Tuesday 18 June 2013

ADUN SOKONG KENAIKAN GAJI WAKIL RAKYAT






BINCANG......Lajim (kanan) berbincang sesuatu dengan ADUN pembangkang, Christina Liew dan lain-lain rakan seperjuangan.

KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah menyokong cadangan untuk menaikkan gaji wakil rakyat di negeri ini selaras dengan arus perkembangan ekonomi semasa.

Bagi Adun Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata kenaikan gaji itu seharusnya dipertimbangkan bagi memenuhi kehendak rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan di kawasan yang diwakili.

“Saya bersetuju jika ada cadangan untuk menaikan gaji Adun di Sabah kerana rakyat sekarang mahu kami (wakil rakyat) bekerja lebih gigih dan membantu membela nasib mereka.

Kenaikan ini perlu dilihat berdasarkan keadaan semasa dan walaupun tidak naik seperti di Sarawak, sekurang-kurang 100 peratus sudah cukup memadai,” katanya yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri.

Pada Mei lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan kenaikan gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri itu, sebanyak kira-kira tiga kali ganda.





SERIUS...... Ghulamkhan Bahadar (Kawang) dan Haji Musbah Jamli (Tempasuk) berlihat begitu serius sebelum sesi pertama DUN Sabah ke14 bermula.

Gaji untuk Ketua Menteri naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Adun Lumadan yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Kamarlin Ombi berkata cadangan kenaikan itu perlu dikaji bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat yang mendapat pembelajaan yang sewajarnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Sabah yang juga Adun Klias Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya akan mengkaji cadangan itu sama ada bersesuaian dengan kehendak semasa ataupun tidak.

“Kenaikan gaji Adun akan membabitkan wang cukai rakyat tetapi jika ia bersesuaian sudah tentu kita akan menyokong cadangan itu,” katanya.

30 comments:

  1. Jika kenaikan gaji berlipat kali ganda ini boleh menyumbang kepada peningkatan produktiviti wakil-wakil rakyat, dan dalam masa sama, dapat mengurangkan gejala rasuah, langkah ini adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  2. Kenaikan gaji sebanyak 200 peratus yang baharu sahaja diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah relevan kerana permintaan rakyat pada hari ini bertambah selari dengan peredaran semasa.

    ReplyDelete
  3. Hari ini kehendak rakyat begitu banyak dan elaun yang diterima oleh wakil rakyat pula tidak mencukupi untuk menunaikan semua permintaan bantuan yang dipohon oleh rakyat.

    ReplyDelete
  4. ADUN kadang kala terpaksa menggunakan wang saku sendiri untuk menampung perbelanjaan yang semakin bertambah. Misalnya, di kawasan bandar, ADUN sering menerima kunjungan daripada masyarakat luar dan perbelanjaan makanan adalah antara kos tambahan yang harus kita biayai..

    ReplyDelete
  5. kerajaan tentunya hanya akan menaikkan gaji tersebut setelah melakukan perbandingan gaji wakil rakyat dengan negara lain sekitar negara Asia selain mengambil kira aspek kemampuan kerajaan.

    ReplyDelete
  6. Dimasa2 akan datang, kenaikan gaji, pencen dan ganjaran patut dilaksanakan secara teratur dan sistematik. Jangan sampai 21 tahun atau 30 tahun, baru hendak kaji. Kalau hendak laksanakan, buatlah pada setiap tahun atau sekurang-kurangnya lima tahun sekali supaya penambahan gaji ini tidak dilakukan secara mengejut..

    ReplyDelete
  7. Sudah tiba masanya, DUN meluluskan kenaikan gaji sebanyak 200 peratus kepada anggota pentadbiran dan anggota DUN memandangkan faktor seperti kos pengangkutan, makanan dan sebagainya yang semakin meningkat. Kalau dibandingkan dengan negara lain seperti Indonesia, Filipina dan Thailand, negara kita jauh ketinggalan..

    ReplyDelete
  8. Sebelum ini, wakil rakyat menggunakan wang sendiri untuk membiayai kos tersebut demi melaksanakan kewajipan untuk berbakti kepada rakyat sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Justeru, dengan adanya usaha sebegini, mereka dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan pada masa sama, mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan efisien..

