Oleh : MTEM
PETRONAS adalah khazanah dan
ikon negara yang menjadi penyumbang besar ekonomi negara. Hasil titik peluh
sekian lama kepimpinan lalu telah menjadikan PETRONAS sebagai salah satu
gergasi ekonomi dunia, tersenarai dalam senarai Fortune 500 dan megah menjadi
duta penjenamaan negara di pentas dunia.
Sepertimana kita ketahui PETRONAS
menyumbang hampir 30% kepada bajet negara dengan sumbangan RM60 billion dalam
tempoh 5 tahun ini dan sejumlah sumbangan langsung bernilai RM650 billion sejak
penubuhannya.
Dalam konteks usahawan dan
SME Melayu dan tempatan; PETRONAS selama ini tidak kurang memainkan peranan
penting dalam melalui program VDP, pembangunan kapasiti, pelaburan dan
projek-projek ekonomi kepada syarikat tempatan dan melayu.
Sehubungan itu MTEM melihat
PETRONAS sebagai pelindung dan benteng ekonomi dan sebarang perkembangan yang
negatif harus dipantau dan diperbetulkan sebelum ia rosak dan perubahan harus
berlaku sebelum PRU 13 ini bagi memberi keyakinan pada rakyat bahawa amanah
rakyat ini tidak dikhianati.
PERUBAHAN DALAM PETRONAS
Komuniti perniagaan Melayu
MTEM telah melihat perkembangan yang negatif sejak perubahan kepimpinan dalam
PETRONAS seterusnya memberi implikasi kepada prestasinya sacara langsung dan
tidak langsung.
Ini turut sama merencat
perkembangan Usahawan dan SME Melayu dan tempatan yang selama ini telah dibantu
dan dibangunkan oleh PETRONAS dalam sektor langsung dan tidak langsung (core
and non core business) minyak dan gas.
Secara ekonominya; aliran
wang tunai kumpulan PETRONAS telah menurun pada kadar RM2.1billion kepada
RM162.2billion, dan keuntungan selepas cukai menunjukkan tren penurunan
termasuk penutupan operasi mereka di Sudan. PETRONAS mencaturkan nilaian risiko
bernilai RM300billion untuk 5 tahun ke hadapan ini.
MTEM juga berpandangan;
masalah yang lebih parah lagi adalah apabila PETRONAS pada hari ini dilihat
tidak lagi memainkan peranan yang menyeluruh dalam pembangunan ekonomi negara
khususnya dalam pembangunan komuniti perniagaan Melayu dan tempatan dalam
mempersiapkan negara ke arah liberalisasi ekonomi.
PETRONAS hari ini lebih
mengutamakan kemasukan syarikat-syarikat asing dan pemain tempatan melukut
ditepi gantang.
Keangkuhan Petronas
MTEM (hingga kini) adalah
sebuah gabungan 47 NGO ekonomi Melayu nasional dan 101 NGO ekonomi bersekutu
dalam memperjuangkan pembangunan ekonomi negara khususnya dalam memastikan
masyarakat Melayu tidak terus ketinggalan dalam pengagihan kek ekonomi negara.
MTEM konsisten dalam
menyuarakan isu industri minyak dan gas bermula sepertimana berikut :
-Penyertaan dalam makmal
PEMANDU dan TERAJU
-Cadangan MTEM dalam isu
Minyak dan Gas dalam pertemuan dengan PM, TPM dan DSIJ.
-Kerjasama MTEM dan PEMANDU
dan MTEM dan TERAJU
-Pertemuan MTEM bersama COO
PETRONAS (29 Mei 2012)
-Kenyataan MTEM berhubung
penyertaan Malayu dalam inisiatf industry minyak dan gas (Lampiran 1)
-Pertemuan MTEM bersama
Penasihat Petronas (19 Didember 2012)
-Pertemuan MTEM bersama
Pengerusi PETRONAS (10 Januari 2013)
-Permohonan pertemuan MTEM
bersama Presiden PETRONAS
Mesyuarat telah ditunda
sebanyak 3 kali
MTEM dukacita dengan sikap
dan rasa tidak bertanggungjawab Presiden PETRONAS yang menggambarkan beliau
tidak serius dalam menjawab keresahan dari komuniti perniagaan melayu MTEM.
Rasa tidak puas hati ini
bukan hanya datang dari MTEM semata-mata malahan telah disuarakan secara jelas
oleh warga PETRONAS sendiri dalam surat mereka kepada Pengerusi PETRONAS pada
November 2012 (rujuk www.mtem.my).
