga Adun Senallang dalam parlimen
Semporna.
Bagaimanapun, Nasir enggan
mengulas lebih panjang kerana menurutnya tidak mahu bertindih dengan kenyataan
pemimpin atasan lain. (FMT)
No comments:
Post a Comment