    ReplyDelete
  9. Kenaikan imbuhan termasuk gaji dan elaun tetap kepada ahli-ahli pentadbiran serta wakil rakyat tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia selari dengan keperluan masa kini.

    ReplyDelete
  10. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, kenaikan gaji dan elaun itu cukup bermakna terutama bagi wakil rakyat di bahagian pedalaman dan mempunyai kawasan pentadbiran yang luas.

    ReplyDelete
  11. Bagi mereka yang mempertikai kenaikan gaji dan elaun ini harus berfikir semula sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melalui kenaikan ini kami sebagai wakil rakyat dapat berkhidmat dengan lebih menyeluruh.

    ReplyDelete
  12. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah menyokong cadangan untuk menaikkan gaji wakil rakyat di negeri ini selaras dengan arus perkembangan ekonomi semasa.

    ReplyDelete
  13. Datuk Abdul Rahim Ismail berkata kenaikan gaji itu seharusnya dipertimbangkan bagi memenuhi kehendak rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan di kawasan yang diwakili.

    ReplyDelete
  14. "Saya bersetuju jika ada cadangan untuk menaikan gaji Adun di Sabah kerana rakyat sekarang mahu kami (wakil rakyat) bekerja lebih gigih dan membantu membela nasib mereka. " katanya

    ReplyDelete
  15. Kenaikan ini perlu dilihat berdasarkan keadaan semasa dan walaupun tidak naik seperti di Sarawak, sekurang-kurang 100 peratus sudah cukup memadai," katanya yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri.

    ReplyDelete
  16. Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan kenaikan gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri itu, sebanyak kira-kira tiga kali ganda.

    ReplyDelete
  17. Gaji untuk Ketua Menteri naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

    ReplyDelete
  18. Sepuluh Mahkamah Anak Negeri (MAN) akan dibina di Sabah membabitkan kos RM35 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

    ReplyDelete
  19. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Hajiji Mohd Noor berkata setakat ini enam MAN sedang dalam pelaksanaan iaitu di daerah Penampang, Keningau dan Kudat masing-masing dengan anggaran kos RM5 juta.

    ReplyDelete
  20. projek MAN di daerah Lahad Datu membabitkan kos RM7.2 juta, Sandakan (RM6.7 juta) dan Tuaran (RM6.3 juta) manakala empat MAN lagi akan dibina tahun depan.

    ReplyDelete
  21. Kerajaan juga menubuhkan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri Sabah dan projek ini sedang dilaksanakan di daerah Penampang melibatkan anggaran kos RM30 juta

    ReplyDelete
  22. Segala yang diusahakan ini merupakan rancangan dan inisiatif jangka panjang kerajaan yang komited untuk memartabatkan institusi MAN agar terus relevan dalam sistem kehakiman negara

    ReplyDelete
  23. Satu kajian akan dilakukan terhadap kesesuaian kenaikan gaji oleh para wakil rakyat dan kabinet negeri oleh pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  24. kalau pembangkang mendapati kenaikan itu adalah sesuai maka pembangkang
    akan menyokong, tetapi sekiranya kenaikan itu sangat tinggi seperti di
    Sarawak sebanyak 300 peratus, maka ianya akan dipersoalkan dan akan
    dihujahkan.

    ReplyDelete
  25. Rakyat tidak akan marah sekiranya kenaikan itu adalah berpatutan tetapi
    sekiranya ianya sangat tinggi, maka ia mampu menjejaskan imej wakil
    rakyat itu dan Kerajaan.

    ReplyDelete
  26. Kalau kenaikan itu dalam lingkungan 50 peratus, ianya boleh diterima
    memandangkan wakil rakyat kini menerima gaji dalam lingkungan RM8000.

    ReplyDelete
  27. Sekiranya kenaikan itu adalah 300 peratus maka ianya tidak sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, sebab pasti rakyat akan terfikir kenapa kenaikan itu amat tinggi... jika tidak ada alasan yang munasabah pasti masalah lain akan timbul.

      Delete
  28. Tak kisah naik gaji namun harus dipsatikan wakil rakyat mempertingkatkan usaha mereka menjaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  29. Bagaimanpun perkara ini harus diteliti bagi mengelakkan salah sangka dikalangan rakyat.

    ReplyDelete