Keresahan yang sama juga
ditimbulkan oleh kepimpinan negara dan tempatan antara Datuk Seri Panglima
Anifah Aman dan Tan Sri Pairin Kitingan melalui kenyataan dan surat mereka yang
ditujukan kepada Presiden PETRONAS (rujuk www.mtem.my).
Kenapa Petronas Dilihat
Gagal
Pelbagai aduan telah
diterima dari usahawan dan pihak berkepentingan dalam dan diluar PETRONAS.
Hal ini dirumuskan melalui 5
perkara berikut:
1. Dasar keterbukaan PETRONAS
yang dilihat mengutamakan syarikat-syarikat asing yang sebahagiannya tidak
punya lesen PETRONAS sepertimana termaktub dalam undang-undang dan tidak
memberi peluang secukupnya kepada usahawan Melayu dan tempatan untuk terlibat :
a. Projek SAMUR, Sipitang
Sabah; Tender Pakej Jeti
b. Projek SOGT Kimanis
c. Penglibatan syarikat
Technip dalam pelbagai projek terutama melalui MMHE
d. Keraguan pada Kontrak
perkhidmatan upstream kepada Sclumberger Business Consulting, Baker etc tanpa
dokumentasi yang sesuai (Rujuk laporan MACC : www.mtem.my)
e. Keraguan pada
penganugerahan perkhidmatan perundingan kepada beberapa syarikat asing (Rujuk
laporan MACC : www.mtem.my)
2. Perletakan warga asing
dan bekas ketua-ketua dari syarikat pesaing untuk mengisi posisi strategik
dalam PETRONAS (Shelligali @ Petronas Carigali ?)
a. Kepimpinan syarikat
pesaing diletakkan pada posisi kepimpinan strategik dalam Petronas walaupun ada
calon berkelayakan dalaman PETRONAS.
b. Keuntungan MMHE jatuh
walaupun bertukar ke kepimpinan warga asing (Lampiran 4) dan dilaporkan telah
dikeluarkan dari indeks FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) akhir tahun lalu [24 Dec
2012 :SUNBIZ : muka 22)
3. Aduan dan bantahan dari
pelbagai pihak berkepentingan berhubung pelaburan dan projek baru PETRONAS yang
kelihatan berisiko, tidak menguntungkan dan tidak sejajar dengan matlamat dan
halatuju pembangunan masa depan PERTONAS yang lestari.
a. Pengambilan CNOC Canada
(Lampiran 5)
b. Pengswastaan MISC yang
dilaporkan awal tahun ini.
4. Aduan dari pelbagai pihak
mengenai keputusan PETRONAS dalam pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat
berkepentingan asing yang bermasalah, tidak mempunyai pengalaman kerja yang
baik dan masalah integriti.
a. Pemberian kontrak kepada
syarikat dengan tuduhan rasuah oleh US SEC (Lampiran 6)
b. Tuduhan skandal RM60 billion
sebuah syarikat asing dalam projek RAPID dan penglibatan syarikat tersebut
dalam pelbagai projek lain seperti RSC (Laporan MACC : Rujuk www.mtem.my)
5. Mengadakan pelbagai
polisi baru dan halangan yang menyebabkan banyak SME Melayu dan tempatan yang
kehilangan pekerjaan dan lesen semasa memperbaharui lessen dari PETRONAS contoh
: Steel Structure Swac Code, Detail Design Engineering Swac Code
6. PETRONAS tidak melakukan
yang sewajar dan secukupnya sepertimana sebelum ini dalam mengadakan
transformasi ekonomi untuk kepentingan ekonomi Melayu dan Tempatan.
a. VDP
b. RC
c. License (swac code)
d. Kontrak Fabrikasi
e. Perolehan
Semua ini dapat dirumuskan
dengan masalah kepimpinan utama PETRONAS yang telah lari dari halatuju dan
matlamat asal penubuhan sehingga menjejaskan ekonomi dan persiapan negara dan
komuniti perniagaan khususnya dalam industri minyak dan gas menghadapi negara
berpendapatan tinggi dan liberalisasi ekonomi dunia.
Maka adalah sewajarnya
Presiden Petronas kini memberi laluan kepada kepimpinan baru yang menjiwai
dasar dan perjungan kerajaan dan membawa kembali Petronas prestasi yang lebih
baik dari sebelum ini.
Semua ini disimpulkan dengan
baik sekali oleh Datuk Seri Panglima Anifah Aman dalam kenyataannya kepada
PETRONAS awal Januari ini :
“Jadilah GLC yang berpegang
kepada janji dan sentiasa mengenang budi dan bukannya menggigit jari kepada
orang yang menyuapkan makanan”.
Perdana Menteri Malaysia
perlu mengambil tindakan kepentingan rakyat perlu di dahulukan.
No comments:
Post a Comment